RSS

Monthly Archives: May 2010

Usaha kita..

Salam,

sekarang gempar akan kejadian askar komando Israel laknatullah menyerang konvoi kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza. Di Facebook dan web-web disarati dengan berita2 ini. Ada yang tercedera dan ada yang syahid dalam membantu saudara di Gaza. Tiada sebarang senjata dibawa dalam misi ini, tiada bom mahupun apa2 yang boleh memudaratkan israel dalam konvoi ini. Tapi, mereka menghantar komando untuk menghalang misi kemanusiaan ini.

Disebelah israel, mereka cuba menipu dunia dengan mengatakan bahawa kumpulan konvoi yang memulakan serangan. INI SEMUANYA PENIPUAN YANG BESAR !!!

israel takut akan kebangkitan rakyat Palestin. israel takutkan kebangkitan dunia. israel takutkan kebangkitan ISLAM.

Ayuh kawan2 muslim, kita berdoa agar perjuangan saudara kita untuk saudara kita yang berjuang di Palestin dan Gaza diberkati dan dilindungi serta dipermudahkan oleh Allah SWT. Menangkanlah kami Ya Allah!!

JIka kita menganggap bahawa kita adalah saudara kepada mereka yang berjuang, sahutlah seruan ini.

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri tidak mengubah nasib mereka”

DARI KITA, UNTUK KITA

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 31, 2010 in untuk kita semua...

 

Pedang itu menunggu…

Masa lepas dah berlalu,

semakin jauh dan jauh,

takkan tercapai lagi,

tiada diulang kembali,

tiada ketemu lagi,

pergi buat selamanya,

jauh dari kita,

yang leka dan terleka,

dilukai dan terluka,

dihiris,

dikelar,

masa yang tajam.

selamat tinggal..

Sekarang,

masa meniti dileher,

menanti akan silap,

terluka dan melukai,

terpotong dan memotong kehidupan,

yang sentiasa boleh diubah,

kerana pena di tangan kita,

tapi ramai terlena..

Masa depan sedang berjalan,

mendekati kita,

dalam sedar mahupun lena,

dalam kita mencoret ceritera,

atau menyimbah tinta hitam,

atas kertas kehidupan,

tapi yang pasti,

masa akan menjadi emas,

untuk kita sayangi dan rai,

mahupun pedang yang tajam,

yang akhirnya menamatkan kehidupan kita..

Davangere, India.

21 Mei 2010   1.41 pagi

 
Leave a comment

Posted by on May 20, 2010 in Uncategorized

 

jalan2 terbaek ke Mysore…

Salam,

Selepas seminggu berhempas pulas sampai nak kering otak nie (walaupun x sebenarnya), maka dengan itu aku memutuskan untuk berkelana ke Mysore, menjenguk kengkawan di sana. Sebelum menjejakkan kaki keluar dari Davangere, berlaku peristiwa penting..

Perancangan asal kami (Aku, Din & Lan) nak pegi Mysore dan singgah di Bangalore sebelum balik ke Davangere.. Tapi disebabkan senior dan beberapa kawan aku nak pegi Bangalore, kami terbalikkan laluan perjalanan kami.. Kami bertolak ke Bangalore dan lepas tu barulah meneruskan perjalanan ke Mysore..

Maka pada tanggal 7 Mei, kami beramai2 bertolak ke Bangalore dengan basVRL.. Perjalanan selama 6 jam sangat biasa bagi kami walaupun jaraknya hanya lebih kurang 250km.. Maka sampailah kami di Bangalore.. Selepas berjaya menyewa hotel untuk sehari,kami terus merebahkan diri yang telah sedia penatnya atas katil yang di bawahnya ada bulu burung.. Hajat untuk bersarapan dengan “Butter Dosa”  tak kesampaian akibat terlajak tidur.. Maka untuk mengubat hati, kami pergilah ke McD yang berada tidak jauh dari hotel kami kerana kedai lain belum lagi dibuka.. Lagu keroncong dan jugak mak yong dari perut harus di senyapkan dengan sarapan.. Selepas itu kami bertolak ke Mantri Square, sebuah kompleks beli belah potong dan cincang yang terbaru di Bangalore.. Saiz yang besar membuatkan kami agak kagum dengan kepesatan pembangunan Bangalore…

