RSS

Monthly Archives: November 2011

Hari raya~

Assalamualaikum~

Pagi ini, maka disebahagian tempat di dunia sedang menyambut Hari Raya Aidiladha, juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana pada masa ini juga sebahagian umat Islam ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Sebahagian lagi masih berada dalam 9 Zulhijjah, iaitu hari Arafah. Berbezanya hari sambutan bergantung kepada kaedah kiraan dan perbezaan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab yang menguruskan hal ehwal agama Islam.

Hari ini di di Malaysia tercinta, hari raya Adiladha disambut. Upacara korban berjalan di sana-sini. Kambing, lembu, unta dikorbankan. Gotong-royong dalam menumbangkan haiwan korban, melapah dan mengagih daging. Sangat bekerjasama. Kami di India masih berada dalam 9 Zulhijjah. Ini disebabkan oleh perbezaan pengiraan yang kami tak faham sangat. Cuma bila ditanya kepada penduduk Islam setempat di masjid berdekatan, mereka memberitahu Hari Raya Aidiladha atau Bakr Eid jatuh pada hari Isnin dan hari Ahad ialah hari Arafah.

Apa pun, dalam hari raya Aidiladha membawa tema pengorbanan. Berasaskan kepada pengorbanan Nabi Ibrahim as yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail as. Dan saat disembelih itu, Allah SWT menggantikan Nabi Ismail dengan kibas. Jadi, intipati kepada pengorbanan itu perlulah diketahui dan dihayati. Tidak salah untuk menyambut dengan mengadakan jamuan makan dan aktiviti selainnya, asalkan tidak lagha dan tidak terkeluar dari panduan berhibur yang digariskan dalam Islam. Lagipun ia adalah hari raya, kita dibenarkan bersuka-ria, selagi mana ia tidak menjadikan kita lalai.

 

 

 

Pengorbanan bukan sahaja diertikan dengan kita pergi menyembelih haiwan korban dan lihat darah mengalir, dan kita boleh mendabik dada mengatakan bahawa kita telah berkorban. Maksudnya melebihi dari itu. Bagaimana kesanggupan kita mengeluarkan harta untuk membeli bahagian korban, kita membahagikan sebahagian kepada fakir miskin. Jika tidak melakukan korban seperti kami di India, mungkin berkorban tenaga dan masa dalam membuat persiapan dan melaksanakan sambutan hari raya itu boleh diletakkan dalam pengorbanan. Kesempitan kita dalam menafsirkan sesuatu perkara dalam agama itu kadang-kadang menjadikan Islam itu begitu sukar, sempit dan jauh untuk didekati oleh mereka yang kurang mendalami dan kurang berpengetahuan dalam Islam dan juga non-muslim.

Apapun, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Taqabbalallahu minkum.

 

 

Advertisements
 

Penuh..

Assalamualaikum..

Dah lama tak kemas kini blog ni. Ya, sangat lama. Anda semua sihat? Semoga semua sentiasa sihat hendaknya. Rancangan untuk kemas kini dan menulis entri untuk blog terbantut dan terganggu semasa cuti hari tu. Terbantut dan terhalang kerana internet di rumah tiada lantaran kabel telefon dikebas oleh mamat mana entah dan Telekom Malaysia masih belum membaiki kerosakan yang berlaku walapun dah 3 bulan dilaporkan. Tiada apa-apa tindakan. Apa punya syarikat. Adeii.

Sekarang ini, dah berada di tahun kedua, bidang perubatan. Posting pertama ialah di Jabatan Bedah. Dengan dua orang professor menjaga unit D, Prof Dr. Somashekar dan Prof Dr Prakash. Professor baik tapi kurang mengajar, Kena la belajar sendiri. Post-Graduate student? PG yang jaga kami blur-blur dan macam malas sikit. Maka membaca dengan sendiri la kami seunit. Sangat sadis. Jabatan yang aku harapkan dapat memberikan lebih semangat aku untuk belajar akhirnya menghampakan aku. Ya, sepatutnya memberikan aku lebih semangat kerana aku nak jadi seorang pakar bedah Cardiothoracic. Aku juga banyak ponteng posting, sebab biasanya rutin akan berakhir dengan pergi dan berdiri di dalam wad seperti tunggul kayu. Sangat kecewa.

Minggu ni mula posting di Jabatan Perubatan atau Department of Medicine (terjemahan secara terus). Jabatan ni berjaya menarik minat aku untuk ke posting. Professor dan Asst. Professor sangat baik dan mereka sangat bersemangat untuk mengajar pelajar tenang apa itu bidang perubatan. Semalam Asst Prof mengajar mengenai batuk dan demam. Memang menarik. Sejam itu sangat bermakna. Hari ini, Prof mengajar mengenai Sistem Kardiovaskular. Sangat menarik. Dengan penuh semangat dan penerangan yang menarik.

Sekarang aku seperti jatuh cinta dengan Dept. Medicine. Dalam nak belajar, kena la baca buku kan? Kalau tak membaca, nak harapkan pensyarah ajar dan terus pandai susah la. Untuk posting medicine, kami guna buku teks Davidson’s dan untuk pemeriksaan klinikal Hutchinson dan PJ Mehta. Buku semuanya tebal-tebal. Tapi, lagi tebal buku manual pembedahan. Bailey & Love. Ada la dalam setebal setengah jengkal gitu.

Apa pun, kena teruskan perjuangan di bumi India yang penuh dengan ranjau, onak dan duri serta babi berkeliaran macam ayam kampung dengan tabahnya. Walaupun wujud manusia yang perangai kadang-kadang lebih teruk dari babi, terimalah mereka sebagai manusia.

Apapun, nak rehat sekejap. Jaga diri semua.

 

p/s: Tiap-tiap tahun mesti tak boleh balik raya haji kat rumah semenjak datang India ni~

 
Leave a comment

Posted by on November 5, 2011 in indiaku jua