RSS

Monthly Archives: July 2011

Rupa-rupanya…

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali nie nak kongsikan kegembiraan dan perasaan aku. Kali ni betul2 dapat rasa apa itu nikmat balik Malaysia.

Sebenarnya entri ini ditulis atas sebab aku balik Malaysia. BALIK MALAYSIA!!!! Tanah airku yang terchenta!! Dah setahun kot tak balik. Rindu ada jugak. Semalam masa kat airport kat Bangalore, rasa malas sangat nak balik. Rasa nak dok kat India aje selama setahun lagi. Tapi, tiket dah beli. Dah sampai airport pun. So, balik aje la. Terima Kasih kepada Aizuddin@ Din, Radhilan@Mat Le, Naqib dan Pejai kerana memaksa aku balik ke Malaysia. Kalau tak, tak ada la entri nie kan?

Sepanjang penerbangan ke Kuala Lumpur, LCCT, (naik AirAsia aje, tak mampu nak naik MAS..) aku tido aje selepas 5 minit take off. Tido punya tido, bangun aje tanya pramugari, dah 3/4 perjalanan. Woohaaa!! Letih la katakan, dok simpan barang2. Aku tak order makanan atau minuman. Nak benda pertama masuk dalam tekak aku ialah makanan atau minuman dari Tanah Melayu. Hasrat tercapai apabila minuman pertama aku ialah air 7UP dari KFC LCCT. Alhamdulillah. Sangat menyegarkan dan lain sekali rasanya. Penuh dengan nikmat dan keberkatan!!! Alhamdulillah Ya Allah kerana mengurniakan aku sebagai rakyat Malaysia. Dah kebuntalan membedal ayam KFC 3 ketul, Hot n Spicy, pegi solat Isya’ n Maghrib jamak takhir n lepas tu lepak2 sambil amek New York Cheese Cake n Ice Blended Mocha. Sangat best n nikmat.

Patut la kawan2 aku seperti Din, Mat Le, Izwan, Fikri takmau balik India. Malaysia sangat-sangat dilimpahi dengan nikmat dan berkat. Rezeki mencurah-curah macam hujan daaa.. Mungkin aku rasa sangat sebelum ni sebab aku kerap balik ke Malaysia. Enam bulan sekali, aku balik. Ni setahun tak balik, baru rasa kenikmatannya bila balik.  Lepas ni tak nak balik Malaysia selama 2 tahun. Lagi nikmat bila balik. Heavenn!!

New York Cheese Cake n Ice Blended Mocha~

 

Setakat ni aje. Nak rehat2 sambil surfing secara free. Nanti aku tulis lagi yea~

Salam~

Advertisements
 

Cuti~

Salam~

Semoga korang semua berada dalam rahmat dan keselamatan hendaknya. Nak enjoy cuti yang dah mula!!

Sebenarnya cuti aku bermula dari semalam. 2 hari lepas, aku telah berjaya menempuh ujian praktikal Biokimia di kolej kesayangan aku, JJM Medical College. Fuh, dah la dapat soalan yang payah dan aku tak pernah terfikir untuk dapat soalan tu. Maka gelabah meracau la aku sorang-sorang dalam makmal tu sedang orang lain sibuk membuat eksperimen. Maka tanpa diduga, datanglah bantuan daripada Allah swt. Bersyukur sangat2. Pasal ujian, aku nak tinggalkan. Tak mao cerita dah. Satu usaha dah buat. Usaha studi. Sekarang ni tinggal usaha dalam berdoa dan tawakkal.

Cuti kali ni paling panjang dalam sejarah hidup aku selaku seorang pelajar JJM Medical College. Sebulan setengah. Kawan2 satu batch ngan aku ada dah balik lagi awal dari aku dan menjadikan cuti mereka menjadi 2 bulan!! Memang best cuti lama-lama ni. Cuti kami di India memang pendek mendek kentot ciput. Paling lama pernah ada cuti sebelum ni ialah sebulan kot. Paling sengsara, pelajar tahun 3 hanya dapat cuti selama seminggu aje dalam setahun tu. Kesian kan? Dah la kami kena pegi kelas 6 hari seminggu. Cuti hujung minggu hanya hari Ahad. Kesian kan kami? Tapi, walauapapun, cuti kali ni nak dipenuhkan dengan buku-buku.

