RSS

Category Archives: indiaku jua

Hari raya~

Assalamualaikum~

Pagi ini, maka disebahagian tempat di dunia sedang menyambut Hari Raya Aidiladha, juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana pada masa ini juga sebahagian umat Islam ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Sebahagian lagi masih berada dalam 9 Zulhijjah, iaitu hari Arafah. Berbezanya hari sambutan bergantung kepada kaedah kiraan dan perbezaan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab yang menguruskan hal ehwal agama Islam.

Hari ini di di Malaysia tercinta, hari raya Adiladha disambut. Upacara korban berjalan di sana-sini. Kambing, lembu, unta dikorbankan. Gotong-royong dalam menumbangkan haiwan korban, melapah dan mengagih daging. Sangat bekerjasama. Kami di India masih berada dalam 9 Zulhijjah. Ini disebabkan oleh perbezaan pengiraan yang kami tak faham sangat. Cuma bila ditanya kepada penduduk Islam setempat di masjid berdekatan, mereka memberitahu Hari Raya Aidiladha atau Bakr Eid jatuh pada hari Isnin dan hari Ahad ialah hari Arafah.

Apa pun, dalam hari raya Aidiladha membawa tema pengorbanan. Berasaskan kepada pengorbanan Nabi Ibrahim as yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail as. Dan saat disembelih itu, Allah SWT menggantikan Nabi Ismail dengan kibas. Jadi, intipati kepada pengorbanan itu perlulah diketahui dan dihayati. Tidak salah untuk menyambut dengan mengadakan jamuan makan dan aktiviti selainnya, asalkan tidak lagha dan tidak terkeluar dari panduan berhibur yang digariskan dalam Islam. Lagipun ia adalah hari raya, kita dibenarkan bersuka-ria, selagi mana ia tidak menjadikan kita lalai.

 

 

 

Pengorbanan bukan sahaja diertikan dengan kita pergi menyembelih haiwan korban dan lihat darah mengalir, dan kita boleh mendabik dada mengatakan bahawa kita telah berkorban. Maksudnya melebihi dari itu. Bagaimana kesanggupan kita mengeluarkan harta untuk membeli bahagian korban, kita membahagikan sebahagian kepada fakir miskin. Jika tidak melakukan korban seperti kami di India, mungkin berkorban tenaga dan masa dalam membuat persiapan dan melaksanakan sambutan hari raya itu boleh diletakkan dalam pengorbanan. Kesempitan kita dalam menafsirkan sesuatu perkara dalam agama itu kadang-kadang menjadikan Islam itu begitu sukar, sempit dan jauh untuk didekati oleh mereka yang kurang mendalami dan kurang berpengetahuan dalam Islam dan juga non-muslim.

Apapun, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Taqabbalallahu minkum.

 

 

Advertisements
 

Penuh..

Assalamualaikum..

Dah lama tak kemas kini blog ni. Ya, sangat lama. Anda semua sihat? Semoga semua sentiasa sihat hendaknya. Rancangan untuk kemas kini dan menulis entri untuk blog terbantut dan terganggu semasa cuti hari tu. Terbantut dan terhalang kerana internet di rumah tiada lantaran kabel telefon dikebas oleh mamat mana entah dan Telekom Malaysia masih belum membaiki kerosakan yang berlaku walapun dah 3 bulan dilaporkan. Tiada apa-apa tindakan. Apa punya syarikat. Adeii.

Sekarang ini, dah berada di tahun kedua, bidang perubatan. Posting pertama ialah di Jabatan Bedah. Dengan dua orang professor menjaga unit D, Prof Dr. Somashekar dan Prof Dr Prakash. Professor baik tapi kurang mengajar, Kena la belajar sendiri. Post-Graduate student? PG yang jaga kami blur-blur dan macam malas sikit. Maka membaca dengan sendiri la kami seunit. Sangat sadis. Jabatan yang aku harapkan dapat memberikan lebih semangat aku untuk belajar akhirnya menghampakan aku. Ya, sepatutnya memberikan aku lebih semangat kerana aku nak jadi seorang pakar bedah Cardiothoracic. Aku juga banyak ponteng posting, sebab biasanya rutin akan berakhir dengan pergi dan berdiri di dalam wad seperti tunggul kayu. Sangat kecewa.

