RSS

Monthly Archives: July 2010

cute, tenang, bahagia..

Salam..

Semasa menulis entri ini, saya baru sahaja sampai di rumah selepas menghadiri majlis bercukur jambul anak saudara saya yang pertama di Sg.Peria, Kuala Krai, Kelantan. Sejam perjalanan biasanya tidaklah membosankan tetapi disebabkan oleh kiri dan kanan jalan masih dipenuhi dengan pokok dan semak, saya mengambil keputusan untuk tidur di sepanjang perjalanan. Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 30, 2010 in Uncategorized

 

kecil yang BESAR

Salam,

syukur dipanjatkan kepada TUHAN yang empunya segalanya dari nafas kita hingga ke hujung semesta alam yang tanpa DIA kita tak mungkin akan berada didunia ini untuk mengecap nkmat hidup ini. Ketahuilah bahawa ALLAH itu sentiasa ingat akan kita dan kita yang selalu lupa akan DIA. Jika kita lupa akan DIA, maka DIA tiadalah apa-apa. Tapi jika DIA lupa akan kita, maka tiadalah kita di dunia ini.

Kali ini saya nak mengingatkan diri saya dan anda sekalian akan sesuatu yang jarang kita ambil berat, yang kita selalu pandang remeh dalam kehidupan seharian tetapi memberi makna yang besar terhadap masa sekarang dan masa depan kita selaku umat ISLAM iaitu RAPATKAN SAFF. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on July 22, 2010 in Uncategorized

 

PANAS!! Panas! sejuk! SEJUK!!

Assalamualaikum..

Syukur kepada ALLAH SWT kerana diberikan lagi kepada kita kehidupan yang sepatutnya kita gunakan untuk pengabdian diri kita kepada DIA. Hidup ini tidaklah lama dan banyak perkara yang kita kena tempuhi untuk mencapai kepada umur dewasa yang mana boleh dikatakan sebagai baligh dan mumayyiz untuk menyedari akan hakikat kita sebagai insan dan DIA sebagai TUHAN.

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Az-Zariyat, 51:56

Oleh sebab itu, TUHAN telah mengingatkan kita dalam al-Quran,

Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam” al-An’am, 6:162

Jadi, siapakah kita untuk menafikan hal ini..

Tajuk kali ini nampak agak pelik, mesti ada yang mengatakan ada kaitan dengan cuaca semasa yang mungkin dialami (kat india ni dah start musim hujan selepas musim panas baru2 nie) tapi sebenarnya langsung tiada kaitan. Kali ini saya ingin membawakan kepada anda akan keadaan kita sekarang.

Keadaan sekarang??

Pada 31 mei 2010, kapal Mavi Marmara yang membawa aktivis kemanusiaan ke Gaza telah di serang oleh tentera zionis LAKNATULLAH kerana tidak mahu akan sampainya bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza dan tidak mahu dunia melihat akan kejelekan yang telah mereka lakukan di Gaza. Seluruh dunia terutamanya umat ISLAM dengan lantangnya mengutuk, menyelar dan segala2 yang sama waktu dengannya terhadap tindakan bacul zionis terhadap konvoi itu. Perarakan demi perarakan dianjurkan dari hari ke hari dan dari ceruk kampung hingga kepada kota2 besar. Semuanya mengutuk akan tindakan zionis itu. Parti-parti politik dan NGO2 terus berkobar-kobar melaungkan slogan anti-zionis sehingga kering anak tekak dan hilang suara. Strepsil di kedai2 habis diborong untuk melegakan sakit tekak. Kempen2 boikot akan barangan yang diketahui memberi bantuan kepada zionis terkutuk giat dilancarkan. kotak e-mel dan mesej henfon penuh dengan saranan boikot dan jugak anjuran untuk menyelitkan qunut nazilah dalam solat. Kempen2 untuk menukar gambar profil dalam Facebuk giat dilancarkan. Semuanya menjadi merah, hijau, putih dan hitam, bendera Palestin. Semua bersemangat dan saya sangat bersyukur kerana adanya kesedaran akan saudara kita yang diselimuti kesedihan dan sesusahan di Palestin.

Tapi, kini sudah berbeza. Dah tiada e-mel dalam kotak e-mel saya yang menyarankan agar boikot dijalankan. Tiada kata2 yang mengingatkan kita bahawa zionis itu musuh kita selagi nyawa belum diambil Izrail. Jalanan yang sebelumnya bingar dengan suara mahukan keadilan dan hukuman terhadap israel kini hanya tinggal deruman mat dan minah rempit yang sebelum ini ikut  dalam demonstrasi terhadap kekejaman zionis. Gambar2 bendera Palestin kini sudah hilang dari gambar profil, diganti dengan gambar2 yang kadang2 kurang senonoh dan adakalanya menampakkan akan aurat yang menjadikan akaun dosa itu banyak sangat simpanannya. Mesej2 untuk membangkitkan intifada terhadap zionis kini sudah lena dan lenyap. Tiada lagi iringan doa untuk saudara kita di Palestin yang hidupnya hanyalah kepada ALLAH SWT dan mengharapkan doa kira sebagai penguat semangat perjuangan dalam menuntut kembali tanah air tercinta. Kumpulan2 manusia kini hilang suara disebabkan bertekak untuk mendapat kuasa dan sokongan untuk kepentingan yang dilihat bercanggah dengan ajaran ISLAM.

Inilah realiti sekarang. PANAS, panas, sejuk dan SEJUK.. Kita hanya hangat2 tahi ayam. Gagah dan perkasa pada mulanya tetapi kita sentiasa mementingkan diri kita yang sudah hidup dilimpahi ni’mat daripada terus memikirkan akan saudara kita di tanah suci Palestin yang sentiasa diselubungi kekhuatiran dibom oleh tentera zionis LAKNATULLAH.

Kita disini sekarang lena diulit mimpi dengan lagu2 penyanyi yang melanghakan kita sebagai halwa telinga tetapi saudara kita mendengar dentuman bom dan das2 tembakan bedilan askar zionis sebagai halwa telinga. Rasulullah pernah berkata diakhir hayat baginda bahawa jika kita berpegang kepada al-Quran dan sunnah, kita takkan sesat selama-lamanya.

“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” [HR Bukhari dan Muslim].

Adakah kita mengikut akan saranan rasul tercinta kita ini? Tepuk pipi, tanya iman. Tidak malukan kita yang menikmati hidup yang sangat2 selesa sedangkan saudara seagama kita diPalestin menderita. Tidak malukah kita kerana hampir hilang suara bertempik kerana gol dijaringkan sedangkan apabila dilaungkan bertakbir untuk semangat berjuang untuk saudara di Palestin, kita umpama orang bisu dan hampir2 sahaja kedengaran suara takbir. Tidak malukan kita apabila kita terus mengikut haluan yang dibuat oleh zionis melalui media massa sedangkan kita sebelum itu berikrar akan ALLAH sebagai TUHAN kita, MUHAMMAD sebagai RASUL dan ISLAM sebagai agama kita. Yang akhirnya, kita melabur untuk zionis yang mana akhirnya duit itu digunakan untuk membuat peluru untuk membedil saudara kita di PALESTIN. MALULAH KITA!!

Akhir kata, fikir dan fikir. Adakah kita sebenarnya ISLAM atau kita adalah ISLAM yang TERSELAM..

Wasallam

“DARI KITA, UNTUK KITA”

 
Leave a comment

Posted by on July 6, 2010 in untuk kita semua...