RSS

Monthly Archives: June 2007

PENGURUSAN TEKANAN

Tekanan adalah sebahagian biasa daripada hidup kita. Kebanyakan orang akan berasa tertekan pada suatu masa tertentu. Tekanan boleh datang daripada berbagai sumber yang berlainan. Lingkungan tekanan yang biasa kita alami datangnya dari kerja, sekolah, keluarga, perhubungan, kesihatan dan berbagai peristiwa hidup.

Tekanan baik membuat anda bekerja keras dan lakukan perkara dengan baik. Kita semua perlu sedikit sebanyak tekanan untuk kita berfungsi dengan efektif dan jumlah tekanan ini perlulah dalam kadar yang optimum untuk setiap individu. Tekanan yang buruk atau terlalu banyak tekanan boleh menyebabkan satu kesan yang buruk kepada seseorang sehingga menyebabkan gejala-gejala emosi dan fizikal. Ini juga mungkin diikuti dengan perubahan dalam tingkah laku seseorang seperti meminum alkohol atau mengambil ubat pententeram secara berlebihan.
Semasa tekanan kronik, kebolehan badan untuk terus menghadapinya akhirnya akan terjejas. Individu tersebut mungkin akan menghidapi penyakit fizikal seperti penyakit jantung (koronari) dan hipertensi serta juga masalah psikologi seperti kemurungan dan kebimbangan. Mempelajari cara untuk mengurus tekanan akan membantu anda menjalani hidup yang lebih gembira.

TANDA/GEJALA STRESS:

1. Gejala fizikal
♠ sakit kepala/pening secara kerap
♠ sakit dada
♠ terketar-ketar
♠ tekanan darah menjadi tinggi
♠ cirit-birit atau sembelit
♠ lenguh otot2
2. Gejala mental dan emosi
♠ kebimbangan dan ketakutan
♠ kemurungan atau angin kurang ceria
♠ kecenderungan untuk menangis
♠ meragam atau cepat marah
♠ ketidakmampuan membuat keputusan
♠ ketidakmampuan untuk membuat analisis

Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan.

CARA MENGATASI STRESS

Kita tidak dapat menyingkirkan tekanan secara sepenuhnya kerana ia adalah sebahagian daripada hidup. Bagaimanapun, jika kita mengurus tekanan dengan berjaya, maka kita akan mempunyai kesihatan emosi dan fizikal yang lebih baik. Terdapat beberapa cara untuk berbuat demikian.

i. Senaman
Senaman secara kerap membantu mengurangkan tekanan dan menaikkan rasa harga diri. Ianya membentuk sistem imun anda dan memainkan peranan penting dalam mengelakkan penyakit. Senaman telah dikaitkan dengan pencapaian kesihatan fizikal yang lebih baik, lebih tenaga, tidur yang lebih baik, penumpuan yang lebih baik, kekurangan risiko serangan jantung, satu perasaan kegembiraan dan perasaan imej diri yang baik. Senaman tidak perlu begitu memenatkan. Berjalan cepat selama 20-30 minit setiap hari dapat mengurangkan tekanan sepertimana juga melalui aktiviti berlari secara kuat.

ii. Belajar untuk berehat / bertenang
Masa rehat penting untuk badan dan minda agar kedua-duanya dapat berehat dan bertenaga semula. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda minati seperti mendengar muzik, bersukan, berjalan atau berendam dalam kolam mandi. Kerap kali perubahan rutin boleh membantu bilamana anda berasa tertekan dan penat. Ada orang mendapati lebih bersesuaian jika mengambil masa berehat yang singkat sementara ada yang lebih berminat untuk mengambil cuti mereka untuk tempoh yang lebih panjang agar mereka dapat melupakan berkenaan kerja sama sekali.
Berehat atau senaman menarik nafas panjang amat berguna. Terdapat berbagai bentuk teknik untuk bertenang seperti merehat otot secara progresif, bertafakur, yoga, senaman meregang, pengurutan, pembayangan visual dsbnya. Anda boleh membeli sebarang daripada pita audio untuk berehat ini daripada kebanyakan kedai.
Seperti itu juga, makanan seimbang akan memastikan badan sentiasa sihat. Sementara itu makan secara berlebihan atau meminum alkohol yang keterlaluan serta merokok boleh menyebabkan tekanan fizikal yang bertambah.

iii. Ceriakan dan bentuk suasana yang gembira

iv. Berfikir secara positif dan yakin diri
Apa yang kita katakan mengenai diri kita ( bercakap dengan diri sendiri) akan memberi kesan kepada perasaan dan angin kita. Mereka yang cenderung kepada pemikiran negatif ini selalunya lebih mudah menjadi bimbang dan murung.
Contohnya : Dua individu tiba di pejabat masing-masing dan bos mereka memandang mereka dengan marah. Salah seorang mulai berasa salah dengan serta-merta dan berkata kepada diri sendiri. “Saya pasti telah lakukan sesuatu kesalahan semalam!“ Dia mulai khuatir berkenaannya dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya. Individu yang satu lagi pula tidak menghiraukan perkara tersebut dan terus mulakan kerja. Dia berkata kepada diri sendiri, “Nampaknya angin bos tidak baik pagi ini. Tentunya ada sesuatu yang mengganggunya. Apakah yang boleh saya lakukan untuk menceriakan beliau.” Kedua-dua mereka berada dalam situasi yang sama, tetapi persepsi mereka dan seterusnya, respons (tindakbalas) mereka adalah berlainan sama sekali.
Elakkan pemikiran jenis berikut yang mengakibatkan tekanan;
♠ Membaca minda, contohnya “Saya rasa suami saya benci masakan saya.”
♠ Menilik nasib, contohnya “Saya pasti projek ini akan gagal.”
♠ Meramalkan natijah buruk secara berlebihan, contohnya, “Saya pasti akan dipecat disebabkan oleh kesalahan ini.”
♠ Menganggap sesuatu sebagai dashyat, contohnya “ Saya tidak akan berani menunjuk muka kepada sesiapa selepas ini.”
♠ Membuat anggapan umum secara berlebihan, contohnya “Semua orang akan memandang saya secara hina”.
♠ Sikap seharusnya, sepatutnya dan mesti, “Saya sepatutnya cekap dalam semua yang saya lakukan.”
♠ Pemikiran mementingkan kesempurnaan, contohnya “Saya mesti lakukan secara cekap jika tidak, jangan cuba sekalipun.”

