RSS

Monthly Archives: November 2009

Semasa di Davangere..

Salam..

Dah lama x menulis, phalanges dan otot digitorum menari sekali lagi diatas keyboard laptop kesyanganku..
Kali ni nak kongsi berita semasa di davangere. Jd mcm berita la sket..

Pada 12 November, kami menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican. Sempat kami berbual dan bertanyakan beberapa persoalan mengenai kerjaya dan juga masalah yang bakal wujud di alam perubatan semasa menuntut di bumi India ini.

Pada 13 November, kami menerima suatu yang sangat berharga iaitu Residential Permit, RP. Kami yang belajar di India kena memohon RP untuk tinggal dan sangat penting untuk balik kerana perlu memohon Exit Permit, EP. Walaupun sangat meletihkan dan kompleks proses untuk balik tapi ianya sangat penting untuk pihak keselamatan India mengetahui samada kita kat India atau tidak jika sesuatu berlaku.

Pada 16 november ni akan bermulanya 1st internal exam. Merangkumi teori, praktikal, dan lisan (viva). Dijangkakan tidak akan menunjukkan prestasi yang baik memandangkan banyak sangat tertinggal akibat ponteng kelas yang sekali sekala.
Tambah menakutkan apabila kena prick sendiri jari untuk exam physiology.

Memang penuh dengan cabaran dan dugaan untuk menetap di India dan belajar perubatan. Lebih menakutkan apabila pihak penganjur memberitahu bahawa borang elaun kami tidak diterima oleh pihak mereka walaupun telah sebulan lebih dihantar menggunakan kurier swasta dan pihak kurier juga telah mengesahkan bahawa dokumen tersebut telah diterima oleh pihak penganjur. Sekarang yang jadi masalah ialah :
1) Kelewatan pemprosesan borang akan menyebabkan akaun kami lambat dibuka dan lambat untuk menerima elaun bulanan kami.
2) Kelewatan tersebut juga akan menyebabkan bayaran tuntutan pembelian laptop akan menjadi lambat.
3) Hal ini bukan sahaja berkaitan dengan kami di davangere tapi juga akan dialami oleh mereka yang berada di Mysore kerana borang elaun mereka dihantar sekali dengan borang kami.
4) Menjadi sedikit masalah berkaitan dengan perjalanan pulang ke Malaysia (sbb homelandsick) kerana tiket pulang yang agak mahal.

Walauapapun, perhubungan dengan pihak penganjur haruslah dilakukan dengan lebih kerap agar tidak mendatangkan beban di hari muka.
Kepada kawan2 dan mana2 yang mengenali diri ini, selamat menduduki exam dan selamat bercuti..

Antara diam ubi dengan bising luruh durian, yang manakah diri anda ? Atau sekadar merah ranum rambutan yang gugur bila dipetik..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on November 13, 2009 in Uncategorized