RSS

Monthly Archives: May 2011

Hide it..

Hi..

Lama sikit tak mencoret kat blog nie.. Agak lama sebab baru sahaja menghabiskan internal exam sebelum masuk ke gear penuh sebab exam universiti tak sampai sebulan lagi dan banyak benda yang perlu dihafal dan faham. Ya, tak sampai sebulan lagi!! Jadi lepas ni kena tutup kot facebook buat sementara. Tweet aje kot. Tak nak berapa sibuk sangat dok melayan muka buku sosial dan bukannya dok menghadap buku biochem.

1. Kekadang memang jadi tabiat aku untuk menyembunyikan jawapan yang aku tulis semasa exam daripada pensyarah dan jugak PGs kalo diorang lalu sebelah aku (kekadang? aku rasa macam setiap kali exam aje..). Lagi nak sembunyikan kalau diorang dok berdiri sebelah aku dan tunggu apa yang aku nak tulis. Dan bertambah secretive aku bila pensyarah atau PG tu ialah yang agak kenal aku dan aku kenal diorang (of course.. hello, sapa tak kenal pensyarah atau PG yang dok ajar korang kan??) Lalu aku pun melindungi jawapan aku daripada diperhatikan oleh diorang dengan lengan aku. Tak pun aku terus bukak page baru, buat2 nak jawab soklan laen. Kadang2 dok terfikir, kenapa aku nak sorok jawapan aku sebab lepas ni diorang baca jugak masa tanda kertas aku. Silap2 haribulan, jadik bahan gelak ketawa sebab salah tulis atau eja. So, sekarang ni aku cuba tak nak dah sembunyikan kertas jawapan aku dari invigilators yang ada.

2. Sembunyikan apa yang ada pada aku. Bunyi macam kedekut giler. Kedekut taik idung masin. Well, it’s depends on what you hold. Kalo benda tu agak private, aku terpaksa jadikan ia rahsia. Let it be discreet. Mesti ada antara korang yang tertanya, “dekat bff pun?”. Ya, sesetengah perkara perlu dirahsiakan walaupun dekat kawan2 baik selamanya. Walaupun kamcing sampai ko pegi mana2 ngan diorang/dia, dan sampai orang tahu kalau kat mana adanya korang, disitulah adanya diorang. Sometimes, it’s better not to let them know something that will cause them in trouble or worry. Kalo setakat ko termakan biskut kawan kau tu tak payah la nak simpan, jadikan dark secret gitteeww.

3. Kadang2 hidup lebih mudah bila kita sembunyikan sesuatu. Tak ada orang lain nak tanya itu dan ini. Diorang tak bizi dan kita pun tak bizi nak menjawab soklan diorang. Walapon orang kata, lama2 rahsia tu akan orang tahu, tapi sesetengahnya lebih baik orang tahu kemudian daripada tahu sekarang. Kan? So, simpan dulu mana yang boleh disimpan ye. Bak satu lagu Dato’ Siti, “Biarlah rahsia..”. Mungkin dekat sesape yang tahu siapa aku, aku nie agak perahsia sikit. Mungkin apa yang aku cakap tu betul. Mungkin apa yang aku cakap tu tak betul. Mungkin yang tak betul tu untuk cover apa yang betul. So, you can never know the truth. Hahahahahaha.

Papepun, ni aje yang dok ada dalam kepala otak aku yang aku boleh kongsikan dengan korang buat masa nie. Ada benda lain, tapi tak boleh nak dibincangkan dan diberitahu kat sini dan sekarang. Mungkin lain kali dan masa. MUNGKIN..

Sekian, adios..

 
Leave a comment

Posted by on May 27, 2011 in Psyco aku..

 

Patutkah?

Pernah tak korang tengok matahari secara direct ngan bijik mata korang? Pernah tak korang dok atas stage yang mana lampunya sangat terang benderang sampai senak biji mata korang menahannya? Ada tak mamat mana entah tiba2 pegi suluh spot light kat muka korang?

