RSS

Monthly Archives: April 2009

pegi usrah…

hujung minggu lepas saya ngan kawan2 batch MARA KTT menghadiri program usrah utk bebudak yang nak pegi oversea. Berlangsung kat masjid KLIA selama 2 hari 1 malam. naqib usrah kami, pak cik zul (PCZ) ada jgk pegi menjenguk kitorang.

Memang seronok dan banyak sangat input dan output berlaku. Program ni bawah kendalian JIM dan KONSIS. Saya ingat lagi masa ustaz aqib baca surah al-haqqah sampai menangis kerana takutkan azab ALLAH SWT semasa qiam. Akh Munir plak walaupun kurang sangat bercakap tapi sekali buka mulut terus mengalir melimpah ilmu. Antara aktiviti yang best ialah malam kesenian islam. Ada kena berlakon, nyanyi nasyid, bersajak bercerita dan berceramah. Akh Bakri plak memang mantop bila mengutarakan akan apa itu al-Haq dan benda2 yang berkaitan dengannya. Kitorang ada jgk blur bila diajukan soalan oleh Akh saifuddin yang berputar belit untuk difahami dengan pemikiran selayang pandang. Tapi pengisian memang xdpt dilupakan.

Semoga dapat dianjurkan lagi program yang sepertinya di masa akan datang agar dapat mengeratkan ukhuwah dan mendalami ISlam dengan lebih jelas lagi. Kepada kawan2 yang di luar sana, kalau ada usrah join. kalau xde cari2lah usrah.

HIDUP USRAH!!!

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 26, 2009 in Uncategorized