Ada satu buku yang aku dapat pinjam dari seorang sahabat aku, tulisan Dr Yusuf Qardhawi, Fiqh Awlawiyyat. Memang dah lama nak cari yang versi bahasa melayu. Bukak internet ada versi bahasa Indon. Payah siket nak faham. Kerja aku di India selain belajar, aku suka cari buku yang bentuk PDF, pergi print kat kedai depan hostel n .. voila..dah ada sebijik buku!! Print ngan fotostat sini murah. Disebabkan aku selalu pergi ke kedai xerox tu (Org india guna istilah Xerox, menggantikan fotostat), maka aku menjadi pelanggan tetap. Masuk redah aje kedai tu, cucuk pendrive. Dapat la diskaun barang sepuluh dua rupee.

Semalam baru aje dapat buku dari kedai. Sini ada kedai yang mana segala buku yang difotostat boleh korang jadikannya ada kulit keras. Macam buku2 kat kedai. Kat malaysia konfem mahal cam bedil, (mak aku selalu guna isitlah nie). Sini, pegi fotostat buku dalam RM10-20. Lepas tu hantar pegi binding jadik kulit keras dalam RM3 aje. Kalau nak paling jimat, spiral binding, RM1.50. Korang double kan rege spiral binding, dapat jadik buku lawa. Ada 8 bijik buku fotostat yg aku jadikan buku berkulit keras yang lawa dan hensem.

Jadi, cuti ni aku akan bawak balik dalam 4-5 bijik aje buku. Tapi semua tebal2 dan sangat2 berilmiah. Kena masa yang panjang untuk hadam sebijik demi sebijik. Nak pastikan Ramadhan kali ni, aku dapat banyak ilmu. Takde la dok menghadap laptop atau tv aje bila bosan.

Papepun, aku akan kembali ke India “kesayangan” aku pada 7 September (InsyaAllah..). Lepas raya. Dah 2 tahun tak beraya kat rumah. Kali ni nak beraya di rumah. Nak ambik gambar2 raya. Lepas ni tak nak balik malaysia selama 2 tahun. Nak duduk India. Cuti digunakan untuk kumpul duit dan berjalan-jalan ke Timur Tengah. Merancang nak pegi Mesir, Saudi, Jordan dan Turki. WWooohhaa~

Selamat cuti kepada anda semua (kepada yang cuti). Semoga anda semua berada dalam rahmat Allah..

Sekian..

ps: Terima kasih kepada Din dan Mat Le yang membelikan aku casing phone Angry Birds sewaktu cuti diorang ke utara India!!

 
2 Comments

Posted by on July 15, 2011 in indiaku jua, Psyco aku..

 

Hamka..

Salam..

Semoga korang semua berada didalam rahmat dan berkat Allah swt. Terima kasih kepada mike2 semua yang sudi membazirkan masa anda yang bernilai untuk membaca entri dari seorang yang hanya ada kelulusan setaraf STPM. Tengok tajuk, fuuyyooo. Macam aku nak membicarakan perkara yang ilmiah dan berkaitan dengan sejarah dakwah dan keagamaan Islam tokoh Islam yang masyhur di Kepulauan Melayu, Buya Hamka. Bukan .. bukan dan bukan. Entri aku kali ni berkenaan dengan seorang penulis blog. Hamka jugak nama dia. Blog di Kereta Mayat. Tersohor jugak la dalam dunia maya dan fana ni.