v. Pengurusan Masa
Anda selalunya berasa tertekan sekiranya anda selalunya kekurangan masa. Walaupun tidak mudah untuk memberi gambaran berkenaan strategi pengurusan masa yang baik namun beberapa kaedah biasa disenaraikan seperti di bawah.
♠ Tentukan sasaran dan berikan keutamaan.
♠ Simpan senarai “perlu buat”, berikan keutamaan kepada kerja anda dan seterusnya mulakan dengan kerja-kerja penting dahulu.
♠ Rancangkan kerja sebelum memulakan. Ini kerana masa satu jam yang dihabiskan ke atas perancangan akan menjimatkan 3-4 jam masa untuk “melakukannya.”
♠ Lakukan kebanyakan daripada kerja anda pada masa bilamana anda paling produktif, contohnya ada orang bekerja dengan lebih baik di waktu pagi berbanding dengan masa tengahari. Hadkan gangguan seperti menerima pelawat atau panggilan telefon di waktu anda paling produktif.
♠ Buat semua panggilan telefon anda pada suatu masa.
♠ Belajar untuk menugaskan sebahagian daripada kerja anda.
♠ Jadualkan masa berhenti dan rehat.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 21, 2007 in Uncategorized

 

12 BARISAN…

Pada Hari Akhirat nanti, akan dikumpulkan semua manusia dari segala zaman dan bangsa. Maka berkumpullah manusia ini dalam 12 barasan atau kelompok seperti mana yang telah tersebut dalam firman Allah SWT :
“PAda sangkakala ditiup, maka kamu sekalian dating berbaris”
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah.
“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hisupnya meringankan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali adalah neraka”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh dengan ular dank ala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka’

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadandariah seperti pancutan air pancutan keluar dari mulut mereka.
‘Mereka itu adalah orang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka’
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur mereka dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalh neraka.

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
‘Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KETUJUH
Diiringi adri kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali meraka adalah neraka”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari dalam kubur dengan keadaan terbalik, kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka”

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan hatra anak yantim denagn cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka”

BARISAN KESEBELAS
Diringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sehingga ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sehingga sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan temapt kembali mereka adalah neraka”

BARISAN KEDUABELAS
Mereka diiringi dari kubur mereka dengan wajah yang bersinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah:
“ Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia dalam keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka syurga, mendapat keampunan, kasih saying dan keredhaan Allah”

 
Leave a comment

Posted by on June 12, 2007 in Uncategorized

 

Masa kini…

Sekolah dah buka balik, cuti dua minggu pastinya bermakna dan memberikan pengalaman yang berharga yang tidak pernah dialami sebelum ini. Ada yang berjalan – jalan ke tempat-tempat yang menarik yang ada di Malaysia ni maklumlah, menyahut seruan kerajaan untuk bercuti dalam negara sendiri. Tahun ni juga Tahun Melawat Malaysia. Inilah masanya nak menunjukkan keramahan dan mengenali tempat sendiri serta pelancong asing yang datang ke negara kita ini.

Tapi, dalam nak menunjukkan akan keramahan, keistimewaan negara kita, ada satu perkara yang kita tidak patut tonjolkan iaitu cara berpakaian golongan muda-mudi sekarang terutamanya dalam kalangan perempuan. Tak tahulah apa sebenarnya nak ditonjolkan. Orang barat dan penduduk Negara lain mengenali Malaysia kerana kebudayaan yang eksotik serta pelbagai bangsa yang boleh berada didalam satu Negara dan etikanya yang terpuji. Tetapi, apa yang kita lihat sekarang adalah berbeza daripada yang sepatutnya. Gadis-gadis terutamanya sudah semakin pelik. Baju ketat sana, ketat sini, dedah sana dedah sini, belah sana belah sini! Apa nak jadi ni?! Kalau tengok yang dok ‘shopping’ beli baju, bukan bahagian ‘women department’ tapi bahagian ‘baby department’, takpun bahagian ‘child depertment’. Apasal kat situ? Dah nak cari baju yang untuk umur budak lapan bulan tapi bila pakai, ketat sana sini, dedah sana sini.
Bukan tak boleh nak berfesyen tapi fikirkanlah dengan masak-masak. Saya tujukan ini khas buat gadis-gadis beragama ISLAM dan mengaku dirinya ISLAM. Ada ke Nabi suruh umatnya pakai baju yang cenggitu? Wahai gadis-gadis Islam, fikirkanlah siapa diri anda yang sebenarnya. Kalau anda merasakan diri anda itu ISLAM, ikutlah apa yang Islam ajar. Kes ni lebih parah kalau di kota-kota besar. Kadang-kadang sembahyang pun tidak. Apa nak jadi ni?! Kalau dah payah sangat nak buat apa yang Islam suruh, apasal dalam IC tu ada lagi tertera perkataan “ISLAM”?. Fikirkanlah wahai umat sekarang…

 
Leave a comment

Posted by on June 12, 2007 in Uncategorized