Sebelah petangnya, aku, Din dan Lan berkejar ke stesen bas untuk ke Mysore.. Harga yang diberitahu kepada kami melalui cerita ialah Rs250 (Rs = Rupee) tapi kam hanya bayar Rs 276 kerana setiap seorang dicaj Rs 92 sahaja.. Maka belayarlah kami ke Mysore yang mengambil masa selama 3 jam dengan bas yang agak panas.. (Lain kali cari bas yang ada air-cond!!) Kami tiba di Mysore jam 10.30 mlm.. Mysore mase tu baru lepas hujan.. Agak sejuk.. Kemudian kami menaiki auto ke rumah Faheem.. Kami tidur dengan kekenyangan disebabkan makan nasi yang sangat banyak sebaik sahaja samapai di rumah mereka..

Hari pertama di Mysore kami penuhi paginya dengan berehat (TIDO!!!!) dan sebelah tengah harinya kami ke GRS park. Tempat ni taman tema air di Mysore.. Maka mandilah mereka kecuali saya.. Kenapa?? Saya ni hydrophobic sket.. payah kalau nak maen air ni.. Selepas itu kami dibawa ke kedai Nasi Briyani yang paling sedap di Mysore dan boleh saya katakan yang paling sedap yang pernah saya makan.. Memang terbaek sekali dan kaw kaw…

Malamnya kami ke Mysore Palace.. Istana ni hanya pasang lampu hisasan mase hujung minggu je dan hanya selama sejam.. Jadi, kami berebut auto dan bergegas ke istana tu.. Memang besar dan cantik istana tu.. Rasa macam nak tinggal je terus kat dalam tu… Selepas bermandikan cahaya dan letih berposing bergambar, kami ke Corner House.. Ni adalah kedai ais krim yang sangat sedap..

Hari kedua di Mysore diisi dengan tidur pada sebelah paginya.. Tengah hari kami pergi memenuhkan perut di Olio.. Sebuah kedai makan bufet yang sangat murah..Kami melahap dengan harga Rs200 dan akhirnya menjadi ikan buntal… Sesi melancong diteruskan dengan melawat bandar Mysore.. Bandar sangat besar dan banyak kedai yang berjenama dan yang tak berjenama.. Kami solat di Halai Memon Mosque yang berada ditengah-tengah bandar Mysore..

Kami pulang ke Davangere dengan keretapi jam 9.30mlm dan tiba di Davangere jam 4.30 pagi..

Kepada Faheem, Dzulhusni, Hafiz, Shan, Onie dan budak2 JSS,

TERIMA KASIH

kepada korang.. Nanti kitorang datang lagi..

 
1 Comment

Posted by on May 11, 2010 in indiaku jua

 

Dunia pikirku…

Mindaku berpusing,

gasing seperti lakunya,

setelah disapa angin  nafsu

angin kehidupan,

yang sekala menerjah laju,

yang sekala turun bak batu langit…

Aku hilang,

aku keliru,

kemana harus aku pergi,

depan angin masin laut menderu,

seakan memaksa aku untuk berundur kebelakang seketika,

tapi dibelakangku ribut menggila,

menjerit kepadaku untuk maju,

seakan aku tiada hidup selepas ia berlalu,

menjadikan aku untuk memilih terjun ke lautan,

laut yang mungkin tak bertepian,

laut yang mungkin tak berdasar,

laut yang hanya aku sahaja gila untuk menyerahkan diri kepadanya..

Mindaku sembab,

akalku pitam,

mataku gelap,

telingaku kosong,

tanganku terikat,

kakiku terlipat,

badanku lemah,

aku hanya ingin menyerah.

 
Leave a comment

Posted by on May 9, 2010 in Psyco aku..