Mesti senak + silau + nak buta mata korang kan bila perkara demikian berlaku. Kadang2 yang hangin bila orang suluh lampu yang terang benderang macam lampu stadium kat muka korang tanpa sebab. Kat India ni satu keadaan dimana korang disilaukan dengan lampu yang terang sampai nak buta mata iaitu semasa memandu. Tak kisah ko memandu kereta, merempit motor atau skuter atau merempit basikal. Dan hal ni berlaku pada waktu malam. Memang kalo kuar malam aje ngan moto, semua orang kat sini nak pakai “high beam”. Apa kecerdiknya golongan ni?! Memalam pasang lampu tinggi. Kereta, motor atau skuter sama saja. Kadang2 aku terfikir, diorang ni bengap sangat ke sampai tak tahu bila nak guna lampu tinggi tu. Nak jadi Kasim Selamat aku dan kawan2 aku kat sini disebabkan perangai tak reti bila nak guna high beam.

Dah la aku nie ada masalah ngan silau2, datang pulak moto cam haram pelesit laju, hon tak henti2 (padahal takde kete atau moto kat depan dia!!) dan ditambah ngan pakai high beam! Memang berasap telinga aku. Panas sebab dok hon tak henti2 padahal dia punya lane tu kosong dan dok pakai high beam. Masalah nie memang diakui oleh semua pelajar Malaysia di India. Memang menyakitkan hati dan perut, pankreas, dan segala-galanya. Ada pernah aku mengadu masalah ni kat sorang kawan baik aku, Din. Dia pun panas ati macam aku jugak dalam kes nie. Dia suggest kat aku tuk balas ke”pala”an tempe2 nie.

Satu malam, kitorang baru balik dari kedai. Aku membonceng Din. Ada mamat tempe nie bawak moto ngan high beam dari arah bertentangan. Aku terus maki/carut. Dah kami hampir berselisih, (dalam jarak lebih kurang 5-6 meter gitu), Din suruh aku tukar pakai high beam jugak. Aku pun tukar. Dan hasilnya memuaskan hati aku. Aku dan Din tergelak2. Mana taknya, tengok mamat tu terhuyung-hayang terumbang-ambing bila aku tukar pakai high beam. SILAU!! Hahahhhahaha.. Padan muka kau!! Taktik tu selalu Din ngan aku guna bila dah tak tahan ngan tempe yang tak tahu bila nak pakai high beam.

Tu salah satu dari norma kehidupan di India. Yang lain-lain seperti janji 5 minit tapi berakhir dengan 2-3 jam, hon tak henti2 walau tak ada benda yang nak kena hon, dan juga sebagainya memang menyirapkan darah kitorang. Dan ini telah menjadikan aku semakin tak sihat. Mana taknya, 2 ari lepas pegi klinik check blood pressure mencanak naik jadi 170/110!! Sikit lagi nak kena tahan masuk wad!! Memang aku ada masalah skit ngan hypertension aku, tapi semenjak datang India nie, semakin menjadi-jadi pulak. Setiap bulan aku akan pegi farmasi dan beli ubat. Apa2 ubat untuk menghilangkan sakit kepala aku. Nak beli ubat apa, aku tanya senior aku, tak pun bukak buku pharmac n belek sendiri. Cari yang kurang side effect skit.

Bila fikir ngan buat sikit kajian, aku dok rasa umur aku semakin pendek. Mana taknya, ngan segala pressure kat sini memang nak bagi otak aku meletup. Pressure hidup banyak, pressure belajar pun banyak. Nak hilangkan pressure, aku makan atau tengok citer series. Tenang sikit. Sebelum nie aku ada buat terapi sendiri, terapi hoki botol. Memang berkesan tapi buat aku sakit lutut pulak.

Kekadang rasa nak bom aje tempe2 nie ngan tomahawk. kekadang nak simbah aje ngan asid macam kat mesia sekarang. Jadik penyimbah asid bersiri. Nak belasah ngan bat kriket sekor2 pun ada jugak..

Patutkah??

 
Leave a comment

Posted by on May 14, 2011 in indiaku jua, INdiamu, Psyco aku..

 

layan ajer…

Kali ni nak kongsi satu lagu. Lagu ni rasanya korang tak pernah dengar. Dinyanyikan oleh seorang artis yang agak feymes. Selain feymes, dia jugak kacak orangnya. Senyuman dia menawan (tapi tak leh lawan Mr. Smiley. hahahahaha). Muka cam Melayu, (ada darah Melayu la jgk..) dan tak fasih sangat nak cakap Melayu. Berlakon dalam teater dan terbaru hero dalam satu movie yang boleh dikatakan pecah panggung. Aku dok ulang tengok muvie yang dia dekat 4 kali!! (Tapi tak leh lawan rekod ak tengok citer Valkyrie, 12 kali!!!) Penyanyi yang ensem itu adalah STEPHEN RAHMAN-HUGHES!! Lagu dia yang aku layan ialah Cinta atau Setia. Layan aje.. Adios… zassss..