Aku mula membaca blog dia masa duduk belajar A-Level kat KTT, Sepang. Dan sekarang aku masih baca blog dia. Dulu kena pegi kat Lab. Comp. kalau nak baca, takpun pinjam laptop kawan. Almaklumlah, masa tu tak ada laptop sendiri lagi. Sekarang, aku dah punyai laptop. Kat bookmark bar tuh, melambak blog ngan website aku tanda. Salah satunya, blog Kereta Mayat. Suka baca yang ditulis. Ada bernada lawak, ada pesanan bernada sarkastik (bunyi macam sarkas yang ada monyet gajah bagai), dan banyak lagi. Macam-macam adaaa. Banyak mengenai pesanan. Kadang2 simple mimple dan mudah nak diserap masuk kedalam kepala otak benak kita.

Terbaru enrti beliau tulis mengenai Demo BERSIH 2.0. Beliau tulis adalah berdasarkan pemikiran beliau sendiri. Apa yang aku faham daripada tulisan beliau itu adalah beliau menolak demo BERSIH dan mengajak kita berfikir sebelum kita menyertai demo tersebut. Enrti terbaru mengenai demo BERSIH jugak. Maka, dengan pandangan beliau yang menolak demo BERSIH, maka ramailah yang mengutuk dan mencaci. Samada menolak padangan Hamka tentang menolak demo atau mengutuk Hamka sebab tulis benda politik. Rasa nak gelak bila ada golongan yang butthurt muncul dan fatwa kaum kera (pinjam bahasa kau ye Hamka) digunakan untuk menolak pandangan Hamka. Dan kebanyakan daripada mereka yang menolak adalah yang bercakap mengenai demokrasi.

Nak gelak? Yelah, cakap sebab negara Malaysia ni negara yang berdemokrasi, maka wajarlah tindakan rakyat untuk menuntut hak dalam demokrasi. (Dalam demokrasi pun ada perkataan demo, so bolehlah berdemo. WOoohaaa!). Nak ketuk kepada golongan yang mengalami butthurt nie, demokrasi tu boleh untuk menyuarakan pandangan korang aje ke? Setiap orang ada hak untuk bersuara (bak kata fatwa golongan ini). Jadi, Hamka pun ada jugak ruang untuk bersuara. Dia nak sampaikan pandangan dia, ada salah. Lainlah kalau ada sesapa yang mengalami butthurt selepas membaca entri tu, dia akan kata la Hamka tak payah nak tulis pasal politik sebab nanti akan berat sebelah, Hamka sesuai cakap pasal agama aje. Golongan kera ini yang memakai fatwa kaum kera demi mengelakkan daripada kena butthurt lagi. Salahkah Hamka mempunyai pandangan dia dalam politik.

Bila pandangan Hamka berpihak pada menolak demo, terus dikatakan sebagai Ustaz UMNO. Pehal nie?! So, yang dok bangkang Hamka tu Ustaz Pas, PKR la yea? Kaum2 fanatik ni sentiasa nak orang berpihak pada mereka. Macam segala yang dibuat mereka itu mempunyai dalil dan nas yang jelas, shahih dan qat’ie mengatakan kena buat begitu begini seperti mereka. Kenapa tak boleh nak berbeza pendapat? Sebab nanti dpat butthurt? Hahahaha. Kita sibuk nak orang lain dengar akan apa yang kita nak kata dan terima perkataan kita, tetapi kita tidak mahu mendengar dan berlapang dada dengan perkataan orang lain. DEMOkrasi kah itu? Nampaknya fatwa kaum kera diamalkan berpandukan “sunnah” kaum kera. Bila dikata fanatik, mula melenting kata itu ini.

Entri ni bukan apa, aku nak menggunakan hak aku dalam DEMOkrasi untuk bersuara sebab sepertimana yang kita ketahui, kita semua ada hak untuk bersuara. Jadi, aku mengeluarkan suara aku. Aku bukan apa, Hamka hanya menyatakan pandangan dia tentang BERSIH, jadi kalau kita bersikap terbuka, kita terima tu sebagai pandangan dia. Kalau kita bersikap jumud macam katak dalam tanah, kita akan menolak. Lebih2 lagi mungkin ada yang akan menyerang balas. Aku nak katakan kat sini, HORMAT PANDANGAN ORANG LAIN. Mungkin kau tak nak bersetuju, tapi terima hakikat bahawa tu pandangan dia. Setiap orang dibolehkan untuk berbeza pandangan kecuali dalam perkara akidah Islam.

