RSS

Monthly Archives: February 2010

Kekasih-Mu dan kekasihku…

Salam..

Pertama sekali, marilah kita sama2 banyak2 berselawat keatas Nabi Muhammad S>A>W. bersempena dengan Maulid Rasul yang telah berlalu semalam (Di INdia). Semoga dengan pengisian yang telah kita penuhi pada tahun ini dapat menjadikan kita lebih dekat dan lebih mengenali akan Rasulullah S.A.W. Baginda bukan sahaja ikon pada masa baginda sahaja, bahkan juga ikon pada masa kini. Tanpa baginda, adakah kita dapat mengecapi nikmat hidup aman dan damai serta hidup bersyariat yang akhirnya membawa kita kepada Yang Esa.

Kali ini, saya nak kita sama2 selami akan betapa cintanya Rasulullah S.A.W. kepada kita selaku umatnya. Tapi mungkin agak sukar bagi kita untuk membayangkan rasa cinta kepada orang yang kita tak pernah jumpa dan tak kenal. Tapi itulah Rasul kita, selalu ingat akan umatnya walaupun baginda tak pernah bertemu dengan kita.

Pernah suatu ketika, Rasulullah khabarkan kepada para sahabatnya bahawa baginda sangat rindu akan kita, golongan selepas zaman baginda dan umat yang terkemudian ini. Begitu lagi cintanya baginda kepada kita sehinggakan sewaktu akhir hayat baginda, perkara yang difikirkan baginda adalah umat baginda.

“Ummati, Ummati, Ummati ”

Begitu juga diriwayatkan bahawa Allah S.W.T memperkenankan doa Rasulullah S.A.W. bahawa segala dosa yang dilakukan oleh umatnya ditangguh balasannya sehingga Hari Akhirat. Risaunya baginda akan azab yang akan ditimpakan oleh Allah S.W.T. jika umatnya melakukan kemungkaran. Kasihnya Rasulullah kepada umatnya dengan azab maut sehinggakan semasa nyawa baginda diambil oleh malaikat Izrail, baginda berharap kasakitan maut tidak ditanggung oleh umatnya, biarlah baginda yang menanggung pedinya nyawa bercerai daripada jasad untuk umat baginda.

Rasulullah juga kisah akan kita apabila sentiasa menunjukkan sikap yang positif dalam kehidupan agar umatnya menjadi umat yang harmoni. Segala kudrat dan tenaga baginda dicurahkan atas agama Allah, Islam.

Lalu, pada kesempatan maulid nabi ini, marilah kita sama2 menyingkap tabir sejarah dan merenung akan kisah lalu. Jangan jadikan pengorbanan Nabi Muhammad sesuatu yang sia2. Ikutilah ajaran yang dibawa baginda. Rasulullah pernah bersabda :

“Aku tinggalkan dua perkara kepadamu yang mana selagi kamu mengikutinya, nescaya kamu tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan Sunnahku”

Amalkanlah sunnah nabi. Jangan kerana orang sekeliling tak menjilat jari selepas makan lalu kita rasa kekok untuk melakukannya. Andai kita segan dalam mengikuti sunnah Rasulullah, ingatlah akan pesanan nabi kita :

“Barangsiapa yang tidak mengamalkan sunnahku, maka dia bukan dari golongan umatku”

Kawan2,

Sesungguhnya sunnah Rasulullah ada banyak kebaikannya dan jika diteliti adalah untuk kesejahteraan kita pada pokok pangkalnya. Malulah kita kepada seluruh alam apabila seorang kekasih Allah selalu mengingati kita semasa hayatnya tetapi kita jarang untuk meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah dalam diri kita. Siapalah kita untuk tidak membalas cinta seorang yang agung disisi Allah. Marilah kita lahirkan rasa cinta kepada Muhammad bin Abdullah, berselawatlah kepada baginda semoga kita disayangi oleh Allah dan juga mendapat syafaat baginda di Akhirat kelak.

Wallahua’lam…

Nota tangan :

Allah menyebut akan mereka yang berselawat keatas Baginda S.A.W. kepada seluruh penduduk langit… Subhanallah…

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 27, 2010 in Uncategorized

 

visa oh visa…

Salam..

Sekarang ni sibuk.. Banyak perkara yang perlu diurus dan dihadapi.. Exam internal dah semakin dekat dan bila membaca, makin banyak lagi yang aku tak tahu sebenarnya.. Semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu..

