RSS

Monthly Archives: March 2011

Tak cukup?!

Salam,

Sekarang ni untuk pengetahuan anda2 semua, India sedang menempuh musim panas atau “summer” dalam bahasa yang lebih standard. Maka saya dan rakan2 di Davangere ini merasakan sedikit bahang panas dan bagi saya inilah maksudnya musim panas. Kalau tak terasa panas buat apa nak panggil musim panas kan?

Apa yang saya nak sampaikan kali ini berkaitan dengan tak cukup. Tak cukup? Ada satu ungkapan berbunyi “Sesungguhnya anak adam itu jika diberikan selembah emas nescaya dia akan meminta untuk diberikan selembah emas lagi”. Hah, betul tak? Mesti mulut kita akan kata “Tidak”, tetapi hati kecil kita akan berkata “YA!”. Cuba anda bayangkan, ada seorang billionaire atau billionlemonaire datang menemui anda dan menawarkan kepada anda hartanya. Selembah emas! Silau biji mata dek terpantul kilauan cahaya bergemerlapan kemewahan emas. Selepas itu ditanyakan kepada anda, adakah anda nak selembah emas lagi? Maka beruntunglah si kaya tadi jika anda berkata “tidak” dan beruntunglah diri anda jika anda berkata “Ya”.

Itulah sifat sebenar manusia. Insan. Hamba. Yang serba kekurangan dan tiada apa-apa. Yang sentiasa meminta dan kurang memberi. Ok, ni nak masuk core kepada tajuk enrti. Jika kita mendapat sesuatu pemberian daripada seseorang, atau seseorang itu telah membantu kita, maka apa yang kita ucapkan adalah “Terima kasih” atau “Thank you” atau “thanks” atau apa-apa ungkapan yang setaraf dan sama waktu dengannya. Itu bagi sesama manusia. Maka, bagaimanakah kalau kita mendapat pemberian daripada Allah SWT. Allah mengabulkan permintaan kita atau kita mendapat rezeki yang disangka mahupun tak disangka, atau kita terasa nak mengucapkan penghargaan terima kasih atas nikmat yang telah dikurniakan kepada kita selama ini dan nikmat2 yang kita baru dapat. Maka kita diajar dalam Islam untuk mengucapkan kalimah “ALHAMDULILLAH”.

Kalimah yang pendek tetapi besar maknanya. Kalimah ini adalah kalimah penghargaan kepada Allah SWT yang mana terbaik sekali. Kenapa tak saja diucapkan “terima kasih Allah kerana memberikan aku rezeki. Engkaulah yang Pemurah, Pengasih, Maha mendengar……”. kalimah Alhamdulillah ialah penghargaan tertinggi dan terbaik. Ia merangkumi segala pujian. Tapi, kalau nak ucap yang panjang-panjang pun tak kisah. Tapi, seeloknya biarlah amalan kita itu menepati sunnah. Barulah hidup itu berlandaskan sunnah.

Lagipun bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada kita tu sesuatu yang digalakkan dalam agama. Sila rujuk surah Ibrahim, ayat 7: “dan ,tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambahkan nikmat kepadamu, dan jika kami mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”

Kita diperingatkan untuk bersyukur sebagai tanda kita menghargai akan pemberian kepada kita dan jika kita bersyukur, nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada kita. Mungkin bukan dengan semakin banyak harta kita, tetapi Allah SWT tetap akan memberikan nikmat-nikmat lain yang kadang-kadang kita tak terfikir akan mendapatnya.

Jadi, apa yang ada kita syukuri. Apa yang tiada hendaklah diharapkan tetapi jangan terlalu berharap untuk mendapatkan apa yang kita hendak. kerana Allah SWT itu lebih mengetahui daripada kita. DIA lebih tahu baik buruk untuk kita. dan kita selaku hamba-Nya hendaklah redha dengan ketentuan-Nya.

