RSS

Monthly Archives: May 2007

Gembira dan sedih….

Setelah dapat tengok dengan mata sendiri dalam internet bahawa aku dapat tawaran tu, tak taulah bagaimana rasanya. Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Walaupun dapat tawaran yang lebih baik dan berada di tempat yang lebih baik namun, hati tetap berasa berat untuk meninggalkan tempat ini. Kengkawan dan ada yang kenal dan rapat. Tapi, apa nak dikata.

Segunung terima kasih kuucapkan kepada semua pihak. Kawan-kawan, cikgu-cikgu dan sahabat-sahabat serta keluarga yang telah banyak memberi sokongan kepada aku selma ini. Tanpa mereka, rasanya aku takkan dapat berdiri sendiri pada hari ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua. Amin…

 
1 Comment

Posted by on May 22, 2007 in Uncategorized

 

Dah ada di alam baru…

Baru-baru ni, dapatlah surat tawaran nak masuk KMP, jadi pergilah merantau dan menmbara di rantau. Yelah baru kenal tempat le katakan. Terpaksalah mengharungi perbagai kedukaan dan pahit manis. Setelah genap seminggu berada di sana, dapatlah result untuk temuduga MARA untuk buat medic. Alhamdulillah, tercapai juga impian nak jadi doktor. JAdi, terpaksalah meninggalkan kawasan dan negeri Perlis. Terpaksa merantau ke selangor plak sebab kena buat preparation kat Kolej Kejuruteraan Timur.

 
Leave a comment

Posted by on May 22, 2007 in Uncategorized

 

bingkisan untuk graduan faris petra 2006

diriku terpaku, terharu
mendengar coretan bicara dan harapan
anak-anak didikku.

Tapi diriku masih tertanya-tanya
Adakah harapan dan semangat itu
Sekadar bicara, untuk menenangkan diriku
Ataupun suatu sikap yang sememangnya
Terpahat di jiwa anak-anak didikku

Betulkah apa yang ku lihat semalam?
Di sudut tepi barisan depan kelasku
Seorang pelajarku asyik melukis “The Kampung Boy”
Sewaktu ku melukis gambarajah di papan tulis.

Betulkah apa yang kulihat kelmarin dulu
Di sudut tepi barisan belakang kelasku
Seorang pelajarku menjerling kel uar tingkap
Mengelamun agaknya, atau asyik mengembara ke kutub utara
Itupun sewaktu diriku sedang memerhati pelajar lain
menjawab soalan.

Kadang-kadang terfikir juga di benak fikiranku
Adakah anak didikku lupa
Atau sengaja lupa
Pengorbanan ayahanda dan bonda di rumah
Berkeringat, terlalu letih bekerja seharian
Menyara persekolahan anak-anak didikku di Faris Petra.

Adakah anak-anak didikku sanggup melemparkan bom kegagalan
Ke raut wajah ayahanda dan bondanya
Adakah anak-anak didikku mahu sezalim Yahudi Israel
Melempar bom kemusnahan ke arah Palestin

Bersemangat, bersungguh-sungguhlah.

Tapi bagaimana dengan nota biologi, kimia, fizik, matematik tambahan,
Bahasa, sejarah dan lain-lain
Sudah lengkap ?
Sudah tercatatkah kesan evolusi terhadap ekologi
Sudah ditulis perkongsian electron dalan ikatan kovalen
Sudah faham prinsip Pascal
Sudah dapat menjawab pengkamilan 2×5 / X3
Or have you completed the excercises?

Belum, sudah?
Atau semua di atas?

Jawapan yang jelas, harus dibuktikan malam ini
Strategi harus disusun pada malam berkat ini
Strategi Hizbollah mengalahkan Yahudi Israel
Harus diterjemahkan untuk menawan spm 2006

Bangkit, bangkitlah anak-anak didikku
Rajin dan tekunlah seperti Iman Syafi’e
Cekal dan tegaslah seperti presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad
Yakin dan capailah kejayaan
Seperti calon angkasawan Malaysia
Dr. Syeikh Muzhafar dan Dr. faiz Khaleed

Oleh itu, berjanjilah anak-anak didikku
Sebagaimana janji yang dilaungkan sebentar tadi
Sajikan hidangan 10A SPM 2006
Pada semua guru di sini

Yakinlah anak-anak didikku
SPM 2006
Pasti cemerlang
Untuk FarisPetra.

