RSS

Monthly Archives: March 2010

mIntALah ApA saHAja..

Salam..

Syukur (Alahmdulillah) sebab dapat lagi blogging walaupun sangat sibuk dengan keadaan semasa. Sekarang ni tengah menghadapi Second Internal Assessment Exam yang JJMMC punye. Kepayahan soalan memang mencabar otak serta akal fikiran. Kepada rasa tersumbat dan sesak sebab banyak yang perlu disumbat pada saat2 akhir. (Kepada diriku, jangan ponteng kelas lagi kerana nanti tertinggal tajuk yang diajar n takut tak sempat nak kejar)

Jadi bersempena dengan musim peperiksaan ini, saya dengan gembiranya nak membawa satu perkara yang sinonim dengan peperiksaan iaitu DOA. Dalam satu hadis dinyatakan :

”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.” Riwayat at-Tirmizi

Jadi, berdoalah kepada Allah SWT. Tapi janganlah kerana peperiksaan tiba baru kita hendak ingat akan Allah. Ingatlah kepada Allah SWT sentiasa. Sentiasalah berdoa dengan penuh harapan dan ikhlas. Sesungguhnya doa itu menjadi pemberi semangat kepada kita disaat kita hilang harapan. Semakin banyak kali kita berdoa kepada Allah, semakin doa kita akan diperkenankan oleh Allah.

Dalam berdoa juga kita hendaklah mengetahui akan adab dan caranya.

“Dan Allah memiliki Asma ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma ul Husna itu…”

(Surah Al-A’raf, 7:180)

Semoga dengan doa yang berterusan akan menjadikan impian kita menjadi kenyataan dan sentiasa mengharapkan kepada Allah Yang Esa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pemberi.

Wallahua’lam

Nota tangan :

Pernah berdoa utk dpt jwb soalan dan xsempat baca buku tp belek aje dan yang masuk exam tu hampir kesemuanya yang dibelek pada pagi tu..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2010 in untuk kita semua...