RSS

Monthly Archives: August 2009

Salam dari Davangere..

Assalamualaikum..

setelah lama tak menulis setelah sibuk yang memang sibuk, dapat jugak menulis..

Setelah menunggu lama, akhirnya dapat juga jejakkan kaki kat Davangere, India. Tingggal kat Bapuji International Hostel yang memang sejuk mate memandang. Memang sangat selesa. Dalam bilik ada water heater, air cond, sofa. Bayar usd800 setahun. Makanan memang best Tiap2 hari makan ayam. ada ais krim lagi utk dessert.

P260809_18.23_[01]P260809_12.21_[01]P260809_19.19Kehidupan kat India memang mengejutkan. Segalanya tak disangka2.. Mula2 sampai tak sangka hostel memang macam hotel. Lepas tu tak sangka ada jugak babi tepi jalan..

Macam bela ayam je.. Minggu depan kena masuk kelas. Duduk kat sini memang tak habis banyak duit. Kalau ada duit tu memang payah nak mengalir kecuali kalau pergi membeli kat kedai adidas, reebok. Gmbr nasik tu makanan pertama yg aku makan kat hostel. ADa telur masak pedas, ayam goreng rempah, sayur goreng ngan kacang kuda, kuah kacang dal, ais krim yang segar dan buah.

Sini skrg musin sejuk. Pasang kipas dah cukup.. Air cond simpan utk musim panas..

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on August 30, 2009 in Uncategorized

 

India here I Come…

Alhamdulillah, setelah lama sangat jari ni tak bermain atas papan kekunci, dapat jugak dicoretkan serba sedikit dengan sedikit kesempatan yang ada.

Minggu lepas hari Ahad, kabel tepon kat umah kena curik. Huhu.. sedey sampai nak nanges sbb xleh nak online. Rasa sampai nak pegi kejar je sape yang cukik kabel tu.

Isnin, sambil2 baca Harry Potter yg dlm PDF format kat pc, faheem msj kata result kuar ari tue. Ya Allah, berdebarnya hati. Rasa2 dah menangis aku masa tu teringatkan apa yang akan terjadi kalau tak lepas point. Pukul 2 katanya result release. Pukul 2.15 ptg, tengah makan nasi sebab nak tenangkan diri (takut2 lepas ni lagi tak tenang), Din tepon dam dia kate dia lepas piont. Lepas makan, aku terus tepon KTT. Setelah bertanya, alhamdulillah, dapat 13 point. Bio A, fzk n chem B. Terus aku peluk mak aku kat dapur.

Sekarang tengah isi dan nak hntar borang kat MARA. Dijangkakan 24/8 ni ada briefing kat HQ MARA dan keesokanny, 25/8 fly. Alhamdulillah, doa, usaha dan harapan serta tawakkal dijawab oleh ALLAH s.w.t

Kepada kawan2 yang dapat fly, tahniah kepada anda semua!!

Kepada yang tak dapat point, saya berdoa agar anda juga dapat fly macam kami dan MARA akan luluskan permohonan anda. Berdoalah sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar permintaan hamba-Nya.

Dah tak sabar nak pegi India. Harapnya, mental dan fizikal bersedia untuk apa yang dijangka dan tidak dijangka.

Selamat tinggal Malaysia..

Selamat Datang India…

 
1 Comment

Posted by on August 17, 2009 in Uncategorized

 

weyh.. ada masalah plak..

Baru pukul 12.30 tghhari tadi, posmen datang kat umah. Ada dua sampul surat. Dua-dua untuk aku. Satu dari MAS sbb apply Enrich Card, satu dari KTT. Surat dari KTT menyatakan bahawa akan diadakan majlis konvo pada 18 ogos ni kat hotel Palace of Golden Horses, Mines Resort. Aku terkejut (walaupun dah di inform oleh Mat Le) dan bengang, marah..

Dah kata majlis konvo, kena la bayar. Jumlahnya rm130. Aturcaranya :

15 ogos : Ambil jubah konvo kat ktt pkol 9 pg.

17 ogos: Rehearsle konvo

18 ogos: Majlis konvo.

Yang jadi masalahnya sekarang ialah, nak tinggal kat mana sepanjang 15-18@19 ogos tu. Kat hotel? Bawah jambatan? Tepi sungai Kelang? kat KL Sentral? Pindah randah dari satu McD ke McD yang lain? Macam mana plak ngan makan minum? Teksi, komuter, LRT, bas nak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain? Nak pg KL dari Kelantan dah la ambik kos rm40+. Kalau pegi balik dah rm 80+. Kalau nak ditaja tak kesah la..

