RSS

Monthly Archives: October 2009

Diwali dan aku di davangere..

Tarikh yang dinanti oleh kaum India semakin hampir. Perayaan diwali atau deepavali disambut oleh mereka dengan meriah terutamanya di Malaysia. Yelah, semua sambut deepavali. Melayu, Cina dan samantelah kaum India. Kepada mereka yang menyambut deepavali, selamat menyambut deepavali saya ucapkan.

Di India, terutamanya Davangere, deepavali disambut dengan cuti pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin. (Yeay!) Dua hari tanpa kelas, (Sabtu dan Isnin) memang menyelesakan tetapi ada aturcara yang perlu dihadiri iaitu program JaSSI yang akan diadakah di Manipal pada 17 hingga 19 oktober ni. So, planning utk rehat, baca buku tak terkesampaian sangat. Tapi, dapat jalan2 dan timba ilmu dan juga pengalaman.

Mengenangkan diwali ni, teringat satu cerita yang agak terkenal bila diwali iaitu Kabhi Kushi Kabhi Gham. Rasa2nya sebelum ke Manipal kena tengok sekali lagi movie tu. tak tau kenapa tapi sangat sinonim. Mungkin sebab masa diwali,  parents akan dapat jumpa ngan anak2 diorang dan berbual2, melepaskan rindu yang sekian lama terpendam. Sama macam raya kita. Balik kampung, datang lewat sket ke kelas sbb dengan alasan tiket xde ataupun apa2 lagi alasan yang difikirkan munasabah.

Sempena diwali ni jgk, aku dapat broadband. Yang pakai prepaid. Walaupun xlaju tapi dah cukup utk aku melayari intenet dan membelek halaman facebook, e-mel ngan update blog ni. Walaupun mahal sket dan payah sket urusannya, dah ad intenet cukup melegakan aku.

Buat masa ni, kena concentrate ngan blaja lebih sket sbb nampaknya aku semakin kosong dan exam internal semakin dekat. dapat lulus pun dah cukup. Yang paling penting, final exam kena lepas. dapat 2nd, or 1st dan kalau bernasib baik dapat la distinction. Yang penting lepas 1st year. Kalau dah masuk 2nd year agak lega sikit.

Kepada kawan2, selamat bercuti dan selamat ber”JaSSI”.

ps: kena tengok KKKB sorang2 jer..

 
Leave a comment

Posted by on October 15, 2009 in Uncategorized

 

kehidupan di davangere…

salam..

Lama jugak tak menulis.. Intenet kat hostel buat masalah.. Dah la lmbt sngt nak pasang.. Selalu ke CC depan hostel utk update antivirus..

Sekarang sangat sibuk.. Assingment melambak.. Soalan physio ada 20 short essay dan 10 short answer, menjadikan jumlahnya 30 dan masa yang diberikan ialah selama seminggu (xtolak masa makan, study subjek lain dan kelas 6 hari seminggu).. Anatomy pun ad jgk.. dkt 20 lebih gitu soalan dia.. Mmg banyak dan tak terkira la tangan membelek buku.. Buku anatomy dari BD Chaurasia hinggalah Gray’s anatomy yang setebal 6cm tu dibelek untuk mencari jawapan.. walauapapun, ok jgk sebab dalam kelas tak paham sangat kuliah yang pensyarah bagi. Diorang punya accent Kannada dan omputeh tu tak dikuasai lagi. Kadang2 kena buat2 paham ajelah dalam kelas. Teringat akan satu peritiwa yang mana sorang PG (Post graduate) yang mengajar untuk Histology tanya aku paham ke tak yang dia ajar. Dengan terus terang aku cakap aku “ak paham dan ianya disebabkan oleh aku tak paham akan bahasa dia. Terus PG tu diam. Lepas tu aku terus kena “shoot” @ point ngan PG tu. Like I care!! Korang cakap tak betul nak salahkan aku plak.

Kekadang hidup di Davangere ni terasa takde makna dan kosong aje hidup. Nasib baik la kesunyian terubat setelah pergi berjalan2 dan shopping kat Bangalore. Hajat untuk mempunyai sebuah kamera DSLR akhirnya tercapai. Aku beli kamera Sony DSLR A200. regenya dalam lebih kurang RM2500. Aku terus melabur untuk satu set lengkap. Melayanglah duit aku sebanyak 35ribu rupee ( bersamaan lebih kurang RM 3300). walaupun aku tak beli sehelai baju ataupun seluar macam kawan2 aku yang lain, tapi dengan memiliki kamera idaman aku dah cukup memuaskan hati aku dan mengubat luka dan kesunyian di hati.

Kat sini pun ada masalah jugak.. Bukan tak de.. Memang betul, kat mana2 pun ada masalah.. Dengan orang yang kita kenal lama pun ada timbul masalah. Yang penting, kita kena bijak dan tahu macam mana nak selesaikan masalah tersebut..

Minggu lepas juga aku ke Bapuji Hospital yang dekat ngan kolej aku (sebelah aje, dalam satu pagar aje..). Pada asalnya nak temankan Chou pergi ambik ubat sakit tekak tapi aku pergi la daftar jugak sebab nak bekalan ubat darah tinggi (hypertension namanya..). Doktor mintak sampel ubat tapi aku tak de.. Doktor terus suruh buat blood test, urine test ngan ECG (electrocardiogram).. result semuanya menunjukkan normal dan cholesterol level pun rendah, dia terus bagi aku prescription ubat. Pergi la aku dalam keadaan hujan renyai2 bergi beli ubat kat kedai ubat  yang melambak depan hospital tu.. UNtuk pengetahuan  semua, kat sini ubat kena beli sendiri walaupun masuk dalam wad. Xde ubat yang disediakan. Syringe dan jarum untuk ambik darah utk blood test pun kena pegi beli sendiri.. Dekat Rs2000 aku kena utk ubat darah tinggi dan migrain.. terkejut sekejap.. tapi beli jugak mengenangkan keadaan yang selalu sakit yang sebabnya kadang2 makan kambing dan benda2 yang masin banyak.. tension pun banyak jgk.. Hal ini menjadikan aku sangat bersyukur sebab lahir kat Malaysia. Pegi hospital kena bayar RM1 dan dapat ubat yang harge dia rm100++. Kalau pegi jumpa mak sedara aku yg jd doktor kat hospital di kelantan, masuk bilik dia, ambik slip ubat dan terus dapat ubat yang hargenya kadang2 rm200++. Kat sini semuanya sendiri.. Bayangkan kalau pesakit tu tak de duit ataupun xde sesape yang boleh belikan ubat untuk dia yang terlantar dalam hospital.. Sangat bersyukur dan indahnya lahir di Malaysia..

Sekarang ni dah mula sangat sibuk dan tak de masa sangat nak enjoy (ponteng kelas kadang2 sebab nak catch up apa yang terlepas dalam kelas sebelum ni).. Anatomy dah masuk lower limb.. Exam bulan 11@12 nanti.. Masa cuti planning nak pegi north India. Jenguk Taj Mahal ngan gunung kat sana.. walaupun cuti pendek tapi cuba la jugak sbb teringin nak jalan2.. tapi, tunggu duit elaun MARA masuk dulu..

Moralnya, sentiasa belajar, sentiasa bersyukur bahawa di Malaysia adalah lebih baik dan jangan ponteng kelas..

p/s: Cuti deepavali ni pegi JaSSI kat Manipal.. Dr Daniel akan datang kat sana..

 
Leave a comment

Posted by on October 5, 2009 in Uncategorized