RSS

Monthly Archives: February 2008

Semasa kini…

Asssalamualaikum, apa khabar? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Saya sebenarnya mencoret kali ini untuk berkongsi menganai apa yang berlaku di sekitar kita tanpa kita sedari.
Apa yang saya maksudkan ialah Gerakan Al-Ahbash. Mungkin ianya belum tersebar luas di Negara kita tetapi ianya bakal tersebar dan sekarang para ulama sudah mengeluarkan fatwa mengenai gerakan ini. Antaranya ialah Samahatu al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah, Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Syeikh Dr. Said Ramadhan al-Bouti dan Syeikh Ali Jumu’ah. Mereka semua telah bersepakat untuk memutuskan bahawa golongan ini adalah sesat dan menyeleweng daripada akidah ahli sunnah wal jamaah.
Jika diselidik sejarah akan greakan ini, ia diasaskan oleh Abdullah al-Harari dan mula timbul di Lubnan. Ia terus dikembangkan hinggalah sekarang dan bolehlah dikatakan gerakan ini mula mengancam Islam. Golongan Ahbash ini mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemikiran dan fahaman mereka. Ulama’ besar seperti Dr. Yusof al-Qardhawi, Syeikh al-Bouti, Mutawlli Sya’rawi dan Ibn Taimiyyah telahpun dikafirkan oleh golongan Ahbash kerana tidak sehaluan dengan akidah Ahbash.
Fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulama-ulama kita adalah berasas dan benar kerana dalam Islam, kafir mengkafir adalah tidak dibenarkan. Golongan Ahbash telah mengatakan bahawa Al-Quran adalah kalam Jibril dan bukannya kalam Allah. Selain itu, mereka menggalakkan supaya pergi ke kubur untuk memohon pertolongan dengnan ahli kubur. Ini adalah bertentangan sekali dengan apa yang telah Allah S.W.T. firmankan dalam Surah Al-Fatihah,

“Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan”
(1:5)

Jadi,secara terang-terangan akidah yang dipegang oleh golongan Ahbash bertentangan dengan akidah Islam. Jadi, dalam kehidupan ini, janganlah kita mudah untuk menerima bulat-bulat apa yang diajarkan kepada kita tanpa mengetahui apa yang berada di sebaliknya.

Rujukan : Majalah I, bulan Februari 2008, bil. 64.
Al-Quran.

 
1 Comment

Posted by on February 6, 2008 in Uncategorized