Minggu ni mula posting di Jabatan Perubatan atau Department of Medicine (terjemahan secara terus). Jabatan ni berjaya menarik minat aku untuk ke posting. Professor dan Asst. Professor sangat baik dan mereka sangat bersemangat untuk mengajar pelajar tenang apa itu bidang perubatan. Semalam Asst Prof mengajar mengenai batuk dan demam. Memang menarik. Sejam itu sangat bermakna. Hari ini, Prof mengajar mengenai Sistem Kardiovaskular. Sangat menarik. Dengan penuh semangat dan penerangan yang menarik.

Sekarang aku seperti jatuh cinta dengan Dept. Medicine. Dalam nak belajar, kena la baca buku kan? Kalau tak membaca, nak harapkan pensyarah ajar dan terus pandai susah la. Untuk posting medicine, kami guna buku teks Davidson’s dan untuk pemeriksaan klinikal Hutchinson dan PJ Mehta. Buku semuanya tebal-tebal. Tapi, lagi tebal buku manual pembedahan. Bailey & Love. Ada la dalam setebal setengah jengkal gitu.

Apa pun, kena teruskan perjuangan di bumi India yang penuh dengan ranjau, onak dan duri serta babi berkeliaran macam ayam kampung dengan tabahnya. Walaupun wujud manusia yang perangai kadang-kadang lebih teruk dari babi, terimalah mereka sebagai manusia.

Apapun, nak rehat sekejap. Jaga diri semua.

 

p/s: Tiap-tiap tahun mesti tak boleh balik raya haji kat rumah semenjak datang India ni~

 
Leave a comment

Posted by on November 5, 2011 in indiaku jua

 

Cuti~

Salam~

Semoga korang semua berada dalam rahmat dan keselamatan hendaknya. Nak enjoy cuti yang dah mula!!

Sebenarnya cuti aku bermula dari semalam. 2 hari lepas, aku telah berjaya menempuh ujian praktikal Biokimia di kolej kesayangan aku, JJM Medical College. Fuh, dah la dapat soalan yang payah dan aku tak pernah terfikir untuk dapat soalan tu. Maka gelabah meracau la aku sorang-sorang dalam makmal tu sedang orang lain sibuk membuat eksperimen. Maka tanpa diduga, datanglah bantuan daripada Allah swt. Bersyukur sangat2. Pasal ujian, aku nak tinggalkan. Tak mao cerita dah. Satu usaha dah buat. Usaha studi. Sekarang ni tinggal usaha dalam berdoa dan tawakkal.

Cuti kali ni paling panjang dalam sejarah hidup aku selaku seorang pelajar JJM Medical College. Sebulan setengah. Kawan2 satu batch ngan aku ada dah balik lagi awal dari aku dan menjadikan cuti mereka menjadi 2 bulan!! Memang best cuti lama-lama ni. Cuti kami di India memang pendek mendek kentot ciput. Paling lama pernah ada cuti sebelum ni ialah sebulan kot. Paling sengsara, pelajar tahun 3 hanya dapat cuti selama seminggu aje dalam setahun tu. Kesian kan? Dah la kami kena pegi kelas 6 hari seminggu. Cuti hujung minggu hanya hari Ahad. Kesian kan kami? Tapi, walauapapun, cuti kali ni nak dipenuhkan dengan buku-buku.

