RSS

Monthly Archives: June 2010

takutkan tuhan baru..

Salam..

Kali ni saya nak menulis pendek sahaja, tak nak panjang-panjang sebab nanti orang kata saya membebel.. Pendekkan dan saya akan cuba padatkan supaya masa yang diperuntukkan untuk membaca entri ini singkat dan dapat melakukan pekerjaan yang lain..

Sekarang ni dah ramai mempunyai tuhan baru. tuhan yang mereka sangat resah kalau tak tahu mengenalinya. manusia ini sangat patuh untuk mengenal dan juga menghafal akan sifat-sifat tuhan baru ini. Kalau terlepas perjumpaan dengan tuhan baru ini, sesetangahnya akan cuba mencari jalan dengan qada’, macam solat subuh yang sentiasa diqada’ tu.. Perjumpaan dengan tuhan baru ini dihadiri dengan penuh semangat. Rakan-rakan diajak dengan penuh semangat untuk berjumpa dengan tuhan ini. ramai yang ingin berjumpa dengan tuhan ini.

yang tidur lena datang dengan segar,

yang lapar datang dengan gagahnya,

yang sedang berak cepat-cepat meneran agar on-time,

yang capik datang merangkak,

yang buta datang bertongkat,

yang kecil datang merangkak,

yang tua datang mengengsot,

yang muda datang berlari,

yang sakit datang kemari,

yang di surau datang kemari tinggalkan imam, bilal dan siak..

Wah, betapa besarnya pengaruh tuhan baru.. Ramai terus memuja.. Haa, inilah tuhan baru, Bola Sepak Piala Dunia 2010. Lihatlah wahai orang beriman, yang sebelum ini susah untuk bangun subuh, bangun tengah malam. Ingatkan nak pegi qiamullail, rupa2nya pergi tengok bola. Alarm henset mmg tak cukup, pergi beli lagi kat kedai 3 bijik jam loceng baru. Ustaz dok berbuih mulut bagi kuliah kat masjid/surau, kita dengan selambenye dok pegi tadah muka depan Tv. Kalau pakai elok sejuk la hati sikit, ni semuanya nak tunjuk bulu kaki yang boleh dibuat sental belakang kuali mak jenab. Saudara di Palestin kering tekak, hilang suara bertempur dengan Zionis laknatullah, kita nak pecah anak tekak berteriak sebab masuk gol.

Sifat 20 kita tak tahu, kalau tanya macam mana game tadi, kalah Hasbullah Awang diulasnya. Game tak boleh tinggal, nanti terlepas saat-saat cantik pemain2 menjaringkan gol kemenangnan. Solat? Mungkin sembahyang hujung waktu ataupun jama’ ikut suka aku/jama’ tak tahu apa satu. Tengok bola sejam dua segar macam lepas makan, tapi kalau time qiamullail 2 rakaat tahajjud dah tidur masa sujud. Kalau tak de kerusi nak duduk tengok bola, berdiri pun jadi walau berjam lamanya. Tapi, kalau solat sunat tasbih, baru nak rukuk, kaki dah ketar macam sehari tak jumpa kerusi.

Risaunya kita apabila kumpulan pilihan tak dapat ke peringkat seterusnya, tapi tak risau akan kita yang mungkin tak dapat nak darjat dalam SYURGA ALLAH. Kecewa apabila kumpulan fevret kalah dan tak dapat pegi final, tapi tak kecewa solat dan amal lain yang tak cukup nak bawa kita lari dari NERAKA ALLAH.

Takutkan bola sepak yang hanya DUNIA SEMENTARA tapi tak takutkan ALLAH SWT yang KEKAL SELAMANYA.

Bak kata Do, kawan saya, “semua ni dunia sahaja”..

Tampar muka, gosok kepala, tanya IMAN..

“DARI  KITA, UNTUK KITA”

 
Leave a comment

Posted by on June 29, 2010 in Uncategorized

 

Mahu atau tidak??

Salam,

setinggi syukur kepada Allah swt kerana dengan Rahman dan Rahim Nya kita masih dapat melayari dunia maya, samada untuk mencari kebaikan ataupun mencari keburukan.

Sekarang dunia dihangatkan dengan berita kapal yang membawa aktivis kemanusiaan dan bantuannya telah disekat dan diserang oleh askar israel laknatullah. Dimulai dengan kapal Mavi Marmara, dengan syahidnya beberapa pejuang yang ingin melihat rakyat Palestin mendapat pembelaan bantuan asasi dan berpuluh-puluh aktivis yang cedera akibat ditembak oleh askar rejim zionis.

Hari ini, 6 Jun 2010, kapal kedua yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Gaza dikepung oleh soldadu israel. Kapal tersebut dibawa ke pelabuhan di selatan NEGARA HARAM israel. Kali ini mereka tidak mengambil nyawa.

Kerajaan israel laknatullah berkata bahawa mereka akan membahagikan kepada rakyat Palestin bantuan yang dihantar. Ini adalah sangat mencurigakan kerana segala bantuan yang selama ini diberikan tidak pernah kesampaian kepada rakyat Palestin.

Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) mandul dalam menjalankan tugas sebenarnya. Zionis yang telah bermaharajalela telah melindungi mata kita daripada keadilan dan kebenaran. Kita disogokkan dengan khayalan yang merupakan agenda iblis laknatullah dalam menyesatkan kita. Golongan yang dilaknat ini sentiasa mendorong kita jauh dari Allah swt. Hiburan tidak henti-henti. Filem dan drama terus menerus tanpa mempedulikan akan tanggungjawab kepada Allah Yang Esa selaku pemilik kita.

Kita lupa bahawa sekarang saudara seagama dengan kita, yang mengucapkan kalimah tauhid “La ila haillallah” sedang ditembak, diseksa mental dan fizikal dan tidak mungkin disembelih. Saudara kita diburu peluru bedilan askar zionis, kita dengan setia melayan diri kita dengan keindahan dunia yang hanya sementara dan sentiasa memesongkan kita.

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)”

Hadith yang ke-35 dalam Hadith 40 An-Nawawi. Hadith riwayat Muslim.

Berjuanglah dengan segala kudrat yang ada pada kita. Boikotlah segala barangan israel. Tambahkanlah solat kita dengan qunut nazilah. Berdoalah akan kesejahteraan mereka. Bantulah dalam menderma kepada mereka. Berdoalah akan kehancuran zionis laknatullah. dan berdoalah agar kita umat Islam bersatu sebagai SATU UMMAH tanpa mengira darjat, warna kulit ataupun mazhab. Istiqamahlah dalam hal ini. Janganlah apabila sudah terkana batang hidung sendiri, baru hendak bising.

“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” [HR Bukhari dan Muslim]

Kita yang menentukan bagaimana perjalanan dunia ini pada hari esok. Berubahlah demi Islam atau duduklah dengan permainan dunia yang sentiasa melekakan kita..

“DARI KITA, UNTUK KITA”

 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2010 in Uncategorized