Papepun, hari dah semakin siang. Nak mandi dulu. (Tulis entri ni lepas solat subuh..). Kalau korang nak terima apa yang aku kata, terima aja. Nak tolak pon boleh. Kalau korang tegur tanda korang ada tahu mana kelemahan aku. Kalau korang hentam balik aku, tanda korang dah mengalami butthurt. hahahahaha.

Sekian, trimas..

 

Demo jugak!!

Salam~

Entri kali ni mungkin macam selepas apa yang berlaku di tanah air kit yang tercinta, Malaysia. Pada 9 Julai lalu (semalam), negara menyaksikan perhimpunan ramai rakyat yang menuntut pilihanraya yang bersih, iaitu perhimpunan BERSIH. Hal ni dah masuk dalam CNN, Al-Jazeera, The New Indian Times, dan macam2 lagi media, media cetak ke, elektronik ke apa ke. Tapi kali ni aku tak nak bercakap pasal demo tersebut. Kalau nak tahu, bukak semua media yang ada, google sendiri. Kalau aku tulis nanti mungkin ada berat sebelah. Kali ni aku nak tulis pasal berdemo di negara lain.

Mesir kembali berdemo. 8 Julai 2011, ribuan rakyat Mesir memenuhi kembali Dataran Tahrir sebelum solat Jumaat. Berhimpunnya mereka kerana inginkan Majlis Tentera mempercepatkan proses demokrasi yang dijanjikan. Ramai orang awam yang tidak bersalah ditahan tanpa dibicarakan selama bertahun2. Jika dibicarakan, di Mahkamah Tentera. Ini adalah tidak adil. Hosni Mubarak juga masih berkeliaran bebas. Rakyat mahukan Mubarak dan ahli2 kabinat dibicarakan atas rasuah dan kesalahan2 yang mereka lakukan dalam menjahanamkan negara Mesir. Isu Mesir ini saya tahu selepas seorang sahabat saya memberitahu dalam twitter dengan “hashtag” #8July.

Di Bahrain, apa yang berlaku adalah sebaliknya daripada yang dilaporkan oleh media. Golongan Syiah di Bahrain cuba untuk mengambil alih kerajaan yang ada (Sunni) dan menjadikan Bahrain di bawah Syiah. Di Syria dan Libya, golongan Sunni bangkit untuk menjatuhkan kerajaan Syiah yang bertindak zalim keatas rakyat. Di Bahrain, media memaparkan akan keganasan polis menyuraikan penunjuk perasaan. Tetapi, media menyembunyikan akan keganasan penunjuk perasaan membunuh polis, membakar kereta polis, menyekat dan membaling batu ke arah ambulan yang membawa orang Sunni di dalamnya. Media tidak memaparkan akan perhimpunan rakyat yang menyokong kerajaan Bahrain yang sedia ada sekarang. Media utama seperti Al-Jazeera tidak memaparkan ini dalam berita mereka. CNN, BBC dan segala media antarabangsa senyap akan sokongan rakyat terhadap kerajaan Bahrain. Kemasukan tentera Saudi ke Bahrain adalah untuk menjamin keamanan. Di Facebook, di muat naik gambar “al-Quran” yang sudah sebahagian terbakar. Lalu di maki, laknat tentera Wahhabi. Persoalannya, adakah mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku? Adakah mereka sedar Syiah cuba mengambil alih Bahrain? Tokoh Syiah, Ali Salman (ex- Senator dan pemimpin Hizbullah di Bahrain) dan Hadi Al-Modarresi ( Pemimpin Islamic Front for the Liberation of Bahrain) merupakan dalang dalam kekecohan di Bahrain.