Ada satu buku yang aku dapat pinjam dari seorang sahabat aku, tulisan Dr Yusuf Qardhawi, Fiqh Awlawiyyat. Memang dah lama nak cari yang versi bahasa melayu. Bukak internet ada versi bahasa Indon. Payah siket nak faham. Kerja aku di India selain belajar, aku suka cari buku yang bentuk PDF, pergi print kat kedai depan hostel n .. voila..dah ada sebijik buku!! Print ngan fotostat sini murah. Disebabkan aku selalu pergi ke kedai xerox tu (Org india guna istilah Xerox, menggantikan fotostat), maka aku menjadi pelanggan tetap. Masuk redah aje kedai tu, cucuk pendrive. Dapat la diskaun barang sepuluh dua rupee.

Semalam baru aje dapat buku dari kedai. Sini ada kedai yang mana segala buku yang difotostat boleh korang jadikannya ada kulit keras. Macam buku2 kat kedai. Kat malaysia konfem mahal cam bedil, (mak aku selalu guna isitlah nie). Sini, pegi fotostat buku dalam RM10-20. Lepas tu hantar pegi binding jadik kulit keras dalam RM3 aje. Kalau nak paling jimat, spiral binding, RM1.50. Korang double kan rege spiral binding, dapat jadik buku lawa. Ada 8 bijik buku fotostat yg aku jadikan buku berkulit keras yang lawa dan hensem.

Jadi, cuti ni aku akan bawak balik dalam 4-5 bijik aje buku. Tapi semua tebal2 dan sangat2 berilmiah. Kena masa yang panjang untuk hadam sebijik demi sebijik. Nak pastikan Ramadhan kali ni, aku dapat banyak ilmu. Takde la dok menghadap laptop atau tv aje bila bosan.

Papepun, aku akan kembali ke India “kesayangan” aku pada 7 September (InsyaAllah..). Lepas raya. Dah 2 tahun tak beraya kat rumah. Kali ni nak beraya di rumah. Nak ambik gambar2 raya. Lepas ni tak nak balik malaysia selama 2 tahun. Nak duduk India. Cuti digunakan untuk kumpul duit dan berjalan-jalan ke Timur Tengah. Merancang nak pegi Mesir, Saudi, Jordan dan Turki. WWooohhaa~

Selamat cuti kepada anda semua (kepada yang cuti). Semoga anda semua berada dalam rahmat Allah..

Sekian..

ps: Terima kasih kepada Din dan Mat Le yang membelikan aku casing phone Angry Birds sewaktu cuti diorang ke utara India!!

 
2 Comments

Posted by on July 15, 2011 in indiaku jua, Psyco aku..

 

Patutkah?

Pernah tak korang tengok matahari secara direct ngan bijik mata korang? Pernah tak korang dok atas stage yang mana lampunya sangat terang benderang sampai senak biji mata korang menahannya? Ada tak mamat mana entah tiba2 pegi suluh spot light kat muka korang?

Mesti senak + silau + nak buta mata korang kan bila perkara demikian berlaku. Kadang2 yang hangin bila orang suluh lampu yang terang benderang macam lampu stadium kat muka korang tanpa sebab. Kat India ni satu keadaan dimana korang disilaukan dengan lampu yang terang sampai nak buta mata iaitu semasa memandu. Tak kisah ko memandu kereta, merempit motor atau skuter atau merempit basikal. Dan hal ni berlaku pada waktu malam. Memang kalo kuar malam aje ngan moto, semua orang kat sini nak pakai “high beam”. Apa kecerdiknya golongan ni?! Memalam pasang lampu tinggi. Kereta, motor atau skuter sama saja. Kadang2 aku terfikir, diorang ni bengap sangat ke sampai tak tahu bila nak guna lampu tinggi tu. Nak jadi Kasim Selamat aku dan kawan2 aku kat sini disebabkan perangai tak reti bila nak guna high beam.

Dah la aku nie ada masalah ngan silau2, datang pulak moto cam haram pelesit laju, hon tak henti2 (padahal takde kete atau moto kat depan dia!!) dan ditambah ngan pakai high beam! Memang berasap telinga aku. Panas sebab dok hon tak henti2 padahal dia punya lane tu kosong dan dok pakai high beam. Masalah nie memang diakui oleh semua pelajar Malaysia di India. Memang menyakitkan hati dan perut, pankreas, dan segala-galanya. Ada pernah aku mengadu masalah ni kat sorang kawan baik aku, Din. Dia pun panas ati macam aku jugak dalam kes nie. Dia suggest kat aku tuk balas ke”pala”an tempe2 nie.

