RSS

Monthly Archives: September 2007

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Alhamdulillah, kini sudah 50 tahun Malaysia merdeka. Mencapai kemerdekaan daripada penjajahan. Jika diselusuri, proses untuk merdeka bukan sahaja bermula pada tahun 1946 dimana parti-parti politik mula tertubuh yang pada pertama kalinya. Pada masa itu, AllahyarhamDato’ Onn Jaafar telah mengasaskan UMNO dan diikuti dengan parti-parti lain.

Baru-baru ini, saya menonton siaran langsung Debat Perdana yang disiarkan di RTM1. Saya merasakan bahawa segelintir penonton akan menerima padangan salah seorang ahli panelnya (tidak mahu sebut namanya, nanti orang ingat saya berpihak kepada parti politik ahli panel tersebut). Beliau menyatakan bahawa kita sepatutnya turut melihat perjuangan pahlawan-pahlawan dahulu sebagai salah satu rentetan ke arah kemerdekaan. Tapi, jika dilihat dengan lebih teliti, perjuangan pahlawan pada masa itu seperti Bahaman, Mat Kilau, Rentap, Mat Salleh adalah bukan untuk mendapatkan kemerdekaan tetapi untuk memelihata kedaulatan dan kebebasan yang sedia ada sebelum ini.

Pada zaman sekarang, jika dilihat semuanya semangat untuk menyambut merdeka. benderanya berkibar disana-sini, tak cukup satu, dua tiga bendera diletakkan pada rumah dan kenderaan. Bagus sekali amalan demikian tapi, dimana sebenarnya semangat kemerdekaan. Selepas menyambut ambang merdeka di dataran merdeka, bendera jalur gemilang bertaburan disana-sini. Dimana semangat merdeka yang dilaungkan selama ini. Kita marah apabila melihat bangsa lain membakar atau pijak jalur gemilang tapi kalau kita sendiri macam mana. Saya rasa tiada seorang pun yang mengutip jalur gemilang yang ditinggalkan diatas padang tersebut. Kita marah apabila Namawee menyanyikan lagu negaraku ikut rentak rap (walaupun saya tidak boleh memaafkan dia, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Islam), tapi kita dengan selambanya terhuyung-hayang kesana-sini apabila lagu negaraku dimainkan dan yang teruknya memijak jalur gemilang. Dimana semangat cintakan negara dan segaa benda yang berkaitan dengan kedaulatan negara yang selama ini kita wara-warakan?!!Ingatlah, kalau kita asyik menjaga tepi kain orang sedangkan kain kita sudah terkena lumpur tetapi dibuat selamba aja, negara mungkin akan hilang keharmoniannya.

Kata Hang Tuah,
“Takkan Melayu hilang didunia”. Peliharalah keharmonian yang ada. Jangan terlalu mengikut dunia. Biarlah sunia mengikut kita.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 2, 2007 in Uncategorized

 

Doktor ke ?

Sudah lama tidak menari jari -jari ini diatas papan kekunci komputer, sekarang nak khabarkan sedikit berita. Kehidupan berada di kolej membuat persediaan amatlah sukar. Maklumlah, sebelum ni semuanya dah ada depan mata. Masa kena pandai urus kalau tak, assignment yang pensyarah bagi tak siap. Tapi alhamdulillah, sudah dapat menyesuaikan diri. Moga-moga diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini.

 
Leave a comment

Posted by on September 2, 2007 in Uncategorized