RSS

Monthly Archives: October 2008

SAkit tol btol…

Skrg ni sy kat rmh kwn kat puchong, kena menumpang sbb air xde kat kolej… Kejadian ni bermula pad hari khamis lagi dan dijangka berakhir pada hari ahad..huhu, kelas terpaksa kena cancel, kalau tak alamatnya berbaulah dewan kuliah…MAsjid menjadi tempat diserbu untuk mendapatkan bekalan air tapi rasanya pagi jumaat tu xde la air kat masjid… Xtau lah apa kebendanya yang mejadikan perkara tu berlaku tapi sakit ati btol…

SEPANG: Beberapa kawasan di Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat hari ini mengalami gangguan bekalan air ekoran kejadian paip pecah di tiga paip utama yang membekalkan air ke kawasan berkenaan dari Loji Semenyih. Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abdul Halem Mat Som, berkata kejadian itu turut menyebabkan 350,000 pengguna di kawasan berkenaan terputus bekalan air. “Syabas mendapati tiga batang paip bersaiz 1500mm, 1200mm dan 1050mm di Kampung Revolusi Hijau telah pecah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, punca kejadian paip pecah tersebut masih disiasat dan ia disyaki kerana kerja mengorek pasir oleh pihak ketiga. “Gangguan bekalan air ini melibatkan 35 kawasan di Hulu Langat, 27 kawasan di Kuala Langat dan 13 di Sepang,” katanya. Abdul Halem berkata ekoran kejadian itu, SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi segera.
“Sebagai langkah segera membantu penduduk, Syabas telah menyediakan 33 lori tangki air bagi membekalkan air buat sementara di kawasan terlibat manakala sembilan buah lori tangki air lagi diletak dalam keadaan bersiap sedia bergantung kepada permintaan. Bekalan akan ditambah dari semasa ke semasa, “ katanya. Katanya, tempoh masa gangguan itu tidak dapat dipastikan memandangkan paip-paip utama memerlukan masa yang panjang dan dianggarkan dalam masa tiga hari dari tarikh bermula pembaikan paip. Bagi sebarang maklumat terkini, penduduk boleh menghubungi pusat operasi krisis 24 jam atau menerusi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252. – Bernama

 
Leave a comment

Posted by on October 18, 2008 in Uncategorized

 

Syawal dan exam…

Salam..
Syawal dah menjelang setelah berakhirnya ramadhan. Semoga ramadhan kita lebih baik dari sebelumnya. Semoga sengan ketibaan syawal ini dapat memberikan pengalaman dan juga panduan baru dalam meneruskan kehidupan ini..
Saya sekarang ni sibuk sikit dengan exam.. agak payah jgk la tapi mohon semoga dipermudahkan dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang…
Setiap sesuatu mesti ada hikmahnya dan tidak sia-sia Allah SWT menjadikan seseuatu itu untuk kita. Hanya Dia yang lebih mengetahui tentang kita…

 
Leave a comment

Posted by on October 17, 2008 in Uncategorized