Satu malam, kitorang baru balik dari kedai. Aku membonceng Din. Ada mamat tempe nie bawak moto ngan high beam dari arah bertentangan. Aku terus maki/carut. Dah kami hampir berselisih, (dalam jarak lebih kurang 5-6 meter gitu), Din suruh aku tukar pakai high beam jugak. Aku pun tukar. Dan hasilnya memuaskan hati aku. Aku dan Din tergelak2. Mana taknya, tengok mamat tu terhuyung-hayang terumbang-ambing bila aku tukar pakai high beam. SILAU!! Hahahhhahaha.. Padan muka kau!! Taktik tu selalu Din ngan aku guna bila dah tak tahan ngan tempe yang tak tahu bila nak pakai high beam.

Tu salah satu dari norma kehidupan di India. Yang lain-lain seperti janji 5 minit tapi berakhir dengan 2-3 jam, hon tak henti2 walau tak ada benda yang nak kena hon, dan juga sebagainya memang menyirapkan darah kitorang. Dan ini telah menjadikan aku semakin tak sihat. Mana taknya, 2 ari lepas pegi klinik check blood pressure mencanak naik jadi 170/110!! Sikit lagi nak kena tahan masuk wad!! Memang aku ada masalah skit ngan hypertension aku, tapi semenjak datang India nie, semakin menjadi-jadi pulak. Setiap bulan aku akan pegi farmasi dan beli ubat. Apa2 ubat untuk menghilangkan sakit kepala aku. Nak beli ubat apa, aku tanya senior aku, tak pun bukak buku pharmac n belek sendiri. Cari yang kurang side effect skit.

Bila fikir ngan buat sikit kajian, aku dok rasa umur aku semakin pendek. Mana taknya, ngan segala pressure kat sini memang nak bagi otak aku meletup. Pressure hidup banyak, pressure belajar pun banyak. Nak hilangkan pressure, aku makan atau tengok citer series. Tenang sikit. Sebelum nie aku ada buat terapi sendiri, terapi hoki botol. Memang berkesan tapi buat aku sakit lutut pulak.

Kekadang rasa nak bom aje tempe2 nie ngan tomahawk. kekadang nak simbah aje ngan asid macam kat mesia sekarang. Jadik penyimbah asid bersiri. Nak belasah ngan bat kriket sekor2 pun ada jugak..

Patutkah??

 
Leave a comment

Posted by on May 14, 2011 in indiaku jua, INdiamu, Psyco aku..

 

Seni aku cintai..

Selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian. Semoga anda sentiasa dilindungi bumbung, berlantaikan bumi. Kalo ada karpet, lagi best kan? Papepun, semoga apa yang diberikan kepada kita tidak menjadikan kita lupa kepada TUHAN kerana dia yang telah memberikan kita segalanya.

Minggu lepas sangat bermakna kepada aku. Sebab? Kali pertama dok nyanyi atas pentas. Dah la depan VIP yang bukan calang2. Bekas ahli politik Davangere, Konsul General dan ahli dari Chennai, pengetua-pengetua kolej, prof2 dan kawan2. Benda ni ada dalam entri aku yang lepas, pasal Annual Grand Dinner MSA Davangere 2011. Jadi Juara atau Tok Jogho untuk kumpulan dikir barat bukannya senang. Nak kena ‘tune’ suara leklok, nak kena hafal lirik (tapi malam tu aku tengok aje lirik kat henpon aku..hakhakhak..). Dah abes persembahan, ramai dok pakat (istilah kelantan) puji. Puji untuk overall persembahan, bukannya suara aku sebab bila aku tengok balik video persembahan aku, macam hampeh suara.