 
Leave a comment

Posted by on May 10, 2011 in Psyco aku..

 

nak jadi seksi.. boleh tak?

Salam..

Banyak kan post aku kali ni dalam minggu nie? Tengah high dan ada banyak nak dilontarkan ke keyboard laptop. Nak jadi seksi? Hahahaha.. Betul. Itulah impian aku sekarang. Nak jadi seksi. Seseksi mungkin. Oppss, mungkin korang dah terbayang aku dok pakai kain belah sana-sini ketat sana sini, dedah sana dedah sini. BUKAN!!! Aku ni lelaki ok!! Dan aku normal!! Aku bukan sotong atau nyah atau bapuk atau nok atau apa2 yang seangkatan, setaraf, sekufu atau sama waktu dan keadaan dengannya.

Korang pernah dengar tak ada pompuan kata lelaki tu seksi? Mesti ada kan? Bukannya seksi dari segi dok dedah pakai vest aje jalan kehulu-hilir. Atau pakai tak senonoh. Tak!! Tu bukan definisi yang aku nak gunapakai. Mesti korang pernah dengar orang kata Hugh Jackman tu seksi. Atau Aaron Aziz. Atau Brad Pitt. Bila ditanya kenapa, jawab mereka sebab mereka simpan “beard” yang pendek. Ala-ala nampak aja. Nampak ada beard yg pendek aja. Memang bila tengok pun aku kata seksi. (Diulangi, aku NORMAL!!!). Dan kebetulan pulak aku memang ada benda “beard” nie. Alhamdulillah.. Memang dari dulu nak ada beard. Sekarang dah ada. Lebat gitu (sebelum shave hari Khamis lepas..). Lepas shave, dok fikir depan cermin besar godang kat bilik air. “Kalo aku simpan sikit aje beard aku nie nampak ok jugak”. Lepas tu dok senyum sorang-sorang.

Sebenarnya dulu aku pernah nak buat macam Dr. Mark Sloan, Plastic Surgeon Attending dalam citer Grey’s Anatomy. Lepas tu dah bosan. Sekarang dah ada idea baru. Sebenarnya aku agak terkejut kerana dalam keluarga aku, aku dan abang aku yang ke-2 aja ada benda beard nie. Memang alel beard nie pandai sembunyi2. Sekarang aku nak simpan sikit aje. Dah agak panjang shave. Dalam seminggu, jadi ok balik. Maksud aku jadi seksi balik. Hahahahaha..

Alang-alang bercakap pasal beard nie, aku nak kongsikan fakta diri aku dengan beard. Kalo aku simpan beard aku, dah tebal dan panjang sket, mesti aku dah nampak macam bapak orang. Sekarang ni umur aku dalam 22 tahun. Kalo dah ada jambang/beard, mungkin dah dekat hujung 20 atau 30 tahun. Dan jika tak ada beard, licin selicinnya, lepas shave, mungkin orang akan kata aku umur 16-19 tahun!! Mudanya!! Mesti korang rasa terkejut kan? Awet muda rupanya aku nie. hahahaha.. Ni terbukti masa aku nak fly, masa tu pegi buat medical check-up. Aku pegi shave. Terserempak dengan kawan mak aku. Dia tanya aku nie baru nak masuk tingkatan 4 ke? Aku terkezut. Dan pada masa tu aku tau yang muka aku nie muka budak lagi (tapi aku lebih suka dengan istilah ‘awet muda’). Masa abang aku kahwin pun, orang ingat aku yang kahwin sebab aku simpan beard selama 4-5 bulan. So, memang nampak agak “mature” dan ada la nampak muka laki orang!!

Papepun, hasrat aku nie kalo boleh nak kekalkan sampai dah ada anak dua tiga orang. Lepas tu, boleh la nak simpan beard nie sampai setahun tak shave pun takpe. hahahahaha..

Ok.. nak belah dulu.. Agak lewat nie.. Coretan kali ni pasal hidup aku. Sesaja nak berkongsi cerita.. Adios..

Sekian.. Salam…

 
1 Comment

Posted by on May 8, 2011 in Psyco aku..

 

Seni aku cintai..

Selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian. Semoga anda sentiasa dilindungi bumbung, berlantaikan bumi. Kalo ada karpet, lagi best kan? Papepun, semoga apa yang diberikan kepada kita tidak menjadikan kita lupa kepada TUHAN kerana dia yang telah memberikan kita segalanya.