Dalam masa ini juga, sibuk untuk menyiapkan dokumen untuk memperbaharui visa kami di India kerana visa akan tamat dalam bulan 8 ni. Walaupun sempat untuk buat kat Malaysia tapi malangnya Permit Menduduki @ Residential Permit kami kena diperbaharui 3 bulan sebelum tamat RP tersebut. Jadi macam2 mana pun, kena buat kat India juga. Lagipun visa kawan2 JPA batch kami akan tamat dalam bulan 7, masa tengah exam final 1st year MBBS. Kalau tak buat yg baru, masa tengah exam mungkin datang polis dan imigresen bawak diorang pulang. Tak ke susah namanya.

Terima kasih kepada Dr. A.R. Hanumantaappa, koordinator kami kerana membantu kami untuk memperbaharui visa kami di sini. Tanpa beliau mungkin kami masih terkapai2 dan pening macam mana nak lengkapkan borang perbaharui visa tersebut. Kalau diikutkan, kami sendiri perlu mengambil borang tersebut, cari penjamin kewangan dan peguam untuk afidavit dan segalanya.

Dalam nak menyiapkan dokumen yang diperlukan, ada masalah yang timbul. 7 dukumen diperlukan dalam memperbaharui visa kami iaitu:

i)sesalinan address proof/residential proof

ii)sesalinan registration certificate

iii)sesalinan residential permit

iv)sesalinan pasport

v)sesalinan visa

vi)sesalinan bank statement

vii)sesalinan eligebility certificate.

Dalam mendapatkan dengan lengkap benda2 ni, ada jugak yang buat masalah. Ada yang x tahu bila kena hantar padahal dah berkali2 bagi tahu, ada yang tak buat itu ini. Semuanya kerana tak ambil peduli dan pandang mudah sahaja benda ni. Dalam menghantar dokumen yang disebutkan diatas, 3 kali penghantaran tak berjaya kerana ada yang tak lengkap dan buat macam tak tahu nak lengkapkan macam mana. Dan dalam 3 kali tersebut, 2 kali aku kena “sound” dengan koordinator kami kerana mereka yang tak nak ambil peduli ni. Kadang2 rasa macam nak gumpal2 dan lempar yang mana tak lengkap walaupun dah berkali2 diberitahu.

Kepada kawan2 MARA terutamanya perempuan, diharapkan anda dapat memberikan kerjasama lain kali kerana ketidaksanggupan anda memberikan kerjasama akan memberikan impak yang besar kepada orang lain terutamanya diri saya ini. Anda mungkin tidak tahu betapa risaunya bila dokumen dihantar dan tiba2 suasana yang sepatutnya tenang menjadi agak tegang apabila koordinator mula berleter. Jadi, jangan pentingkan diri anda dan berilah kerjasama.

Mungkin anda masih ingat akan ‘ringtone’ Pn. Nazuha semasa perjumpaan dengan beliau di Ibu Pejabat MARA sebelum ‘fly’. Ringtone WOnderpet yang berbunyi “Apa yang penting? Kerjasama!!’. Saya tertarik kerana ia mengkin akan menyedarkan pihak2 yang “berkenaan” bahawa pentingnya kerjasama. Benda ni bukan untuk orang lain sahaja tetapi mendatangkan faedah kepada kita juga pada penghujungnya.

Kepada yang memberikan kerjasama kepada saya sepanjang urusan visa ini, terima kasih saya ucapkan dan kepada yang tak memberikan kerjasama, diharapkan anda dapat memberikan kerjasama di lain masa. Diharapkan permohonan visa yang baru dapat berjalan dengan lancar dan cepat.

Sekian…

Nota tangan :

Selalu tengok cerita WOnderpets yang ada hamster, itik dan kura2 yang selalu bekerjasama masa cuti…

 
Leave a comment

Posted by on February 23, 2010 in indiaku jua

 

Inikah kita?

Salam,

Dalam meniti kehidupan seharian di India ni, kita selalu “terbakar” dan sakit hati dengan perangai penduduk tempatan. Dari pukul 7.30 pagi hinggalah pukul 10.30 mlm, mesti ada benda yang menyakitkan hati kita terjadi dan jari kita menunjuk ke arah mereka, meletakkan kesalahan yang berlaku kepada mereka.

Pukul 7.30 pagi, komplen makanan mess tak sedap dan juga tak kurang ada yang menyumpah seranah serta rasa macam nak muntah bila sarapan sentiasa sama setiap minggu. Membebel mengutuk tempe (gelaran yang digunakan untuk memanggil penduduk tempatan) ni tak de deria rasa kat lidah, tak pandai masak, buat2 pekak sebab tak nak tukar menu mess seperti yang dicadangkan.