Di Libya, Muammar Gaddafi yang dikatakan seorang Syiah memerintah dengan kejam. Bangkit rakyat menentang dibalas dengan tembakan. Askar upahan dikerahkan untuk menjaga “keselamatan negara”. Rakyat ditembak, dibom dan ditahan apabila bangkit menentang kekejaman Gaddafi. Di Syria, Presidennya, Bashar Al-Assad merupakan seorang Syiah dan memerintah dengan kuku besi. Beliau menjadi presiden pada umur 34 tahun, dan ini belaku apabila undang2 negara diubah dengan had umur untuk menjadi presiden mesti sekurang-kurang 40 tahun, diturunkan kepada 34 iaitu umur beliau. Memerintah dengan sekular dan tidak adil terhadap kaun Sunni. Ramai yang terbunuh dan cedera dalam bangkit menentang pemerintahan presiden Bashar Al-Assad.

Mungkin daripada tulisan diatas, anda semua nampak seolah-olah saya membenci Syiah. YA, SAYA MEMBENCI SYIAH. Mereka pandai berpura-pura dihadapan kita. Mereka menyatakan kepada kita bahawa mereka juga Islam. Mereka berkata mereka juga mempercayai akan Al-Quran dan Hadith. Tetapi itu semua BOHONG dan TIPU semuanya. Maulana Mohd Asri menyatakan bahawa Syiah ini tidak boleh digelar sebahagian daripada Islam. Mereka adalah sebenarnya satu agama baru. Dengan menolak Al-Quran, Hadith, mereka sebenarnya sudah terkeluar daripada Islam. Mereka mendewa-dewakan imam2 mereka. Menyatkan bahawa Allah swt memberikan separuh daripada pengetahuan (berkenaan dgn hal2 ghaib) kepada imam2 mereka. Ini adalah melampaui batas dalam Islam.

Muncul golongan Syiah menjadikan saya risau akan hal semasa. Mereka cuba memasuki dan menguasai negara2 dengan alasan mereka juga Islam, mereka ada hak. Tetapi mereka memporakperandakan negara. Kepada semua, berhati-hati dengan Syiah. Mereka baik didepan kita, tetapi mereka menunggu masa untuk menikam kita dari belakang.

Sekian~

p/s: Nasib baik semasa perarakan BERSIH tak ada orang bawak gambar Khomeini atau Hassan Nasrallah.

 
Leave a comment

Posted by on July 10, 2011 in Psyco aku.., untuk kita semua...

 

Perhimpunan pada cermin mata aku..

Salam,

terlebih dahulu, kepada anda semua, jika nak membaca, sila bukak luase pemikiran anda semua. Ini adalah PANDANGAN  PERIBADI saya. Nak tolak atau terima terpulang kepada anda. Pemikiran anda saya tidak boleh paksa. Nak kritik pemikiran saya, silakan. Nak maki hamun, terpulang. Kalau rasa amal pahala banyak sangat, sila maki hamun saya jika pemikiran saya tidak selari dengan anda. Baca entri ini dengan minda terbuka.

 

Negara sekarang berada dalam sedikit kekecohan seminggu dua ini. Dan hari ini juga. Sebilangan penduduk Malaysia keluar ke jalan2 di Kuala Lumpur, mengikuti perhimpunan aman anjuran BERSIH. Matlamat mereka mudah, untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil, tak ada politik kotor dan rasuah serta jijik. Bersihkan senarai pengundi dan lain2 yang mana korang dah tahu kalau korang sokong atau ikuti perkembangan bersih.

