RSS

Daily Archives: March 30, 2011

Tak cukup?!

Salam,

Sekarang ni untuk pengetahuan anda2 semua, India sedang menempuh musim panas atau “summer” dalam bahasa yang lebih standard. Maka saya dan rakan2 di Davangere ini merasakan sedikit bahang panas dan bagi saya inilah maksudnya musim panas. Kalau tak terasa panas buat apa nak panggil musim panas kan?

Apa yang saya nak sampaikan kali ini berkaitan dengan tak cukup. Tak cukup? Ada satu ungkapan berbunyi “Sesungguhnya anak adam itu jika diberikan selembah emas nescaya dia akan meminta untuk diberikan selembah emas lagi”. Hah, betul tak? Mesti mulut kita akan kata “Tidak”, tetapi hati kecil kita akan berkata “YA!”. Cuba anda bayangkan, ada seorang billionaire atau billionlemonaire datang menemui anda dan menawarkan kepada anda hartanya. Selembah emas! Silau biji mata dek terpantul kilauan cahaya bergemerlapan kemewahan emas. Selepas itu ditanyakan kepada anda, adakah anda nak selembah emas lagi? Maka beruntunglah si kaya tadi jika anda berkata “tidak” dan beruntunglah diri anda jika anda berkata “Ya”.

Itulah sifat sebenar manusia. Insan. Hamba. Yang serba kekurangan dan tiada apa-apa. Yang sentiasa meminta dan kurang memberi. Ok, ni nak masuk core kepada tajuk enrti. Jika kita mendapat sesuatu pemberian daripada seseorang, atau seseorang itu telah membantu kita, maka apa yang kita ucapkan adalah “Terima kasih” atau “Thank you” atau “thanks” atau apa-apa ungkapan yang setaraf dan sama waktu dengannya. Itu bagi sesama manusia. Maka, bagaimanakah kalau kita mendapat pemberian daripada Allah SWT. Allah mengabulkan permintaan kita atau kita mendapat rezeki yang disangka mahupun tak disangka, atau kita terasa nak mengucapkan penghargaan terima kasih atas nikmat yang telah dikurniakan kepada kita selama ini dan nikmat2 yang kita baru dapat. Maka kita diajar dalam Islam untuk mengucapkan kalimah “ALHAMDULILLAH”.

Kalimah yang pendek tetapi besar maknanya. Kalimah ini adalah kalimah penghargaan kepada Allah SWT yang mana terbaik sekali. Kenapa tak saja diucapkan “terima kasih Allah kerana memberikan aku rezeki. Engkaulah yang Pemurah, Pengasih, Maha mendengar……”. kalimah Alhamdulillah ialah penghargaan tertinggi dan terbaik. Ia merangkumi segala pujian. Tapi, kalau nak ucap yang panjang-panjang pun tak kisah. Tapi, seeloknya biarlah amalan kita itu menepati sunnah. Barulah hidup itu berlandaskan sunnah.

Lagipun bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada kita tu sesuatu yang digalakkan dalam agama. Sila rujuk surah Ibrahim, ayat 7: “dan ,tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambahkan nikmat kepadamu, dan jika kami mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”

Kita diperingatkan untuk bersyukur sebagai tanda kita menghargai akan pemberian kepada kita dan jika kita bersyukur, nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada kita. Mungkin bukan dengan semakin banyak harta kita, tetapi Allah SWT tetap akan memberikan nikmat-nikmat lain yang kadang-kadang kita tak terfikir akan mendapatnya.

Jadi, apa yang ada kita syukuri. Apa yang tiada hendaklah diharapkan tetapi jangan terlalu berharap untuk mendapatkan apa yang kita hendak. kerana Allah SWT itu lebih mengetahui daripada kita. DIA lebih tahu baik buruk untuk kita. dan kita selaku hamba-Nya hendaklah redha dengan ketentuan-Nya.

Wallahu’alam..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 30, 2011 in untuk kita semua...