Dah la kena konfemkan kehadiran sebelum 4 ogos, tapi surat baru dapat ari nie, 6 ogos. kat sampul surat, pejabat pos cop tarikh terima surat dari ktt 4 ogos. tak ke haru-biru kerjanya.

Saya tak tahu nak pergi atau tak. Sekarang ni, otak tengah risau pasal result yang akan kuar ari selasa nie. tetiba ada plak masalah lain yang timbul..

Ada jugak terfikir nak ajak semua kawan2 “ban” aje majlis tue. Bukannya penting pun. Dah la tetiba aje dibuat. Semua yg lain bebudak dip n sijil, tetiba ada plak budak a-level yg ntah sesat dari mana. Dah ada majlis grad tu xcukup2 lagi ke? Kalau setakat majlis yg ada menteri2 tu saya tak kesah. Majlis yg diraja-diraja kat kelantan dah banyak kali attend. Masuk keluar istana dah banyak kali. Menghadap sultan dah berkali-kali. Nak buat apa lagi bagi sijil, dah cukup la sijil grad.

Ada terpikir jugak, sewa stadium kat bbst ataupun stadium bukit jalil, lepas tu buat bantahan kat sana. Biar havoc satu Malaya. (yang ni takkan berlaku, over sangat pemikiran..)

walau apa pun, saya akan cuba pikir, kerana tak pergi adalah pilihan yang baik sikit. yelah, kalau result dah kuar, kena buat preparation. Medical checkout kalau kat govt hospt mgkn dalam seminggu dua. Belum masuk nak cari benda lain. Ntah-ntah masa nak buat visa nanti kena panggil pegi kat kedutaan india, dah abes masa dan duit lagi..

Daripada yang takde apa2, tiba2 ada dalam senarai. Kalau setakat nak ramaikan majlis tu, baik tak payah sangat kot.. DAN, sesiapa yang tak pergi pun kena bayar jugak rm130 tu. Benda tu tertulis dalam surat. Kalau tak bayar, jawabnya tak dapat la result exam a-level yang akan kuar 11 ogos nie.. hahaha..

Papepun, terserah kepada anda untuk menilai samada untuk pergi tau tidak. Saya berfikiran buat masa sekarang tak nak pegi. Duduk rumah lagi baik.. Kepada sesiapa yang merasakan bahawa artikel ini adalah bersifat hasutan dan berpandangan bahawa saya layak untuk di”ISA”kan, saya ingin mengingatkan bahawa artikel ini tidak bersifat sedemikian dan tindakan saya ini tidak akan menjejaskan keselamatan orang awam dan negara.

Sekian, fikir-fikirlah..

 
1 Comment

Posted by on August 6, 2009 in Uncategorized

 

masa lalu, sekarang dan depan..

Semalam ak baru aje sambut ulang tahun kelahiran ak yang ke 20. Sekejap aje. Pejam celik dah pun 20 thn. Kalau difikirkn memang dah jadi semakin tua (xde yg semakin muda kcuali Benjamin Button), dan pemikiran hendaklah semakin matang. Apa yang berlaku sebelum ni mestilh mnjadi panduan buat meniti hari sekarang dan akan datang.

Ak sekarang ni tengah dok isi masa terluang ak sblm dpt result A Level pada 11 Ogos ni. Keje skrg ialah download muvie, xkira baru atau lama dan.. enjoy d muvie.. 17 Again, Harry potter, The Proposal, Hannah Montana The movie. Tu lah antara muvie yg ak sempat fikir n download utk dkumpul dan jadikn koleksi. Kalau tak, memang tak tau la ak nak buat apa. Dlm tu, ak smkin rasa rindu nak jumpa kawan2 sekoalh lama, dari ktt dan kucing ak kat kolej. IMG_7260

Harapan ak terus sama dalam A Level, nak dapat 13 point dan keatas, pegi India ngan kawan2 buat medic ngan biasiswa MARA dan jadi doktor..Amin.. kalau dah jd doc tu, bnyk benda dpt dbuat. Harapan aku letakkan tinggi, kat angkasa, bukan kat langit atau awan. Aku berdoa agar aku dan kawan2 dapat lepas dengan berjayanya exam dan dapat pegi India, buat medic. Pastu, jln2 kat india, Asia, Europe..

Papepun, aku harap dan doa dpt 13 point dan keatas, dpt pg India buat medic..

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2009 in Uncategorized