Aku dok tengok kat twitter, Facebook, ramai melaporkan perkara semasa tentang BERSIH. Aku follow akaun twitter BERSIH. Dorang retweet dan tweet pasal perarakan BERSIH. Ada berkumpul kat Stesen keretapi KL, ada dekat masjid jamek, SOGO dan lain2 tempat. Sewaktu aku sedang sarapan, waktu India jam 8 pagi, Malaysia jam 10.30 pagi, ditweet telah berkumpul seramai 1000 orang untuk menyertai perhimpunan ini!! Woohaaa!! Dengar kata majlis mula pada jam 2 petang, tapi awal pagi dah ramai melambak macam semut. Kalau macam nie setiap hari Jumaat dan seeloknya setiap waktu solat di masjid/surau kan elok jugak. Lega hati tok imam dan bilal yea~

Dalam twitter, garis masa aku meriah. Dalam setiap 30 saat, mesti ada satu tweet puratanya. Pagi ni aku peruntukkan masa untuk tengok apa yang berlaku. Masa depan negara la katakan. Ada gambar berarak. Ada gambar disyaki mahasiswi bertudung labuh ditangkap polis setelah lari sup sap sup sap ke dalam stesen LRT berdekatan. Ada yang kurang upaya menyertai. Ada yang membawa anak kecil ke perhimpunan ini. Satu gambar yang menarik perhatian aku (dan membuatkan aku berubah sikit muscle contraction kat muka) ialah gambar peserta dok berkumpul, masing2 bertakbir. Ada tweet, “Politik tak patut diagamakan. Agama tak patut dipolitikkan”. MUncul tweet begini menunjukkan bahawa wujud golongan liberal. Jaga-jaga. Kepada para peserta perhimpunan, sila jaga etika anda. Jangan cetuskan provokasi kepada pihak polis. Jika ada, cekup orang tu, ikat dan bagi dekat polis. Kita tidak tahu, mungkin pem”provoke” itu adalah mereka yang diupah oleh pihak tertentu untuk menggagalkan niat yang baik. Cuba2 intai, takut2 ada yang bawak gambar Khomeini macam dulu.

Saya agak terkilan dengan sikap sesetengah peserta perhimpunan BERSIH ini yang membawa anak kecil ke sana. Anda sudah dapat mengagak bahawa ada kemungkinan keadaan menjadi huru hara. Jadi, orang bertempiaran lari sana sini tanpa hiraukan orang lain. Nanti bila anak cedera atau apa2 teruk terjadi, mulalah salahkan polis dan kerajaan terutamanya. Jika anda membiarkan pintu rumah anda terbuka dan anda keluar pergi bekerja, balik2 kerja rumah licin kena samun, anda nak salahkan kerajaan/polis kerana tidak menjaga keselamatan rumah anda?

Saya menjunjung titah kebawah DYMM Yang Dipertuan Agong. Saya memahami bahawa Tuanku inginkan politik negara bersih dan telus, dan baginda juga bertitah bahawa demo jalanan bawak banyak keburukan. Saya nak katakan, Tuanku dilihat memberi lampu hijau untuk datang beri memorandum tentang pilihanraya dan politik negara DAN Tuanku jugak menyatakan secara tidak langsung, JANGAN DOK BERKUMPUL KAT JALAN2! Tang bagi green light untuk buat memo korang tibai terima, tang berkumpul atas jalan korang buang camtu aja. Masalah yang berlaku juga apabila kerajaan tak benarkan untuk berkumpul di stadium. Apehal pulak? Hari tu bagi, sekarang tak bagi. Bagi stadium bukit jalil ke, stadium negara ke. Selesai masalah. Kang daripada korang dok panas kerusi tak cukup 2/3, nanti pilihanraya umum 13, hilang tak cukup pun 1/3.

Dalam perhimpunan ini, saya berfikir kenapa dikatakan pilihanraya tidak adil. Padahal BN tidak berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 kerusi Dewan Rakyat, hanya dengan majoriti mudah. Lima buah negeri berada dalam pentadbiran Pakatan Rakyat. Adakah bila kesemua kerusi Dewan Rakyat disapu bersih oleh Pakatan Rakyat barulah dikatakan pilihanraya yang adil? Padahal di Kelantan, BN hampir2 kehilangan semua kerusi apabila Pakatan Rakyat menyapu hampir bersih kerusi DUN Kelantan.

