RSS

Monthly Archives: January 2010

Masa dan aku…

Sekarang masih cuti,

tapi masa semakin berlari,

jauh dari aku,

tak berketemu lagi,

selamat tinggal cuti,

selamat datang buku dan nota syarahan.

Lompong cuti aku isi,

buku-buku kesayangan yang baru dibeli,

Harga bukanlah yang dipeduli,

tapi ilmu hidup dicari digali.

Bumi berputar masa berlari,

memberi petanda pada diri,

Selamat tinggal bumi Malaysia yang kucintai,

selamat datang India tempat diri diajari,

makna hidup dan harga diri,

mencorak hidup untuk disusuri.

“Kau tahu aku benci kepuraan !”

“Tapi hidupmu tak sempurna tanpanya”

“Siapa kata kita tak boleh jujur?”

“Tapi jujurmu membawa padah, hilang segalanya”

“Jujur mengajar kita akan jalan sebenar hidup”

“Tapi bukan dengan kebahagiaan sentiasa”

“Adakah bahagia jika seumur hidupmu dipalit nista?”

“…”

Berlarinya masa mengajar aku untuk tulus dalam hidup ini. Berselindung disebalik blusher keegoanĀ dan

gincu penipuan adalah memakan diri..

Apa salahnya diambil skaf keimanan dan lituplah kebatilan..

jagalah hatimu..

jangan terbolak dek ombak masa

menjadikan dirimu alpa kepada penghujung masa..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2010 in Uncategorized