RSS

Monthly Archives: March 2008

10 Laluan Manusia…

10 LALUAN YANG BAKAL DILALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT,
BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA?

LALUAN MENUJU KE KUBUR

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan iri hati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
d. Sucikan qadha’ hajat dengan istibra(berak/kencing)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang mukmin
c. Bayar semula qadha’ yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NAKIR

a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan & perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
b. Sucikan pakaian & perkataan
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka & redha dengan apa yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan pujian kepada Allah
d. Banyakkan sedekah & khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM

a. Kasihilah aulia’ Allah Taala
b. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa
c. Berpegang teguh dengan hokum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesame makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

a. Banyakkan membaca Al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruhan Allah
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk Allah

LALUAN UNTUK BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

a. Kasihilah nabi Allah
b. Kasihilah Rasulullah s.a.w
c. Tuntutilah perkara yang difardhukan oleh Allah
d. Banyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
c. Betulkan & baikkan I’tiqad kepada Allah
d. Bencikan segala yang diharamkannya

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2008 in Uncategorized