Wallahu’alam..

 
Leave a comment

Posted by on March 30, 2011 in untuk kita semua...

 

Demam~

Salam..

Setelah berabad dan berkurun aku tak meng”update” blog nie, maka dengan gatal tangan aku coretkan sedikit apa yang terbuku di kepala otak yang kosong nie.

1. Sekarang India berada dalam musim panas. Panas kering. Panas tapi tak sepanas Malaysia (tertakluk kepada Davangere dan kawasan2 yang sama suhu dengannya). Panas tetapi masih lagi boleh main bola sepak di ‘padang pasir merah’ di Colesseum (nasib baik tak tukar jadik macam citer Gladiator). Maka dengan bertukarnya musim daripada sejuk kering kepada panas kering. Maka adalah beberapa sahabat aku yang dihinggap demam buat seketika. Demam ditambah dengan debu yang akan memenuhi keyboard laptop selepas sehari dibersihkan (hiperbola menggila nie~). Ada yang terpaksa menjadi penunggu tandas disebabkan cirit atau diarrhoea. Selesema juga tidak lari dari menjadi salah satu ‘hadiah’ dalam pakej tidak sihat.

2. Maka disebabkan India menjadi tuan rumah untuk perlawanan ICC Cricket Worldcup 2011, maka demam kriket menular daripada tempe (panggilan utk penduduk tempatan India di kalangan pelajar Malaysia) dan sebahagian daripada pelajar Malaysia tidak terkecuali daripada terkena demam kriket. Aku daripada yang buta kriket dan tangan bangku (ada ke simpulan bahasa ni?) menjadi minat dengan kriket. Semalam, 24 Mac 2011 India telah berjaya menempah tiket untuk mara ke pusingan separuh akhir setelah menewaskan Australia dengan 261 larian dan kehilangan 5 wickets. Dan dengan itu India akan bertemu dengan musuh ketat dalam segala aspek dari ketenteraan hinggalah ke bidang sukan iaitu Pakistan. (mintak2 tak ada orang yang bawak bom atau RPG ke stadium sebab tak puas hati dengan perlawanan tu~). Kemenangan India merupakan kelegaan kerana aku bolehlah memakai jersi SAHARA dan juga tidak berlakulah terputus bekalan elektrik kerana berkabung dengan kekalahan India (kerana pernah terjadi pada perlawanan sebelum ini!!)

3. Jiwa aku masih berkecamuk dan kacau. Masih demam rupanya jiwa aku ni. Walaupun telah di ‘kick’ oleh teman2, namun masih ada lagi kekacauan itu. Apapun, apa yang aku pasti berubah dan mengubat jiwa itu mengambil masa. Lama atau sekejap itu adalah berdasarkan kepada seteruk mana “luka” itu, sekuat mana untuk aku “move on”, sokongan dan dorongan daripada sekeliling dan juga adakah Tuhan hendak melepaskan aku dari ujian ini atau Dia masih ingin terus menguji aku untuk lihat sedekat mana aku dengan Dia dan sekuat mana aku. Apapun, aku akan cuba yang terbaik untuk tidak terus jatuh. Kepada insan2 yang terus memberikan sokongan kepada aku terutamanya Pejai, Rahim, Fikri, Izwan, Radhilan, Aizuddin,Abu, Naqib, Shahidi, Shamim, Faris, Ishak terima kasih kepada anda semua. Kepada yang tidak cuba memahami masalah aku, terima kasih kerana muncul dan menjadikan aku terus mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. Nak marah? Siapalah aku nak marah kerana itu pemikiran mereka. Aku tidak boleh menukar cara mereka berfikir. Siapalah aku yang kerdil, hina, dan tak lepas exam ini..

