RSS

Monthly Archives: September 2009

Salam Aidilfitri dari Davangere

Salam..

Setelah sekian lama menanti, aidilfitri menjelma jua. Terasa sedih bila terkenangkan ramadhan yang kali ini dilepaskan dengan sia-sia. Tapi, doa dipanjatkan agar dapat bertemu dengan ramadhan di lain kali.

Tahun ni ada kelainannya dalam aidilfitri. Tak beraya di bumi Malaysia. Beraya di tempat orang, Davangere, India. Kami beraya lambat sehari daripada Malaysia. Raya kali ni sangat meriah kerana sambutan hari raya diadakan di hostelku, Bapuji International Hostel, Davangere. Rakan2 dari kolej dan universiti lain turut datang, Belgaum, Kolar, Manipal dan lain2 lain kolej dalam negeri Karnataka ni datang untuk menyambut hari raya. En. Khairuddin, pegawai dari kedutaan Malaysia di Chennai datang sebagai tetamu utama kami. Hostel yang sebelum ini kosong kali ini riuh-rendah dengan ketawa, gurauan dan masing-masing bertukar cerita dan bertanya khabar akan keadaan masing-masing.

Solat sunat aidilfitri tak boleh ditinggalkan. Solat bermula lebih kurang pukul 8.30 pg dengan Saudara Imanul menjadi imam. Alunan takbir sebelumnya sangat sayu dan nenyentuh hati.

Sambutan kat belakang hostel terpaksa ditukar lokasi ke dining hall kerana hujan pada malam raya. Walauapapun, sambutan tetap diteruskan. Rendang ayam kena dikeringkan, kuah lodeh untuk lontong kena masak jugak dan kuah kacang untuk nasi himpit mesti disiapkan. Suasana memang sangat mengubat hati yang jauh di perantauan. Gambar memang diambil sebagai kenangan kerana ianya hanya sekali. Pertemuan seterusnya belum pasti lagi bila.

Setelah selesai sambutan, kepulangan rakan2 ke kolej dan universiti masing2 amat menyedikan. Lebih2 lagi rombongan dari manipal yang sampai dalam pukul 12 malam pada malam raya dan mereka kena pulang pukul 2 keesokannya. tapi, pertemuan yang sekejap itu rasanya mengeratkan lagi ikatan persahabatan dan persaudaraan kami semua.

Kepada semua kawan2, rakan2, keluarga. saudara-mara, sahabat handai, guru2 di SKSS2, dan SMSTMFP dan pensyarah2 di KTT, SELAMAT HARI RAYA saya ucapkan. Maaf dipinta atas segala kesalahan dan kesilapan.

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on September 24, 2009 in Uncategorized

 

INdia dan realiti..

Assalamualaikum..

Lama sket x online sbb intenet masih xpasang lagi kat hostel.

Semasa menaip ni baru aje pulangĀ  dari Bapuji Hospital melawat kawan, Naqib yang kemalangan semalam. Kena kejar dengan anjing dan terjatuh dari motor. Keadaannya agak teruk sebab kulit kepala terkoyak dan boleh dikatakan nampak tempurung kepala. Memang kesian tengok keadaan dia. Masa pegi melawat tu, dia hanya mampu nak angkat kepala dan bukak mata sekejap aje. Saya ngan kawan2 yang lain duduk sekejap aje sebabĀ  kena halau dengan pak guard. Yelah, masuk ICU macam tu je ramai2 dan bukan masa melawat. Tapi lega la sket hati sebab dah dapat jenguk Naqib walaupun sekejap. Semoga dia cepat sembuh. Dari risikan dengan kawn2, CT Scan dia menunjukkan xde apa2 yang serius.

Dalam perjalanan ke wad kawan saya tu, saya dan kengkawan dapat melihat akan sebenarnya realiti dan apa maknanya kesusahan, rahmat dan betapa bersyukurnya kami dilahirkan di Malaysia. Di hospital memang penuh dengan keluarga pesakit. Dari luar pintu pagar hospital sampai ke dekat wad. Ada yang terbaring kat tepi pintu, tepi pagar, semuanya menunggu pesakit kat dalam. Duduk bukannya atas bangku atau kerusi tapi atas tanah dan lantai. Ada yang berselipar dan ada yang berkaki ayam. Hospital tu pun dah hospital swasta tapi memang kalau nak dibandingkan dengan hospital kerajaan memang kita boleh kata kat malaysia lebih baik. Tapi, apa yang spesel kat sini ialah teknologi diorang memang bagus dan doktor memang tahap specialist kebanyakannya.

Jadi, saya ingin nyatakan bahawa apa yang anda lihat dalam citer hindi, tamil ataupun apa2 dari india, sesetengahnya mamaparkan apa yang ada di INdia dan sebahagian kecil yang memaparkan realiti. Setelah apa yang saya lalui di India ini ( walaupun tak sampai sebulan) cukup untuk menjadiakn saya menghargai betapa bersyukurnya saya menjadi rakyat malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on September 12, 2009 in Uncategorized