Hal ini adalah hal pentadbiran negara, politik, siyasah. Saya tak nak ulas banyak dan panjang lebar, sebab tak ada ilmu sangat tentang hal siyasah ni. Apapun, berkumpul biar jaga keselamatan. Jangan mulakan provokasi. Nanti tak pasal2 kena belasah dengan polis, lepas tu salah kan polis. Nak berkumpul, biar aman. Kepada Polis DiRaja Malaysia, tahniah kerana sanggup berjaga siang malam berkawal sana sini untuk negara. (Untuk pengetahuan semua, Polis walaupun dibawah Menteri Dalam Negeri, masih lagi ada yang atas, Agong, ketua negara. Field Marsyal gitu.). Balik cuti raya nanti nak korek cerita pasal perhimpunan BERSIH ni dari pak sedara yang dua2 kerja kat Bukit Aman, mesti ada cerita.

Papepun, selamat berarak kepada BERSIH, PATROT, silat dan sbgnya. (jangan ada syiah berarak sudah lee..). Solat jangan lupa. Jangan dok lari ke masjid sebab kena kejar dengan FRU aje, lari jugak ke masjid sebab nak solat jamaah selepas ini dan bila2 yea. Negara kau buat atas dasar apa2 pun, kalau Islam tak letak sebagai asas, berjaya yang tidak diredhai oleh Allah.

Peace~

 
Leave a comment

Posted by on July 9, 2011 in Uncategorized

 

Pasca teori..

Salam..

Kali ni tak tahu nak tulis apa. Bengap sikit kepala jadik kali ni. Jarang menulis sebab bizi sikit. Bizi exam dan juga bizi dok tengok video. Video apa? mana bleh cakap..hehehehe.. rahsia. tapi jgn korang dok pikir pelik2 video apa aku layan. Ianya BERSIH..

Nak citer pasal orang laen dulu, baru citer pasal diri aku. Kena la bongkar kisah orang laen dulu, kalau tak korang takkan baca sampai habis entri ni kan?

Kawan aku kat Mysore, Dzul dan jugak saudara kacak, Faheem telah berangkat untuk melancong ke Dubai. Dubai!! Aku tak pernah pun terfikir nak pergi lepak sana. Maklumlah, duit kering sebab dok fikir nak balik aje setiap kali cuti. Kenapa nak balik? Sebab Davangere ni memang menyesakkan minda dan perasaan. Sangat bosan. Bosan teramat sangat. Dipenuhi dengan tempe2 yang tak tahu beradap dan tak reti nak hormat orang lain, tapi terhegeh-hegeh nak orang lain hormatkan dorang. Kepada tempe-tempe tersebut, korang boleh belah la dari dunia ni. Ingat korang bagus sangat ke? (smbil termengah-mengah dok tahan sabar depan laptop).

Kedua, kawan-kawan aku jugak, dari Davangere, Din, Matle, Zul, Faris, Datin Dada, Nisaq dan sorang lg aku xingat sape, akan pergi bejalan ke north, utara India. Agra, Delhi dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. Malam ni dorang bertolak ke Airport Bangalore sebab flight dorang ke Delhi awal pagi esok. Aku? Tak pegi. Harap2 perjalanan dorang selamat pergi n pulang. Semoga enjoy jugak jalan2. Time jalan2 ni nak apply rukhsah solat n segalanya. Huhuhu..

Aku kini pasca teori paper. Dah habis teori paper Biochem. Agak payah jugak. Usaha dah usaha, sekarang fokus kat paper praktikal dan jugak viva. Pengalaman biasa tengah jawab exam ialah nak terkencing. Lalu bergegaslah aku berjalan laju ke tandas. Andai kata aku masuk acara 20km jalan kali, mesti menang sebab nak pegi ke tandas. hahahaha. Walaupun dah lepas paper lain, sangkut paper biochem. Sebab aku memang tak suka chem ni. Dari sekolah menengah lagi. Huhuhu. Gred apa aku dapat tak payah nak cerita sebab horor sangat. Yang penting, nak lepas aje kali ni. Masuk 2nd year, InsyaAllah aku akan usaha gila2 sebab subjek klinikal aku minat. Surgery, OBG, Medicine. Woohaaa~