Pukul 7.45 pagi, dalam perjalanan ke kolej tak puas hati dan nyaris mencarut disebabkan auto, motosikal, kereta ataupun basikal di jalan raya mengganggu perjalanan kita ke kolej. Segala perumpamaan dan bidalan ditampalkan kepada tempe2 ini di sebabkan sikap mereka di atas jalan raya membahayakan orang lain.

Pukul 8 pg – 1 ptg, ada kalanya kita menyampah dan mengutuk tempe2 yang buat bising dan tak hormati lecturer semasa kuliah.

Pukul 1 ptg – pukul 4.30 ptg, sama seperti pagi harinya…

Dalam hari-hari berlalu dengan pantas, kadang2 ada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej. Kalau tak pun, meeting samada dengan pensyarah ataupun dengan bdk2 tempe. Perjumpaan atau aktiviti biasanya akan bermula paling awal setengah jam lewat daripada waktu yang ditetapkan dan biasanya mengambil masa 45 minit selepas dari waktu yang dijanjikan. Dalam hati atau secara lisan, kita mengatakan tempe2 ni tak tepati masa, lambat, retarded, etc…

Saya nak perkatakan disini, adakah kita ini sangat lebih advance ataupun sedikit maju daripada mereka dan menyebabkan kita berasa kita lebih tinggi dan hebat daripada mereka? Adakah dengan kita tidak terikat dengan sistem kasta di India menyebabkan kita merasakan kita ini betul dan setiap perlakuan dan perbuatan kita itu cemerlang dan boleh dikatakan sebagai bagus?

Kita datang awal dalam suatu perjumpaan atau acara dan tempe2 datang lambat dan kita terus melabel mereka ni tak tepati masa. Adakah kita tahu bahawa mungkin tempe2 yang lewat datang itu mempunyai masalah dalam perjalanan mereka? Adakah kita tahu dan sedar bahawa majlis yang lambat bermula disebabkan menunggu pensyarah serta H.O.D. itu lambat disebabkan mereka menyiapkan tugasan mereka untuk mengajar kita keesokan harinya? Atau mereka mungkin lambat disebabkan oleh mesyuarat jabatan mengenai macam mana nak tingkatkan keputusan peperiksaan kita yang agak “cantik”.

Kita seringkali menuduh, meletakkan kesalahan keatas orang lain dan mencari kesalahan orang lain. Kesalahan diri kita dibiarkan sahaja. Kita tidur didalam kelas, adakah rasa bersalah dalam diri ini? Sesetengah pensyarah mengambil masa selama dua hingga tiga hari untuk membuat persediaan untuk mengajar kita tetapi pada akhirnya ialah zzzzzzZZZzzzZZ daripada kita. Adakah kita tahu bahawa untuk mereka belajar sesuatu yang amat asing bagi mereka adalah sangat sukar. Kita mengatakan kepada tempe2 bahawa mereka selalu lewat dan lambat tetapi adakah kita sedar bahawa setiap kali meeting MSAI yang diketuai oleh Kak Mar, kita selalu lambat dan adakalanya langsung tak datang..

Saya menyeru kepada diri saya dan kepada kawan2 yang berkenaan, ambil cermin dan lihatlah diri kita ini. Adakah kita ini ada bezanya dengan mereka yang kita kutuk dan mengata tadi. Siapa makan kacang, dialah yang banyak kentutnya. (Maaf kasar sedikit). Siapa yang tak siap record book, dialah yang kena marah. Bukan orang lain. Hormati orang lain disekeliling kita untuk kita dihormati.

Ucapan adalah untuk didengar, kata2 adalah untuk dihayati dan pesanan adalah untuk diamati serta diikuti..

Nota tangan :

Baru beli cermin untuk sikat rambut pagi2…

 
2 Comments

Posted by on February 15, 2010 in indiaku jua

 

Hidup baru..

Salam..

Pernahkah anda melihat orang bercakap dengan kucing, anjing, ikan taupun apa2 sahaja haiwan perliharaan mereka. Bercakap mengenai hidup mereka. Betapa perit dan pedihnya mereka menghadapi kesusahan tersebut. Mereka berbuat demikian dengan fikiran dan harapan mereka bahawa dipenghujung “sesi” tersebut, mereka dapat hilangkan sedikit rasa bebanan menanggung masalah tersebut. Maklumlah, hidup ini dipenuhi dengan masalah. Masalah kewangan, kawan, kerja, persekitaran rumah, tempat kerja, tekanan belajar dan kadang2 tekanan dalam membuat keputusan dalam hidup sehingga sesetengah orang mengambil anggukan burung atau anjing mereka sebagai satu jawapan kepada permasalahan mereka.