Jadi, untuk mengatasi masalah itu, sekarang ni aku dalam usaha untuk memantapkan vokal suara aku. Hahahahaha! Mesti korang nak gelak kan? Tak pun ada yang dah nak termuntah. Ade aku kesah? Sekarang ni pagi2 masa berjalan nak pergi bersarapan kat mess, aku pasang lagu dikir ngan mp4 aku. Sambil tu nyanyi dengan suara aku. Nak sampai pitch suara macam Megat Nordin, Halim Yazid, Arwah Cikgu Naim, Jali Bunga Tanjung, Abe Man, Abe Udy? Sampai masuk kubur tak dapat aku. So, try la adjust ngan suara agak base ni dengan lagu-lagu dikir yang tersohor dibibir dan telinga budak kelantan atau bukan kelantan. Balik bilik, dah bosan baca buku, bukak karaoke Anuar Zain dan karok sepuas-puasnya sampai “terbiut” suara aku. Malu gilerr!! Tapi demi memantapkan suara, itulah yang aku kena hadapi.

Kenapa buat benda gila nie? Hehehe.. Sebab sekarang ni aku dah “naik syeikh” untuk menyanyi dan berdikir. Gila nak berdikir la katakan. Dok cari lagu itu ini dalam laptop. Kalo tak ada, bukak aje 4shared, search kat sana. Lalu bermulalah dunia dikir aku. Nak lepas gian dikir, lalu berdikirlah aku sewaktu mandi, nak pegi makan, naik scooter, basuh scooter, ambik air dalam fridge n masa dok study mahupun melayari intenet! hahahaha.. sangat gila kan? Aku minat berdikir bukan sebab aku gila. Sebab aku minat. Sebab aku terkejut kerana aku baru sedar bahawa dikir barat dah dibawa oleh anak Kelantan ke seluruh dunia. Di Korea, Jepun, Indonesia, India, Republic Checz, UK, US dan lain-lain negara. Dikir barat adalah satu seni persembahan nyanyian yang tak lepuk dek hujan, tak lekang dek panas. (Gitu skali nah!!). Jadi, aku berbangga sebagai anak Kelantan. Ada seni budaya warisan yang unik. Kalau di Borneo, aku kagum dengan tarian buluh. Diorang boleh lompat-lompat tapi tak kena pulak kepit kaki tu. Johor dengan kuda kepang dan zapin. Yang lain tu korang tahu2lah sendiri. Kata ambik sejarah ngan kajian tempatan masa sekolah dulu.

                                                                  Halim Yazid

Walaupun aku minat nyanyi lagu-lagu omputeh dan jugak lagu-lagu melayu, aku tetap terpikat pada seni tradisional. Mujur aku tak buat macam Mek Siti Salam Pantai Timur. Dia dulu pernah belajar di sekolah aku, SMSTMFP. Disebabkan dia minat sangat dengan persembahan atas pentas, teater, dia kuar sekolah tu. Dia sambung belajar di ASWARA dan ada degree law lagi. Jadilah dia sebagai seorang anak seni. Aku nak jugak belajar seni, tapi secara sambilan aje. Sekarang dah ada intenet laju, Google, YouTube, 4shared, mediafire dan segala-gala, bole aje belajar tengok dalam wikipedia dan jugak blog-blog. Kan senang. Kata En. Khai, Konsul Pendidikan JPA kami di India, “Gunakan teknologi dengan sebaiknya”.

Maka, harapan aku agar kita tak melupakan adat seni budaya bangsa. Biarpun kita maju, biarlah ada lagi kita genggam erat seni warisan kita agar generasi depan tahu apa itu rebab, rebana dan kertuk. Majulah seni untuk bangsa!!