Minggu lepas sangat bermakna kepada aku. Sebab? Kali pertama dok nyanyi atas pentas. Dah la depan VIP yang bukan calang2. Bekas ahli politik Davangere, Konsul General dan ahli dari Chennai, pengetua-pengetua kolej, prof2 dan kawan2. Benda ni ada dalam entri aku yang lepas, pasal Annual Grand Dinner MSA Davangere 2011. Jadi Juara atau Tok Jogho untuk kumpulan dikir barat bukannya senang. Nak kena ‘tune’ suara leklok, nak kena hafal lirik (tapi malam tu aku tengok aje lirik kat henpon aku..hakhakhak..). Dah abes persembahan, ramai dok pakat (istilah kelantan) puji. Puji untuk overall persembahan, bukannya suara aku sebab bila aku tengok balik video persembahan aku, macam hampeh suara.

Jadi, untuk mengatasi masalah itu, sekarang ni aku dalam usaha untuk memantapkan vokal suara aku. Hahahahaha! Mesti korang nak gelak kan? Tak pun ada yang dah nak termuntah. Ade aku kesah? Sekarang ni pagi2 masa berjalan nak pergi bersarapan kat mess, aku pasang lagu dikir ngan mp4 aku. Sambil tu nyanyi dengan suara aku. Nak sampai pitch suara macam Megat Nordin, Halim Yazid, Arwah Cikgu Naim, Jali Bunga Tanjung, Abe Man, Abe Udy? Sampai masuk kubur tak dapat aku. So, try la adjust ngan suara agak base ni dengan lagu-lagu dikir yang tersohor dibibir dan telinga budak kelantan atau bukan kelantan. Balik bilik, dah bosan baca buku, bukak karaoke Anuar Zain dan karok sepuas-puasnya sampai “terbiut” suara aku. Malu gilerr!! Tapi demi memantapkan suara, itulah yang aku kena hadapi.

Kenapa buat benda gila nie? Hehehe.. Sebab sekarang ni aku dah “naik syeikh” untuk menyanyi dan berdikir. Gila nak berdikir la katakan. Dok cari lagu itu ini dalam laptop. Kalo tak ada, bukak aje 4shared, search kat sana. Lalu bermulalah dunia dikir aku. Nak lepas gian dikir, lalu berdikirlah aku sewaktu mandi, nak pegi makan, naik scooter, basuh scooter, ambik air dalam fridge n masa dok study mahupun melayari intenet! hahahaha.. sangat gila kan? Aku minat berdikir bukan sebab aku gila. Sebab aku minat. Sebab aku terkejut kerana aku baru sedar bahawa dikir barat dah dibawa oleh anak Kelantan ke seluruh dunia. Di Korea, Jepun, Indonesia, India, Republic Checz, UK, US dan lain-lain negara. Dikir barat adalah satu seni persembahan nyanyian yang tak lepuk dek hujan, tak lekang dek panas. (Gitu skali nah!!). Jadi, aku berbangga sebagai anak Kelantan. Ada seni budaya warisan yang unik. Kalau di Borneo, aku kagum dengan tarian buluh. Diorang boleh lompat-lompat tapi tak kena pulak kepit kaki tu. Johor dengan kuda kepang dan zapin. Yang lain tu korang tahu2lah sendiri. Kata ambik sejarah ngan kajian tempatan masa sekolah dulu.

                                                                  Halim Yazid

Walaupun aku minat nyanyi lagu-lagu omputeh dan jugak lagu-lagu melayu, aku tetap terpikat pada seni tradisional. Mujur aku tak buat macam Mek Siti Salam Pantai Timur. Dia dulu pernah belajar di sekolah aku, SMSTMFP. Disebabkan dia minat sangat dengan persembahan atas pentas, teater, dia kuar sekolah tu. Dia sambung belajar di ASWARA dan ada degree law lagi. Jadilah dia sebagai seorang anak seni. Aku nak jugak belajar seni, tapi secara sambilan aje. Sekarang dah ada intenet laju, Google, YouTube, 4shared, mediafire dan segala-gala, bole aje belajar tengok dalam wikipedia dan jugak blog-blog. Kan senang. Kata En. Khai, Konsul Pendidikan JPA kami di India, “Gunakan teknologi dengan sebaiknya”.