Sebenarnya saya teringat akan situasi ini semasa menonton House MD episod 1 musim 6, bahawa setiap kita perlukan seseorang sebenarnya dalam menyalurkan dan berkongsi masalah serta mendapatkan pandangan orang lain. dan seseorang itu  perlulah yang dapat dipercayai oleh kita. tapi dalam mencapai matlamat ini, kita di halang oleh beberapa halangan seperti ketidakupayaan kita untuk menyampaikan perkara dalam benak kita dengan tepat, kehadiran orang yang dapat dipercayai untuk diceritakan masalah, keupayaan orang yang kita percayai untuk memahami apa masalah kita sebenarnya dan juga masa serta ruang untuk perkara ini dijalankan atau disebut juga sebagai perkongsian masalah.

Anda mesti hairan apabila ada kawan disekeliling anda yang antaranya memilih untuk bercakap dengan haiwan peliharaan seperti kucing, ikan, hamster ataupun burung. Mesti apa yang keluar dalam benak kita adalah ” Eii, gila ke kawan aku ni? Bercakap dengan binatang..” . Di sini saya ingin mengutarakan pandangan saya kepada anda bahawa mereka berbuat demikian kerana tiada pilihan bagi mereka. Berkongsi masalah kepada kawan kadang2 akan membebankan mereka tambahan lagi kawannya turut menpunyai masalah yang kadang2 lebih teruk lagi dengan mereka. Mungkin kerana sikap mereka yang agak negatif yang menjadikan mereka tiada pilihan lain. Ingatlah bahawa tak semuanya penyelesaian yang BIASA dilakukan dapat menyelesaikan masalah. Kadang2, cara yang LUAR BIASA dapat menghilangkan masalah mereka kerana keadaan mereka. Janganlah mudah untuk kita melabel seseorang itu kurang siuman kerana hal ini. Mungkin suatu hari nanti kita yang akan menjadi seperti mereka ini..

Akhir kata, positifkan diri dan cuba positifkan sekitar kita supaya semua sentiasa dalam positif.

Nota tangan:

kadang2 cakap ngan ikan emas sebab nak lepas tension yang amat sangat…

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2010 in Uncategorized

 

Siapakah kita?

Salam,

skrg kat Davangere, masih meneruskan pelajaran dalam MBBS yang nampaknya semakin lama semakin memberatkan benak ni.. tetapi walaupun payah, perjuangan dalam menuntut ilmu mestilah diteruskan kerana ada hadis menyatakan Rasulullah s.a.w bersabda :

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

Minggu lepas saya telah mendengar mp3 ceramah daripada Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah berkenaan dengan cara menghilangkan stress. Salah satunya ialah dengan melihat ikan dalam akuarium. Kerana ikan sentiasa bertasbih kepada Allah SWT.

Rasulullah saw berkata bahawa setiap hidupan dan makhluk yang ada bertasbih kepada Allah SWT. Jadinya, kalau bertasbih kepada Allah SWT, dapatlah sakinah atau ketenangan. Jadi dengan dapatnya ketenangan dapatlah hilangkan stress. Jadi, kepada mereka yang rasa agak malas untuk bertasbih, berzikir kepada Allah SWT, tengoklah ikan kerana ikan itu bertasbih kepada Allah SWT. Tumpanglah ketenangan yang ikan dapat tu.

Tapi disini ingin saya timbulkan satu persoalan kepada anda semua. Kita dijadikan oleh Allah SWT sebaik-baik kejadian. Kita juga adalah semulia-mulia makhluk yang dijadikan oleh Allah swt. Malaikat dijadikan oleh Allah swt untuk menguruskan kehidupan manusia. Jadi, kenapa kita yang dijadikan sebegitu mulia pada asasnya, agak malas nak menyebut akan nama Allah swt yang sangat indah dan mempunyai seribu satu kebaikan kepada kita.

Kita selaku manusia terpaksa menumpang akan ketenangan zikir ikan yang ikan pada dasarnya dijadikan untuk manusia. Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu ada peranannya. Setiap ciptaan Allah adalah untuk kita fikirkan akan kaitannya dengan hidup kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan hamba-Nya..

Wallahua’lam..

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2010 in Uncategorized