                                                  Ni lah aku pada malam persembahan sebagai jogho..

p/s: Sekarang sibuk bersama Din dan Mat Le mengumpul istilah2 pantai timur yang jarang digunakan oleh generasi muda dan letak dalam Twitter.. Kayonyo Bahaso Kito~

 

Tak percaya kita…

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama jugak tak update. Mesti korang rasa bosan sebab kadang2 (rasa2nya selalu) bukak blog ni dan korang tengok tak ada apa2 baru. Maknanya aku tak update. Bermaksud aku malas untuk update. Bukan malas disebabkan sikap malas (errmm.. ye kot..) tetapi kadang2 tak ada isu sangat. kalau setakat naik motor lepas tu hampir terlanggar khinzir tu buat apa nak cerita. Lainlah kalau aku terlanggar atau melanggar khinzir tersebut dan aku masuk hospital atau ada luka2 pada aku atau scooter maroon kesayangan aku tu. Tapi papepun nak kongsi sket citer baru.

Cerita semasa.. Baru ini pada 30 April 2011, maka telah berlangsunglah satu majlis yang gilang-gemilang, bermandikan cahaya, iaitu Annual Grand Dinner 2011, berlangsung di Bapuji Auditorium. Majlis ini telah mencatat sejarah kerana menjadi majlis ter”grand” dalam sejarah MSA Davangere kerana dihadiri oleh VIP seperti Dr. Shamanur Shivashankarappa, En. Anuar Kasman, Konsul General Malaysia, En, Khairuddin Abdullah, Konsul Pendidikan JPA, Sri S. Veerana, Pengerusi BIH, Pengetua JJMMC, Pengetua CODS dan Pengetua BDCH (dia hantar wakil aje..). Kehadiran koordinator dan juga pensyarah memeriahkan lagi majlis.

Maka bermulalah majlis selepas ketibaan VIP dan tetamu dengan persembahan silat dan dikir barat dari Kumpulan Dikir Sri Arjuna. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari Dr. Shamanur. Lepas tu persembahan keyboard dan nyanyian solo dari Abang Man. Acara diterukan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada penerima anugerah bidang akademik, sukan. Nazrin dan pasangannya (tak tau nama.. sorry..) buat persembahan gitar n nyanyi duet. Kelas gitu.. Dua-dua best!!

Malam tu agak letih sebab banyak dok berdiri ambik gambar. Yang aku ada dekat 590 gambar. Tu pun nasib baik aku kena buat persembahan, tak ambik gambar VIP baru sampai dan esectra esectra. Kalau tak maunya dekat 1K gambar aku ada! Papepun, lenguh dah ilang sebab dah tido dengan secukupnya.

Pasal award, tahun nie amat berbangga saya kerana dapat award. Dapat award Mr. Smiley!! hahahahaaa.. memang terkezut beruk aku masa dia announce nama aku. Setahu aku aku ni takde lah senyum sangat. Muka nak telan orang ada la. Tapi papepun Terima Kasih sebab korang telah mengukir sesuatu dalam hidup aku. Satu kenangan yang sangat hepi!!

Hepi jugak sebab aku yang jadik juara untuk persembahan dikir barat Sri Arjuna. Tak percaya!! Dah la nyanyi tengok lirik kat iPhone.. hahahaha.. Tapi tak de la tengok memanjang macam orang tengok teks ucapan kan. Pandai la cover sikit. Nak tengok persembahan kitorang? Klik sini kat YouTube..

Kepada Jawatankuasa Annual Grand Dinner 2010, TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan kerana menganjurkan majlis ni. TERIMA KASIH juga kepada mereka yang bertungkus lumus memerah peluh untuk menghias Bapuji Auditorium dari nothing kepada something. TERIMA KASIH kepada tetamu dari Chennai iaitu En. Anuar Kasman dan isteri, En. Khairuddin Abdullah. TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada kumpulan dikir Sri Arjuna kerana persembahan yang hebat, mendapat pujian yang berbunga-bunga.

Sekian.. wasallam..

(p.s: semangat gila nak dikir walau suara tak sedap..)

 
Leave a comment

Posted by on May 3, 2011 in indiaku jua, INdiamu

 

Demam~

Salam..

Setelah berabad dan berkurun aku tak meng”update” blog nie, maka dengan gatal tangan aku coretkan sedikit apa yang terbuku di kepala otak yang kosong nie.