Maka, harapan aku agar kita tak melupakan adat seni budaya bangsa. Biarpun kita maju, biarlah ada lagi kita genggam erat seni warisan kita agar generasi depan tahu apa itu rebab, rebana dan kertuk. Majulah seni untuk bangsa!!

                                                  Ni lah aku pada malam persembahan sebagai jogho..

p/s: Sekarang sibuk bersama Din dan Mat Le mengumpul istilah2 pantai timur yang jarang digunakan oleh generasi muda dan letak dalam Twitter.. Kayonyo Bahaso Kito~

 

Tak percaya kita…

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama jugak tak update. Mesti korang rasa bosan sebab kadang2 (rasa2nya selalu) bukak blog ni dan korang tengok tak ada apa2 baru. Maknanya aku tak update. Bermaksud aku malas untuk update. Bukan malas disebabkan sikap malas (errmm.. ye kot..) tetapi kadang2 tak ada isu sangat. kalau setakat naik motor lepas tu hampir terlanggar khinzir tu buat apa nak cerita. Lainlah kalau aku terlanggar atau melanggar khinzir tersebut dan aku masuk hospital atau ada luka2 pada aku atau scooter maroon kesayangan aku tu. Tapi papepun nak kongsi sket citer baru.

Cerita semasa.. Baru ini pada 30 April 2011, maka telah berlangsunglah satu majlis yang gilang-gemilang, bermandikan cahaya, iaitu Annual Grand Dinner 2011, berlangsung di Bapuji Auditorium. Majlis ini telah mencatat sejarah kerana menjadi majlis ter”grand” dalam sejarah MSA Davangere kerana dihadiri oleh VIP seperti Dr. Shamanur Shivashankarappa, En. Anuar Kasman, Konsul General Malaysia, En, Khairuddin Abdullah, Konsul Pendidikan JPA, Sri S. Veerana, Pengerusi BIH, Pengetua JJMMC, Pengetua CODS dan Pengetua BDCH (dia hantar wakil aje..). Kehadiran koordinator dan juga pensyarah memeriahkan lagi majlis.

Maka bermulalah majlis selepas ketibaan VIP dan tetamu dengan persembahan silat dan dikir barat dari Kumpulan Dikir Sri Arjuna. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari Dr. Shamanur. Lepas tu persembahan keyboard dan nyanyian solo dari Abang Man. Acara diterukan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada penerima anugerah bidang akademik, sukan. Nazrin dan pasangannya (tak tau nama.. sorry..) buat persembahan gitar n nyanyi duet. Kelas gitu.. Dua-dua best!!

Malam tu agak letih sebab banyak dok berdiri ambik gambar. Yang aku ada dekat 590 gambar. Tu pun nasib baik aku kena buat persembahan, tak ambik gambar VIP baru sampai dan esectra esectra. Kalau tak maunya dekat 1K gambar aku ada! Papepun, lenguh dah ilang sebab dah tido dengan secukupnya.

Pasal award, tahun nie amat berbangga saya kerana dapat award. Dapat award Mr. Smiley!! hahahahaaa.. memang terkezut beruk aku masa dia announce nama aku. Setahu aku aku ni takde lah senyum sangat. Muka nak telan orang ada la. Tapi papepun Terima Kasih sebab korang telah mengukir sesuatu dalam hidup aku. Satu kenangan yang sangat hepi!!

Hepi jugak sebab aku yang jadik juara untuk persembahan dikir barat Sri Arjuna. Tak percaya!! Dah la nyanyi tengok lirik kat iPhone.. hahahaha.. Tapi tak de la tengok memanjang macam orang tengok teks ucapan kan. Pandai la cover sikit. Nak tengok persembahan kitorang? Klik sini kat YouTube..

Kepada Jawatankuasa Annual Grand Dinner 2010, TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan kerana menganjurkan majlis ni. TERIMA KASIH juga kepada mereka yang bertungkus lumus memerah peluh untuk menghias Bapuji Auditorium dari nothing kepada something. TERIMA KASIH kepada tetamu dari Chennai iaitu En. Anuar Kasman dan isteri, En. Khairuddin Abdullah. TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada kumpulan dikir Sri Arjuna kerana persembahan yang hebat, mendapat pujian yang berbunga-bunga.

Sekian.. wasallam..

(p.s: semangat gila nak dikir walau suara tak sedap..)

 
Leave a comment

Posted by on May 3, 2011 in indiaku jua, INdiamu