Tinta pena:
cikgu wan saidi
malam jejak cemerlang SPM
september 2006

 
Leave a comment

Posted by on May 10, 2007 in Uncategorized

 

Hari ini sejarah terukir…

Hari ini 9 mei 2007, para pelajar tingkatan lima sesi 2006 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah diraikan dalam satu majlis yang cukup gemilang dan dinanti oleh setiap pelajar termasuk aku, Majlis Graduasi. Alhamdulillah, setelah lima tahun bertungkus lumus dan bergelumang dalam dunia sekolah menengah akhirnya, pada hari ini aku dan kawan-kawan yang lain telah di anugerahkan dengan sijil graduasi SPM.

Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini. Aku dan kawan-kawan yang lain telah hadir ke sekolah awal untuk mendaftar. Ada yang datang seawal jam 7.40 pagi, semangat ler katakan. Setibanya di sekolah, terus daftar dan ambil jubah grad, buku majalah sekolah dan membayar untuk gambar dan cenderamata. Keadaan nampak agak sesak sedikit. Yelah, lama tak jumpa dengan kengkawan, banyak cerita yang dipanglipurlarakan.

Setelah tunggu punya tunggu, maka tibalah Tengku Mahkota. Setelah tengok sorang demi sorang bangun untuk mengambil sijil, tibalah giliran aku. Mak oi, gementarnya. Mana taknya, pertama kali naik pentas ambil sijil daripada Tengku Mahkota. Tapi, dengan keazaman dan kesabaran, semuanya berjaya aku tempuhi. Lepas dapat sijil grad tu dan majlis pun tamat, seperti biasa acara bergambar bermula. Dari dalam dewan sehinggalah ke dataran warden, tak habis-habis dengan kamera. Snap sana, anap sini. Yang penting, kenangan tu mesti ada sebab nanti dah tua boleh tunjuk kat anak cucu, “ Man, ni la gambar atuk dulu masa lepas grad kat Faris Petra”.

Diharapkan selepas ini, walaupun kita sudah digelar graduan dari Faris Petra, janganlah kita lupa akan daratan setelah kita berjaya ke menara gading. Ingatlah bahawa tanpa sekolah ini, siapalah kita sekarang. Kepada junior de sekolah tu, jadikanlah kejayaan kami ini sebagai pembakar semangat kepada anda untuk terus lebih berjaya pada masa akan datang.

“ Jika kita memandang ke langit, jangan lupa untuk memandang ke bumi kerana kita tidak tahu apa yang bakal kita temapuh di bumi pada masa akan datang”

 
1 Comment

Posted by on May 10, 2007 in Uncategorized

 

Pesta buku dan kita

Tiap-tiap tahun, pasti ada pihak yang menganjurkan pesta buku, tak kiralah pihak kerajaan atau tidak kerajaan, NGO atau tidak NGO, swasta ke bukan swasta, semua pihak yang terlibat berasa ingin menganjurkan pesta buku. Mana taknya, purata bilangan rakyat Malaysia yang membacca buku masih di tahap yang mengecewakan dan amat teruk. Dulu, perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak Perpustakaan Negara menunjukkan purata setiap rakyat negara ini membaca buku adalah sebanyak dua buah buku.

Aik!! Dua buah buku aje setahun? Tu yang buku-buku motivasi sesetengah penulis ada sampai 100 000 naskah terjual, lima enam kali diulang cetak, apasal masih rendah lagi. Kat gerai-gerai kalau awal bulan pasti tersenyum si penjual, apasal? Ramai orang beli buku kat kedai mahupun gerai dia, mana tak senyum. Tapi, kita perlu meneliti dengan lebih baik dahulu sebelum dok bangkang-bangkang apa yang saya nak kata. Memanglah, kalau tengok hasil jualan daripada pesta buku memang meningkat tapi buku apa yang laris? buku rujukan sekolah rendah,menengah dan IPT serta buku latihan soalan samada ujian topikal ataupun soalan latih tubi. Kalau di gerai dan kedai buku pula, majalah artis yang sarat dengan gosip yang tidak tentu hala serta kisah-kisah yang mengaibkan pihak tertentu.

Jangan kata saya tak tahu, inilah hakikatnya. Ini bukan satu tulisan yang dihasilkan secara semberono tanpa usul periksa. Bermula daripada tahun 1998 hinggalah tahun ini (2007), saya tidak ketinggalan untuk menghadiri pesta buku. Setiap tahun, buku yang “wajib” ada dalam setiap plastik ialah buku latihan dan rujukan. Para pelajar terutamanya (kerana bilangan merekalah yang paling besar sebagai pengunjung), tidak berminat untuk mendapatkan buku ilmiah dan juga novel yang bersifat serius. Mereka lebih memilih untuk membaca novel popular (novel cinta) daripad untuk membaca novel yang bersifat serius.(Bukan bila saya kata novel, anda kata saya fanatik terhadap novel serius). Ini menyebabkan fikiran mereka semakin terhimpit kepada perkara yang stereotaip dan tidak ada usaha untk menjadikan fikiran lebih kreatif.