Pasca teori ini juga membuatkan aku jadik lain. Lain macam mana? Entahla. Hormon surge gitu. Tak pasti hormon apa pulak yang surge. Ntah2 estrogen n progesterone..hahahaha. Moody dengan tak tentu pasal n tetiba aje. So, kepada anda di BIH Davangere, berhati2 semasa bercakap. Kalo nampak aku tak layan sangat, jangan dok cucuk tak tentu pasal. Kang kena maki cash ngan aku baru tahu. Silap2 aribulan kena belasah aku tak jamin. Sori Pa’ak aka Ishak Arif sebab jadik mangsa kemarahan aku ari tu. Hampir kena simbah ngan teh panas. Sebab? Aku marah coz tak lepas level main Angry Birds. Hahahahaha.. Sori ye Pa’ak.

2 minggu kebelakangan ni, aku selalu kacau kawan aku. Dan dok sebut-sebut aje pasal kahwin. Memang sangap sangat kot. Huhuhuhu.. Teringat pula time sekolah menengah dulu, aku ada nak letak nama anak aku dengan nama kawan aku. Baru ni aku ada letak kat twitter. Aku nak letak nama anak aku dengan nama kawan aku. Sorang Izwan, sorang Hafis dan sorang Umar. yang lain, tak pasti lagi. Hehehe. Perancangan masa depan la katakan. Nak buat camne, umur dah semakin “muda”. Habis MBBS entah bila. Nak kawen awal sikit sebab tak nak nanti anak baru dua tahun, ayah dah dekat 50 tahun. Nak anak muda, ayah pun muda. Mak pun muda. Cuma InsyaAllah tak ada bini nombor dua. hahahahaha.

Pasca teori menjadikan aku tak tenang sikit. Tak sabar nak jumpa kawan lama aku. Sahabat rapat dan teman yang aku percaya sangat-sangat. Time sekolah menengah dulu kami tidur sebilik, sekatil (korang jgn dok bayang benda pelik pulak). Masalah aku kongsi dengan dia. Aku dapatkan pandangan dia. Masalah dia pun aku dengar. Saling memahami la katakan. Sekarang dia kat UIA Kuantan. Amek medic jugak. Dulu dia mintak JPA, tapi tak lepas kat interbiu. Kesian kat dia. Tapi, rezeki Tuhan nak bagi, sape pun takleh halang kan? Dia buat asasi medic kat UIA, lps tu degree kat UIA. Nak jumpa dengan dia balik cuti ni. Nak cerita apa yang berlaku di India. Huhuhuuh..

Dah terkeluar cerita pasal balik cuti, so dimaklumkan bahawa aku akan balik bercuti lepas exam nie. Tarikh? Jeng jeng jeng.. TAK LEH BAGITAU~ Aku nak balik senyap2. Nak buat surprise kat parents aku. Tetiba aje,.. TING!! Dah terpacak depan pintu rumah. Ayah dan abang aku ada kat rumah. So, takyah risau balik tak ada orang kat rumah dan kene merempat kat surau dekat rumah. Lagipun, masa nak tunggu flight kat airport, aku nak call dulu ayah aku. Nak pastikan parents aku ada kat rumah. Tak jalan-jalan pergi Pangkor ke, Langkawi ke, Key El ke. Kalo dorang ada pegi mana2, baru aku cakap aku nak balik. Hehehehe..

Papepun, sekian bebelan aku kali ini. Jarang tak membebel kat sini sebab dok sibuk membebel kat twitter. Jaga diri sekalian. Jangan terlampau rilek. Hidup ini ada tujuan, cuba capai sebanyak mana yang boleh. Okeh??

Sekian..

Buh Bye!!!

Tata titi tutu tete toto!!!

 
Leave a comment

Posted by on July 1, 2011 in Uncategorized