1. Sekarang India berada dalam musim panas. Panas kering. Panas tapi tak sepanas Malaysia (tertakluk kepada Davangere dan kawasan2 yang sama suhu dengannya). Panas tetapi masih lagi boleh main bola sepak di ‘padang pasir merah’ di Colesseum (nasib baik tak tukar jadik macam citer Gladiator). Maka dengan bertukarnya musim daripada sejuk kering kepada panas kering. Maka adalah beberapa sahabat aku yang dihinggap demam buat seketika. Demam ditambah dengan debu yang akan memenuhi keyboard laptop selepas sehari dibersihkan (hiperbola menggila nie~). Ada yang terpaksa menjadi penunggu tandas disebabkan cirit atau diarrhoea. Selesema juga tidak lari dari menjadi salah satu ‘hadiah’ dalam pakej tidak sihat.

2. Maka disebabkan India menjadi tuan rumah untuk perlawanan ICC Cricket Worldcup 2011, maka demam kriket menular daripada tempe (panggilan utk penduduk tempatan India di kalangan pelajar Malaysia) dan sebahagian daripada pelajar Malaysia tidak terkecuali daripada terkena demam kriket. Aku daripada yang buta kriket dan tangan bangku (ada ke simpulan bahasa ni?) menjadi minat dengan kriket. Semalam, 24 Mac 2011 India telah berjaya menempah tiket untuk mara ke pusingan separuh akhir setelah menewaskan Australia dengan 261 larian dan kehilangan 5 wickets. Dan dengan itu India akan bertemu dengan musuh ketat dalam segala aspek dari ketenteraan hinggalah ke bidang sukan iaitu Pakistan. (mintak2 tak ada orang yang bawak bom atau RPG ke stadium sebab tak puas hati dengan perlawanan tu~). Kemenangan India merupakan kelegaan kerana aku bolehlah memakai jersi SAHARA dan juga tidak berlakulah terputus bekalan elektrik kerana berkabung dengan kekalahan India (kerana pernah terjadi pada perlawanan sebelum ini!!)

3. Jiwa aku masih berkecamuk dan kacau. Masih demam rupanya jiwa aku ni. Walaupun telah di ‘kick’ oleh teman2, namun masih ada lagi kekacauan itu. Apapun, apa yang aku pasti berubah dan mengubat jiwa itu mengambil masa. Lama atau sekejap itu adalah berdasarkan kepada seteruk mana “luka” itu, sekuat mana untuk aku “move on”, sokongan dan dorongan daripada sekeliling dan juga adakah Tuhan hendak melepaskan aku dari ujian ini atau Dia masih ingin terus menguji aku untuk lihat sedekat mana aku dengan Dia dan sekuat mana aku. Apapun, aku akan cuba yang terbaik untuk tidak terus jatuh. Kepada insan2 yang terus memberikan sokongan kepada aku terutamanya Pejai, Rahim, Fikri, Izwan, Radhilan, Aizuddin,Abu, Naqib, Shahidi, Shamim, Faris, Ishak terima kasih kepada anda semua. Kepada yang tidak cuba memahami masalah aku, terima kasih kerana muncul dan menjadikan aku terus mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. Nak marah? Siapalah aku nak marah kerana itu pemikiran mereka. Aku tidak boleh menukar cara mereka berfikir. Siapalah aku yang kerdil, hina, dan tak lepas exam ini..

Dengan itu maka habislah coretan aku kali ini. Inilah laporan terbaru daripada aku. Mungkin anda menganggap aku mental? Ya, aku memang mental tetapi ada aku minta harta benda korang? Hehehe.. minta maaf kalau ada yang terguris hati atau gores dan kalah dengan tulisan kali ini. Aku cuma insan yang selalu membuat dosa. Ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut ke hujung kasut.

Wasallam..

 
Leave a comment

Posted by on March 24, 2011 in indiaku jua, Psyco aku..