RSS

Monthly Archives: July 2008

12 SIFAT SAHABAT

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu

Jika engkua rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

Jika engkau memerlukan pertolongannya, dia akan membantu.

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.

Jika dia mendapat pertolongan daripadamu, dia akan menyebut tentangnya.

Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik darimu, dia akan menutupnya.

Jika kau meminta sesuatu daripadanya, dia akan mengusahakannya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu.

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.

Jika engkau meracangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu.

Jika kamu berdua berselisih faham, dia senang untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 1, 2008 in Uncategorized