Hal ini ternyata disokong oleh sebahagian daripada peserta Bengkel Kajian Novel Popular yang berlangsung di Dewan Seminar, Menara DBP pada 14-15 Disember 2006 yang mana turut saya sertai. Ini kerana novel popular lebih membawa pembaca berada dalam satu dunia mainan perasaan dan hanya berada dalam satu bentuk aliran pemikiran sahaja. Bagaiman bangsa hendak maju dimas akan datang jika generasi kini lebih gemar untuk berada di alam fantsi berbanding di alam reality, berfikir berlandas imaginasi dan bukan konsepsi.

Wahai bangsa Malaysia, sedarlah akan perkara ini. Andalah penentu masa depan negara. Janganlah sentiasa harapkan orang lain untuk memajukan negara sebaliknya, letakkanlah harapan itu kepada diri kita sendiri.

Buku itu membina peradaban bangsa. Tanpa buku, hilanglah ilmu, hilanglah bangsa, hilanglah negara, hilanglah maruah, hilanglah erti hidup ini.

Orang yang beli buku tapi tak membacanya adalah lebih baik daripada orang yang langsung tak kenal buku – Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

 
Leave a comment

Posted by on May 8, 2007 in Uncategorized

 

Dah ada gelaran sekarang

Maka hendak dijadikan kisah, dengan izin dan kekuasaan Allah Taala jua, maka aku terpilih untuk menyertai akan satu perkampungan perkumpulan penulis-penulis muda remaja. Ia diadakan di Golden Straits Villa Beach Resort dan di bangunan DBP. Rasa dan perasaan yang gembira amat hanyalah Allah Taala jua yang tahu. Daripada beribu-ribu ataupun berpuluh-puluh ribu remaja yang berada dalam lingkungan dunia kesusasteraan moden ini, aku dipilih untuk menghadiri Minggu Penulis Remaja 2006 kali ke 20.

Maka bersua mukalah kami yang ketika itu seramai 24 orang dengan menghadap mengangkat sembah akan kepada guru kami yang lima orang adanya. Adapun mereka itu adalah Siti Raihani, Nisah Haron, Shamsudin Othman, Lutfi Ishak daan Zaid Akhtar. Maka adapun semasa berguru itu, kami dipertemukan dengan beberapa pemberi semangat dan inspirasi kepada kami iaitu Ahmad Patria, SN Othman Kelantan, Abdul Ghafar Ibrahim/AGI , DR. Robiah dan Prof. Madya Teo Kok Seong. Diharap, aku dan rakan-rakan yang lain akan berjaya menyerikan lagi dan menaikkan martabat dunia penulisan kesusasteraan moden dalam konteks menerbitkan bahan bacaan yang bersifat serius. Maklumlah, sekarang dah ada gelaran “Mantan MPR”, tunjukkan siapa kita kepada dunia.

Kata Tuah,” Takkan Melayu hilang di dunia”,
Kata aku,” Takkan hilang kekayaan Melayu di dunia”

 
Leave a comment

Posted by on May 8, 2007 in Uncategorized

 

Masa muda-muda dahulu.

Dari hari ke hari, umur semakin bertambah. Ingatan dan pengalaman turut bertambah sebagaimana usia ini. Kadang-kadang(sebenarnya selalu), teringat akan pengalaman semasa di sekolah menengah. Yelah, kengkawan dan budak-budak tu sumer memang menghiburkan. Kalau dulu, bangun pagi pukul 5.30 pagi dan terus pergi mandi tapi sekarang bangun pukul 6.30, solat subuh dan lepas tue.. tido memanjang sampai ke tengahari. Dulu pukul 7.15 dah tercegat kat lapangan bendera, ada roll-call katakan, tapi sekarang, roll-call atas katil. Aii.. apa nak jadi sekarang ni. Kalau kat sekolah, adalah kerja nak dilakukan. Kehulu, kehilir dan kekadang merayap tanpa ada tujuan.Hehe.. nilah cara saya nak release tension. Merayap bukan sebarangan merayap. Kekadang tu, nak minum kat water cooler.

Tulah dikatakan, masa dok kat sekolah, tak rasa apa-apa tapi lepas keluar sekolah, huh.. Tuhan sajalah yang tahu bagaiman azabnya meng”anggur”. Kepada semua ex- student faris petra batch 0206, sunat muakkan kepada anda untuk hadir pada 8/5/07 untuk raptai majlis graduasi. Saya? Tentunya akan pergi sebab rindu sangat kat sekolah tu. Semoga majlis ini berjalan dengan lancar.

 
Leave a comment

Posted by on May 7, 2007 in Uncategorized