RSS

Monthly Archives: January 2009

cepat melatah dan fikir…

Salam..

Sepanjang perjalanan saya sebagai seorang penulis di alam siber, pernah terdetik hasrat dihati untuk menulis dan melontarkan pendapat saya tentang permasalahan dalam negara yang tertumpu kepada kaum bumiputera dan juga hal-hal semasa samada dalam atau luar negara. Setelah lama berfikir, akhirnya kata putus dicapai. Saya akan menulis apa yang patut selagi tidak bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang.

Untuk pertama kalinya, saya ingin mengulas mengenai satu sikap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Ini adalah daripada pemerhatian saya selama beberapa tahun dan daripada temubual saya dengan beberapa kelompok besar rakyat di negara kita. Sikap yang saya maksudkan ialah sikap cepat melatah.

Cuba anda bayangkan, dalam anda duduk menunggu bas@komuter@LRT@ERL atau apa2 penangkutan awam ataupun di kompleks membeli belah, tiba2 anda ternampak seorang lelaki muda sedang membaca buku berkaitan dengan hal2 perbidanan dan yang sama waktu dengannya (benda2 yang kita anggap tak patut diketahui oleh lelaki). Apakah pandangan pertama kita pada masa itu? Kita mesti(umumnya) berfikir bahawa dia seorang yang gila seks, tak tahu malu, muka tembok china dan berbagai-bagai lagi perception yang secara spontannya keluar atau terpacul dengan tanpa penapis mulut secara diam-diam. Itulah yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Tanpa menilai dengan mendalam dan berfikir dengan positif, kita terus melabel dan menghukum seseorang atau kelompok dengan label cap mulut laser dan Undang2 Aku Sendiri. Adakah kita pernah terfikir bahawa lelaki tersebut ialah seorang pelajar di kolej jururawat dan sedang study? Adakah kita pernah terfikir bahawa lelaki itu ialah seorang pelajar perubatan dan mengambil pengkhususan bidang perbidanan dan sakit puan? Adakah kita pernah terikir bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga tetapi pengetahuannya dalam hal2 kewanitaan kurang?(nanti xbahagia kahwin tapi xtahu apa2). Semua yang kita lihat kita labelkan dengan label cap mulut laser kita. Semua yang baik depan mata kita dapat la credit tapi yang jelik di mata kita dapat la maki hamun dan label cap mulut laser.

Inilah yang berlaku disekeliling kita. Inilah realiti sekarang. Mungkin kepada mereka2 yang tak pernah untuk membuka mata, menjelajah dan mengenal sikap masyarakat, mereka takkan nampak perkara ini. Tapi, saya dapat katakan, majoriti rakyat kita memang menghadapi masalah ini. Ada saja benda yang berlaku, kita terus menghakimi perkara tersebut dengan Perlembagaan Aku Sendiri. Kalau benda tu bertepatan dengan kanun kelakuan baik, kita akan memujinya tapi kalau bercanggah, terus diletakkan di bawah Kanun Jelik.

Inilah majoriti kita pada hari ini.  Cuba selidiki dahulu sesuatu perkara dengan mendalam sebelum menghakiminya. Betul, fikir dengan positif tapi biarlah dengan norma pemikiran orang yang berpengetahuan dan intelek serta berfikiran rasional. Bukannya ikut sedap rasa kita. Jadilah orang yang sentiasa berwaspada dalam berkata-kata kerana itu menunjukkan siapa dan setinggi mana pengetahuan kita. Bahasa menunjukkan bangsa. Kata mencerminkan tuan punya kata. Tatacara menampakkan gaya kita.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Tukar cara pemikiran kita. Kurangkan persepsi, tingkatkan kredibiliti dan integriti.

 
1 Comment

Posted by on January 8, 2009 in Uncategorized