Dengan itu maka habislah coretan aku kali ini. Inilah laporan terbaru daripada aku. Mungkin anda menganggap aku mental? Ya, aku memang mental tetapi ada aku minta harta benda korang? Hehehe.. minta maaf kalau ada yang terguris hati atau gores dan kalah dengan tulisan kali ini. Aku cuma insan yang selalu membuat dosa. Ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut ke hujung kasut.

Wasallam..

 
Leave a comment

Posted by on March 24, 2011 in indiaku jua, Psyco aku..

 

Tunggu teduh dulu..

hati aku menjerit,

tunggu teduh dulu,

tak sanggup aku lihat kau pergi,

meredah pedih terik mentari,

di dada biru langit,

lepaskanlah lelahmu,

hilangkanlah lenguhmu,

tunggu teduh dulu.

 

Duduklah seketika,

basahkan kering mulutmu,

dibakar menggila mentari,

lenakanlah tubuhmu,

letih meredah dunia,

pejamkan seketika matamu,

silau merenung suria,

tunggu teduh dulu.

 

Usah kau paksa,

meredah dunia yang tak tentu,

hati aku sayu pilu,

kau kini berderai berkeping,

tak seperti dulu,

tunggu teduh dulu..

 

 
Leave a comment

Posted by on March 14, 2011 in Psyco aku..

 

Gembira untuk yang duka..

Assalamualaikum,

Dah lama tak menconteng dinding blog ni. Sibuk sikit dengan perkara2 yang agak penting. Diharapkan agar semuanya sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam perlindungan Ilahi.

Kali ni kan berkongsi cerita tentang aktiviti kami di bumi Davangere, Karnataka. Program “Bersama Mereka”. Terhasilnya program ini adalah hasil cetusan ilham seorang sahabat saya, Saudara Naqib Ismail. Beliau telah mencadangkan kepada saya supaya diadakan suatu jenis program kemasyarakatan untuk membantu penduduk di Davangere yang tinggal di setinggan, yang kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalau tak kais tak makan apa-apa. Maka setelah berbincang bersama-sama rakan2 yang lain dan menjalanakan pemantauan, kawasan sasaran telah dikenalpasti. Penduduk yang ada lebih kurang dalam 50 orang, dalam 23 buah keluarga.

Perbincangan diadakan sesama sendiri untuk melibatkan sebahagian kecil pelajar sahaja pada mulanya tetapi setelah “dikomersilkan” dalam Facebook, maka sambutan yang amat memberangsangkan diberikan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Davangere. Sumbangan pakaian dan juga wang amatlah diluar jangkaan. Barang makanan asas seperti beras, tepung attar, minyak, gula dan barang keperluan seperti sabun dan pakaian dibeli dan dikumpulkan.

Tanggal 6 Mac 2011, maka berangkatlah kami secara konvoi ke tapak lawatan. Barang2 sumbangan dibawa menaiki auto kerana terlampau berat dan besar gedebak. Dua orang pelajar dari JJMMC membantu kami dalam komunikasi bahasa Kannada dengan penduduk di setinggan. Kegembiraan terpancar di wajah mereka apabila melihat kelibat kami. Kegembiraan mereka bertambah apabila mengetahui kedatangan kami adalah dengan sedikit bantuan barang keperluan.

Yang kecil gembira dengan gula2 dan biskut, yang mengurus keluarga tersenyum apabila mendapat sedikit sumbangan beras dan tepung dan barang keperluan lain. Letih memang ada pada setiap anak Malaysia yang turut pada pagi itu tetapi ianya hilang apabila melihat kegembiraan di wajah insan yang memerlukan.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung. Insyaallah, selepas ini akan ada lagi program ini untuk siri kedua.

Kak Zaf dan barang2

 

Mengangkat beras dan barang2 lain..

Ketibaan konvoi skuter..

 

Mula mengagih..

Faris mengagihkan beras…

Gembira mak cik ni dapat sabun..

Gembira dalam panas dan letih..

 

Sekian…

 
Leave a comment

Posted by on March 10, 2011 in indiaku jua