RSS

Monthly Archives: April 2010

Musim ini…

Salam..

dah lama sangat tak menulis di ruang maya ni, sibuk yang amat sangat2.. Sebelum ni dengan exam 2nd internal assessment, dan sekarang dengan 3rd internal assessment..

Biochemistry dah banyak habis belajar, begitu jugak dengan physiology.. Tapi anatomy masih banyak lagi.. Baru habis dissection untuk neck.. Lepas ni akan masuk belajar OTAK.. Kelihatan sangat2 complicated, tapi demi mencapai hasrat untuk menjadi neurosurgeon mmg kena tabah dan rajin dalam menhadapi rintangan dalam belajar..

“….Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami….” Surah Al-Baqarah, ayat 286

Doa inilah yang patut menjadi peneman dalam menhadapi cabaran yang ada di hadapan kita..

Sekarang musim panas.. Panasnya memang lain dari lain.. Pertama kali berada di tempat orang.. India memang mengejutkan.. Biasanya orang akan mencari negara 4 musim untuk belajar atau bercuti tetapi pernahkah kita mendengar negara 5 musim? 5 musim??!!  India antara negara 5 musim (Mengikut geografi yang saya buat sendiri). India ada musim luruh, sejuk, panas, hujan, dan pajan (panas + hujan).. Musim luruh bermula dalam bulan 8, bulan sejuk bila dah hujung tahun, musim panas dalam awal bulan 4, musim hujan dalam pertengahan bulan 5 dan musim pajan bulan2 selepasnya..

Mengikut hikayat daripada senior2 saya, musim panas akan panas sepanasnya selama berbulan2 tanpa ada setitik pun air gugur dari langit.. Memang menyeramkan.. Pada waktu itu, peti sejuk memang menjadi tempat untuk dipenuhkan dengan air dan akan diminum selepas balik dari kelas.. Tapi tahun ini menyaksikan kelainan dan kebesaran Allah SWT apabila hujan kerapkali turun pada waktu malam.. Tapi hujan turun beserta dengan kilat dan kadang2 petir.. Tapi apa yang saya nak sampaikan disini ialah walaupun musim itu dikenali dengan musim panas tetapi tidaklah semestinya ia akan menjadi seperti tahun2 lalu.. Allah SWT berkuasa terhadap apa yang ada di alam ciptaan-Nya..

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya”Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu”

Surah Yasin, ayat 82.

Sebagai akhir kalam, saya ingin mengingatkan diri saya dan anda sekalian dengan ayat Allah SWT ini agar kita sentiasa tidak lupa akan Allah SWT..

Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur”

Surah Al-Mu’minun, ayat 78.

Sekian, wallahua’lam…

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 29, 2010 in indiaku jua